"abang! " Hyuna hanya mampu merangkul leher Taehyung. Kalau dia melebih karang, terbuka pula bekas jahitan di perut. Sakit duhh (╥﹏╥)
Taehyung hanya tersenyum tawar . Irene yang berada disebelah digenggam erat tangannya. Irene memeluk Hyuna erat.
"adik sihat?" soal Taehyung . Hyuna mengangguk teruja. Irene pula berbual dengan Rose di sofa. Casper tidak datang melawat hari ini .
"umm adik, barang-barang adik kami dah pindahkan ke rumah yang Rose dan kak Irene duduk. Mama dan Papa tak akan balik ke rumah untuk beberapa tahun, abang pun akan berkahwin dua minggu depan." Taehyung cuba menahan air matanya dari jatuh.
Rose pula sugul dan muram. Dia kasihan dengan nasib Hyuna. Irene yang mengetahui segalanya hanya mengeluh.
Hyuna terkejut. Di dalam fikirannya hanya memikirkan kenapa dia dibawah jagaan orang lain? Mama dan papa tak sayangkan lagikah dia?
"t-tapi kenapa?" suara Hyuna bergetar, dia dalam keadaan sakit teramat dan sekarang Tuhan sedang uji dia lagi.
"Sebabnya Hyuna bukannya anak kandung diorang. Abang pun bukan abang kandung Hyuna." Akhirnya jatuh jua air mata abangnya. Hyuna juga turut menangis.
Dia tidak dapat menerima hakikat yang mereka bukan ibu bapa kandungnya. Hyuna menangis dan meraung , diambilnya bantal dan barang - barang disekelilingnya dicampak kepada Taehyung dengan rasa geram dan marah.
Rose yang bijak bertindak untuk memanggil nurse dan doktor. Nurse meminta Taehyung keluar dari bilik tersebut .
"KAU BABI KIM TAEHYUNG ! AKU BENCI KAU!"
Hyuna mula bertindak agresif dan doktor segera memasukkan ubat penenang . Mata Hyuna semakin berat dan akhirnya terbaring tidak sedarkan diri di katil.
"saya sarankan jangan bawa pelawat itu lagi ke bilik pesakit ini. Saya takut pesakit menjadi tidak terkawal.Ubat penenang juga hanya bertahan selama enam jam" ujar doktor yang di nametagnya bernama HongJoong. Doktor Hongjoong berlalu pergi meninggalkan Irene dan Rose.
Rose mengeluarkan telefon bimbitnya dan mesej Casper tentang kejadian yang tidak disangkakan berlaku. Irene pula memujuk Taehyung yang berada di luar bilik sakit.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
12.00 p.m.
Tiada sesiapa disamping Hyuna kerana Rose harus pulang ke rumah dan berehat, Casper juga telah melawatnya pukul 8 tadi. Hyuna berseorangan di dalam bilik yang diterangi dengan cahaya bulan.
Tiba-tiba pintu bilik dibuka perlahan. Hyunjin masuk dengan sejambak bunga Baby Breath dan sebakul buah-buahan.
Diusap ubun-ubun Hyuna perlahan dan ciuman di bibir sekilas. Wajahnya diepnuhi dengan linangan air mata kesedihan. Tangan Hyunjin masih lagi mengusap rambut Hyuna.
"H-hyuna, saya datang melawat ni. Kuatkan semangat ya? Saya ada bawak nota-nota dan kerja rumah dari guru kelas awak. Jangan risau, diorang tak marah awak."
Hyunjin cuba bercakap walaupun dengan nada yang perlahan. Dia berhenti sebentar sebelum meneruskan lagi kata-katanya.
"saya rindu kita yang dulu. Saya rindu nak bersama dengan awak semula, saya janji yang saya akan sentiasa temankan awak dekat sini"
Hyunjin tersenyum payah. Dia mengucup lama tangan Hyuna . Selepas itu, ubun-ubun Hyuna terima kucupan.
"Selamat tinggal, Kim Hyuna. Get well soon" ujar Hyunjin sebelum keluar dari bilik Hyuna.
Selepas beberapa minit, Hyuna membuka matanya apabila tidak kedengaran lagi bunyi tapak kaki Hyunjin. Hyuna cam sangat suara tu.
Hyuna menangis lagi dan berasa sangat terharu dengan ucapan Hyunjin. Namun dia harus berhati-hati , kerana dia takut kata-kata itu hanyalah satu pembohongan .
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020