"hello, mother fu**er" Ryujin tersenyum sinis memandang Hyuna. Ryujin menutup pintu keluar masuk tandas agar tiada pelajar yang mengintai .
Hyuna yang sedang mengelap tangan dengan tisu selepas membasuh tangan tidak menghiraukan Ryujin di sebelah. Dia hanya menayang muka selamba, namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
'ish perempuan nii, boleh dia buat muka selamba badak tu' ujar Ryujin di dalam hati dan menahan geram .
Hyuna berpaling, mahu meninggalkan tandas secepat mungkin. Tak elok lama-lama dalam tandas, banyak makhluk ghaib. Apatah lagi succubus di sebelahnya.
Belum sempat Hyuna melangkah keluar, rambutnya ditarik dari belakang dengan kuat. Ryujin menolak kuat badan Hyuna ke dinding.
Ryujin masih lagi memegang erat rambut Hyuna dan menariknya ke atas dengan kuat. Rasa macam dah nak tercabut kulit kepala.
"kau dengar sini eh, kau buat lagi muka b*tch kau dekat aku..siap kau! " Ryujin melepaskan geram dengan menumbuk perut serta menampar wajah Hyuna berkali-kali dan berlalu pergi.
Hyuna memegang perutnya yang senak dan pipi yang terasa pijar. Dia terbaring di atas lantai tandas dengan tangisan.
Mata Hyuna kabur dan terasa berat, namun dia kuatkan dirinya dengan menjerit perlahan meminta tolong. Namun matanya terlalu berat dan akhirnya dia pengsan.
Seorang gadis yang baru masuk ke tandas menjerit terkejut melihat Hyuna terbaring di atas lantai.
Gadis itu segera memanggil guru di kelas sebelah. Guru itu menyuruh seorang pelajar lelaki membawa Hyuna ke bilik sakit.
Badan Hyuna dan dibawa ke bilik sakit di aras bawah.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
" kau ada dengar tak cerita hot sekarang ni? " ujar Jemah kepada Joyah .
"apa dia? "
"aku dengar ada sorang budak perempuan ni pengsan dalam tandas. Muka dia merah-merah macam kena tampar. " Jemah bercerita dengan bersemangat sekali.
Hyunjin yang ketika itu sedang mengulang kaji pelajaran memasang telinga , mendengar perbualan Jemah dan Joyah.
"uishh sian budak tu. Dia kelas apa? Kenapa ada orang buat cemgitu? " Joyah yang cepat berasa kesian menyoal bertubi-tubi kepada Jemah.
"alaaa manalah aku tau! Tapi budak tu tak silap aku dia form 4 kelas belakang."
Hyunjin terpaku . Di dalam kepalanya terbayang benda tak elok berlaku kepada Hyuna.
Hyunjin segera meninggalkan kelas dan bergegas ke bilik rawatan.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"nurse, kami nak jumpa perempuan yang terjumpa di tandas tu boleh? Kami kawan dia" Casper dan Rose menunjukkan kad pelepasan murid untuk pergi kemana-mana. Nurse itu membenarkan mereka berdua melawat Hyuna.
Casper dan Rose menyelak kain langsir yang agak pudar warnanya. Casper dan Rose terpaku melihat Hyunjin yang berada di sebelah Hyuna.
"kau buat apa dekat sini? " Casper menyoal dengan perasaan tidak puas hati . Rose mengambil kerusi yang berada di tepi katil lalu duduk disebelah kanan Hyuna.
"kita bincang dekat luar, tak elok bising-bising di sini" Hyunjin melepasi Casper dan menunggu di luar. Casper yang meluat ikuti sahaja Hyunjin ke luar bilik rawatan.
"kau buat apa lawat dia? " Casper menolak dada Hyunjin sebaik sahaja mereka berdua keluar.
"tak salah pun kan, sebagai seorang kawan? "
"kawan? Dia tak pernah anggap kau sebagai kawan! KAU TU HANYA MASA SILAM DIA JELA! "
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
[situasi di dalam bilik rawatan]
Rose berpaling semula memandang Hyuna. Dia memegang tangan gadis itu dan mengusap ubun-ubun Hyuna dengan perlahan.
"siapalah yang kejam sangat buat kau macam ni, sian kau"
Tiba-tiba mata Hyuna terbuka. Hyuna cuba bangun, tapi kerana perutnya yang sakit menyebabkan Hyuna mengaduh kuat.
Rose yang kelam kabut segera memanggil nurse dan dua orang lelaki di luar.
"Rose... sakit Rose" Hyuna memegang perutnya.
"kau bertahan ya? "
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020