"ughh" Hyunjin membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya terasa berpusing.
Dia sempat melihat seorang gadis mundar-mandir di dalam bilik itu dan akhirnya mata gadis itu memandang dirinya. Di matanya terdapat sinar kegembiraan.
"Hyunjin?! Awak dah sedar! Kejap ya aaya panggil doktor" Hyuna segera menekan butang merah di belakang katil Hyunjin.
Hyuna dah lama bangun, siap sempat balik rumah dan tukar baju. Dia baru sampai 5 minit lepas, baru duduk sekejap dekat kerusi dan akhirnya Hyunjin sedar dari tidur yang panjang.
Doktor Shinhye masuk dengan dua orang nurse dan meminta Hyuna tunggu diluar.
"Doktor-"
"awak ada di hospital sekarang" Doktor Shinhye terus bercakap. Dia dah biasa hadap pesakit-pesakit Amnesia.
"Awak ingat tak awak siapa?" Doktor Shinhye mulakan tugasannya. Hyunjin hanya mengangguk. Dia mengeluarkan sebiji buku nota bersama pen.
"saya Hwang Hyunjin, umur 20 tahun" dengan lancar Hyunjin menjawab. Doktor Shinhye hanya mengangguk dan menanda sesuatu di atas kertas.
"ada tak esiapa yang awak ingat?"
"Kkami, Felix, mama, papa dan Yujie"
Doktor Shinhye mengangguk. Dia menunjukkan satu nama betul-betul di hadapan Hyunjin.
"Awak ingat tak nama ni?"
KIM HYUNA
Hyunjin menggelengkan kepala. Dia tak ingat satu pun memori dia bersama dengan si pemilik nama itu.
Doktor Shinhye hanya mengeluh dan memberikan nasihat mengambil ubat mengikut wakty yang tertentu dan selepas itu dia blah.
Hyunjin menghantar Doktor Shinhye dengan pandangan mata. Dia masih lagi pening dan tertanya-tanya
"siapa Kim Hyuna?"
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"Hyuna" Doktor Shinhye memanggil nama Hyuna dengan perlahan. Hyuna mendekati Doktor Shinhye.
"ya, doktor?"
"awak, jangan terasa dengan apa yang saya kata nanti ya?"
Hyuna memasang riak wajah ragu-ragu.
"Hyuna, dia langsung tak ingat awak"
Kata-kata Doktor Shinhye mematahkan lagi hati Hyuna yang semakin remuk. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus.
"its okay, dok. Saya akan cuba pulihkan memori dia" ujar Hyuna. Doktor Shinhye menepuk bahu Hyuna perlahan.
"good luck" ujarnya sebelum berlalu pergi. Hyuna mencapai telefonnya yang berada di dalam beg lalu mendail nombor Jaehyun.
"Hello Cas?"
"Hello, kenapa call aku ni?"
"Boleh tak kau tolong aku?"
"tolong apa?"
"tolong carikan barang-barang yang aku pernah bagi dekat dia. Dekat rumah dia ataupun dekat pejabat dia"
"aku tak pastilah aku ada masa ke tak tapi aku boleh mintak tolong adik dia bawak barang-barang tu pergi Paris."
"okay cantik, thanks Jaehyun"
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020