"Hyunjin, makanlah sikit" Hyuna menghulurkan sudu yang berisi bubur. Hyunjin berpaling ke sebelah kanan. 'perempuan ni tak reti-reti balik ke? menyampahlah aku tengok muka dia selalu' Hyunjin mengutuk Hyuna dalam hati.
"Nanti kalau awak tak makan, awak lapar-"
"Aku tahulah! Nanti-nantilah!" Hyunjin menjerkah dan menjegilkan mata pada Hyuna. Terkejut Hyuna dibuatnya, sebelum ni tak pernah-pernah pun Hyunjin menengking dia.
Hyuna meletakkan bubur di atas meja tepi katil Hyunjin. Dia bangun dan mencapai beg sandangnya. Dia masih lagi tersenyum walaupun sakit di hati.
"saya balik dululah, sorry kacau awak" Hyuna berkata perlahan dan berjalan ke pintu. Belum sempat dia memulas tombol, Hyunjin memanggil namanya. Hyuna berpaling, dia cuba fikir positif.
"Ya?"
"Lepasni kau dah tak payahlah datang lawat aku. Aku rimas kau tahu tak? Sejak aku terkurung kat sini alih-alih asyik muka kau je aku kena hadap" Hyunjin menjeling Hyuna.
Hyuna menunduk. Dia segera keluar dari situ. Selepas Hyuna keluar, Hyunjin mula merasa sakit di otaknya.
Dia mula terdengar beberapa suara di dalam otaknya. Makin lama otaknya semakin sakit.
'kau tak patut layan dia macam tu'
"kenapa pulak?! Dia annoying gila!" jerit Hyunjin dengan kuat.
'dialah perempuan yang kau paling cintai Hwang Hyunjin, kau sanggup lukakan hati dia?'
"Mana ada! Aku tak kenal pun dia! Macam mana aku nak cintakan dia!?"
Disebabkan suara Hyunjin, ada beberapa orang pesakit yang lalu disitu segera memanggil nurse yang berdekatan.Hyunjin mula rasa nak pitam, persekitarannya makin lama makin gelap. Dia hanya sempat melihat seorang doktor dan beberapa orang nurse pecah masuk ke dalam biliknya.
Tiba-tiba semuanya menjadi gelap, Hyunjin pitam.━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"urgh, aku dekat mana ni?" sebaik sahaja Hyunjin tersedar, dia berada di dalam sebuah ruangan kosong berwarna putih.
'kau dalam kotak memori kau, Hyunjin' ujar satu suara. Hyunjin memerhati sekeliling.
"kotak memori aku?"
Tiba-tiba muncul satu memori yang ditayang, betul-betul di depan Hyunjin. Memori itu bagaikan video yang diulang tayang semula. Dia dan Hyuna, dua-dua tengah gaduh macam anjing dan kucing.
Tanpa Hyunjin sedar, dia ketawa melihat perangai Hyuna yang macam kanak-kanak.
Satu lagi memori muncul, tapi di belakang Hyunjin . Memori first kiss mereka.
Hyunjin menunjukkan muka geli tapi lepastu ketawa sebab muka Hyuna yang memerah. Dia merapatkan dirinya dengan memori itu dan menyentuh wajah Hyuna tapi lepastu dia tarik semula tangannya.
Satu lagi memori muncul, dia dan Hyuna pergi dating bersama-sama di Sungai Han. Hyunjin mula tersenyum lembut.
Tiba-tiba suara misteri tadi muncul tapi suaranya lebih deep dan kedengaran marah dan penuh penyesalan.
'kau hancurkan segalanya. Dia mesti akan henti lawat kau. Dia akan benci kau'
"Aku-"
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020