"ANAK AKU" Puan Minhye memeluk batu nisan Hyunjin dengan tangisan. Yujie, Lisa, Hyuna dan Felix terkaku di situ. Hyuna masih lagi tak boleh terima hakikat yang Hyunjin dah tiada.
"KAU! KAU! KAULAH PENYEBABNYA!" Puan Minhye dengan muka sembap dan mata merah menunding jari ke arah Hyuna.
"Kalaulah aku tak suruh kau yang nak sembuhkan ingatan dia, semua ni takkan terjadi!" Puan Minhye hampir nak menampar Hyuna, namun tangannya sempat ditahan oleh Tuan Ji Hoo.
"kita dekat sini bukan nak cari gaduh, ianya bukan salah sesiapa. Itu keputusan Hyunjin sendiri" Tuan Ji Hoo juga merasa sedih dengan pemergian anak sulungnya, tapi sudah terlambat.
"tapi abang, salah perempuan sundal ni! Kot-kot dia yang-"
Pap
Pipi Puan Minhye ditampar oleh Tuan Ji Hoo. Puan Minhye terkedu dengan tindakan suami sendiri. Yujie yang terdiam dari tadi tampil ke depan ibu bapanya.
"Ni semua salah mummy dan daddy! Mummy dan daddy yang selalu tiada masa untuk kami, dari kecik sampai besar hanya maid-maid dirumah yamg besarkan kami! Mummy asyik sibuk dengan persatuan mummy, daddy pula sibuk dengan kerja"
"Korang ni memang tak layak jadi mak dan ayah! Yujie malu dengan mummy dan daddy." Yujie menangis.
Dia berhenti sekejap sebelum meneruskan lagi kata-katanya."Hyuna unnie" Yujie menunding jari ke arah Hyuna.
"Dia yang selalu jaga abang, walaupun dia sibuk dengan universiti dia tiap-tiap hari dia bawak makanan sebab nak bagi abang sembuh. Tiap-tiap hari dia teman abang bawak pergi jalan-jalan dekat taman. Hyuna unnie buat semua tu sebab arahan mummy! Mummy yang suruh dia ingatkan balik ingatan dia dekat korang tapi korang? Tak pernah pun lawat abang!"
"Abang bunuh diri sebab dia rasa bersalah! Dua hari sebelum abang bunuh diri, dia cakap dia menyampah dengan Hyuna unnie. Keesokannya dia dah ingat semula kenangan dia dengan Hyuna unnie. Dia cuba nak mintak maaf tapi pada hari tu Hyuna unnie dah terluka sangat dengan layanan abang dekat dia"
"apabila Hyuna unnie stop lawat abang, abang jadi depress. Abang selalu pegang patung yang dia dan Hyuna unnie pergi dating dulu-dulu. Dia selalu mintak maaf. Makan pun dia tanak, tidur pun jarang sangat. Abang bunuh diri sebab dia nak tebus balik dosa-dosa dia dekat Hyuna unnie. Dia tak sesuai untuk Hyuna unnie, dia suruh unnie cari orang yang betul-betul sayang dan cintakan unnie."
Puan Minhye dan Tuan Ji Hoo menunduk. Hyuna memeluk Lisa, dia dah tak mampu lagi nak keluarkan air mata.
"Yujie, mummy" Puan Minhye cuba untuk memeluk satu-satunya anak perempuan dia dan Ji Hoo namun tangan wanita tua itu ditepis oleh Yujie.
"I don't want to hear anymore from both of you. Stoplah buat drama murahan mummy. I don't want to see you anymore." Yujie melintasi kedua ibu bapanya dan berdiri di hadapan kubur abangnya. Hyuna juga tidak menghiraukan Puan Minhye yang terkaku di lantai. Dia memeluk tubuh gadis kecil itu. Terlalu banyak benda yang sukar diharungi oleh gadis itu.
"Hyunjin, awak tetap dalam hati saya. I will miss you alot." ujar Hyuna dalam hati. Dia menyentuh lembut batu nisan Hyunjin.
"Yujie, jom balik?" Hyuna memandang Yujie. Yujie mengangguk.
Lisa yang berada disisi Hyuna memandang ke arah Felix. Felix yang memahami maksud mata Lisa, segera bersalaman dengan Tuan Ji Hoo."saya balik dululah, pakcik" Tuan Ji Hoo mengangguk.
"Awak, kitaorang tunggu dalam kereta okay?" ujar Lisa. Dia, Yujie dan Hyuna berlalu pergi ke dalam kereta.
Belum sempat Hyuna membuka pintu kereta, seorang nurse lelaki memberikan sekeping kertas yang ditulis oleh arwah Hyunjin sebelum membunuh diri. Hyuna mengambilnya dan mengucapkan terima kasih.
Manakala Felix pula memandang kubur Hyunjin dengan pandangan sayu.
"Rest in Peace, bro" ujarnya dan mengambil kotak memori Hyunjin dan Hyuna dari tangan nurse lelaki yang hanya perhati drama sedih mereka. Felix berlalu pergi bersama dengan ketiga-tiga gadis itu.
Di dalam kereta, suasana senyap tanpa sebarang percakapan. Hyuna membuka kertas tadi dengan perlahan.
"Aku mintak maaf untuk segalanya. Kalau kau baca surat ni, maksudnya aku dah tiada. Kalau boleh diputarkan masa, aku nak perbaiki segalanya.
Aku sayang kau, kotakan janji kau dengan aku :)
I will always love you. Forever and ever"
Hyuna tersenyum tawar. Dia melipat surat itu kembali dan menyimpannya di dalam sling bag . Satu lagi memori ditambah ke dalam Box of Memories 2020-2022.
•
•
•
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020