9.30 AM
"Mummy, Hyunjin nak keluar jalan-jalan jap" Hyunjin menjerit dari pintu rumah sampailah ke dapur.
"HAA PEGILAH" jerit Puan Minhye balik sambil membawa bekal di tangan lalu diberi kepada Hyunjin.
"Woof!"
Ketika Hyunjin berdiri, terdengar anjing menyalak dari jauh. Hyunjin memerhati sekeliling sehinggalah seekor anjing jenis Chihuahua berlari ke arahnya.
"KKAMII!" Hyunjin menurunkan badannya dan memeluk erat kkami. Anjing kesayangan yang lama tak nampak.
"Ni mesti daddy ambik kkami, nak hilangkan kesunyian la tew" Hyunjin tersenyum gembira. Kkami masih lagi mengingatinya.
"Jom pergi jalan-jalan kkami?" kkami menyalak dan berguling tanda teruja. Hyunjin terhibur dan menggosok bulu kkami.
Tiba-tiba telefon Hyunjin bergetar. Hyunjin mengangkat call tanpa melihat siapa pemanggilnya.
"Hello?"
"Hyunjin! haluuuu ni aku ni, Felixx!"
"Woi siyes ah?! Kau kat mana weyh?"
"Kat Paris ni haa, kau pula?"
"Cantekk, aku kat Paris gak"
"kalau camtu, lepak-lepak kat cafe jum? Ada banyakkk benda aku nak cerita dekat kau ! Termasuklah tentang Hyuna"
"Okay cafe mana?"
"apakata kalau cafe yang dekat dengan rumah kau tu?"
"Okayy cantekk, jumpa kau dalam 30 minit?"
"Okay bro, see ya!"
Hyunjin menamatkan panggilan. Dia memakaikan colar bertali dekat leher kkami dan mereka berdua berjalan kaki ke Cafe sourire.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
Ketika mereka sedang berjalan menuju ke cafe yang berada diseberang, tiba-tiba kkami berlari dengan laju mengejar seekor kucing di hadapan mereka.
Hyunjin juga turut berlari dengan laju,sehinggalah mereka berdua melintas jalan sebuah kereta meluncur laju ke arah mereka.
"Kkami!" Hyunjin menjerit sebelum dirinya dirempuh oleh kereta. Kepala Hyunjin terhantuk kuat pada pada kereta . Badannya terlambung jauh, pandangannya berubah kelam dan berbalam-balam. Satu badan Hyunjin berasa sakit dan sengal-sengal.
"Hyunjin!" Felix menjerit bersama tangisan. Si pemandu tadi segera menelefon ambulans dan memohon maaf kepada Felix banyak kali. Si pemandu yang menanggung kos semua perubatan Hyunjin.
Felix ketika itu berjalan di kaki lima yang sama cuma diseberang. Tiba-tiba dia ternampak kkami yang berlari mengejar seekor kucing yang sudah memanjat pagar cafe.
Ketika itulah Felix terdengar dentuman yang kuat. Dia mula berasa tak sedap hati namun pergi check juga siapa yang kena langgar.
Sebaik sahaja matanya nampak dengan jelas si mangsa, dia menangis dan meraung di situ juga memanggil nama Hyunjin.
Apabila ambulans sampai, dia segera mengikuti Hyunjin yang dimasukkan ke dalam ambulans. Tak dilupakan juga kkami yang berlari ke arah ambulans dan sempat masuk ke dalam.
Hyunjin dikejarkan ke hospital.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020