٣٩ - ٤٠

45 5 4
                                    

Surat Kedua

Masa kita pergi first date tu kann, sambil kau cuba nak dapatkan patung naga tuu..aku pergi test dekat satu lagi claw machine and then dapatlah dua ekor patung kelawar comel.

Aku memang awal-awal lagi dah rancang nak beri yang warna hitam tu dekat kau sebagai kenangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memang awal-awal lagi dah rancang nak beri yang warna hitam tu dekat kau sebagai kenangan. 

Maaflah kalau aku tak bagitahu kau awal-awal. Anyway, makanan yang kau order tu kan...

Sedapp!  Aku suka sangat !

Cuma yelah sebab ego aku yang tinggi, aku tahan je daripada nak kata sedap. Aku tau kau rasa pasrah dengan aku tapi kau masih lagi tak menyerah untuk dapatkan hati aku. Thanks, Hyunjin ♥

Love,
Hyuna

━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━

Ketukan dipintu kedengaran. Hyunjin yang berasa terganggu segera bangun dan membuka pintu.

"apa kau nak Yujie?" Hyunjin menyoal adik perempuannya , Hwang Hyunjie.

"kawan-kawan kau dekat bawah. Kau pulak sejak dua menjak aku balik rumah, kau langsung tak keluar." Yujie menarik tangan abangnya keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.

"maaflah, tapi abang saya ni seminggu memang tak keluar langsung dari bilik. Tengok diri dia pun macam murung ja" Yujie sengaja mahu buat kelakar tapi riaksi kawan-kawan abangnya membuatkan dia kembali terdiam.

"umm saya pergi buat air dulu ya? Abang cakaplah dengan kawan-kawan abang. Adik nak pergi buat air" ujar Yujie sebelum berlalu pergi ke dapur.

"Hyunjin, kau tak bolehlah sedih-sedih macam ni." Jaehyun mengusap belakang Hyunjin .

"macam mana aku tak sedih. Dia tinggalkan aku macam tu je" Hyunjin bersuara lemah.

"Kau tak bolehlah macam ni, tengok kat bawah mata tu. Makin lama makin jelas kau tahu" Rose menunjuk eyebag Hyunjin.

Pada masa yang sama, Yujie datang membawa air dan Hyunjin pula terus naik ke bilik semula.

"abang! Kenapa abang tinggal kawan-kawan abang!" Yujie semakin keliru dan memandang Rose dan Casper.

Yujie melabuhkan punggung di sofa dan menuangkan air buat para tetamu.

"abang dan kakak tahu kenapa abang saya jadi macam tu? Sebab selama ni saya tak pernah nampak abang saya murung sampai macam tu sekali" ujar Yujie risau dengan keadaan abangnya.

"adik ni siapa? kenapa baru sekarang nampak adik ada dalam rumah ni? " soalan dibalas soalan.

"umm saya Hwang Hyunjie. Saya berumur 15 tahun dan saya tinggal di asrama sebab tu jarang nampak"

"ouhh"

"Anyway, boleh tak akak dan abang jawab soalan saya tadi? Saya risau tengok keadaan abang saya macam tu. Mak dan ayah saya pun bukan reti nak balik rumah." apabila nama mak dan ayah dipetik, Yujie membuat muka menyampah.

"umm awak tahu tak abang awak ada girlfriend?" Casper menyoal. Yujie menunjukkan riak wajah terkejut beruk.

"bila?! Dia tak bagitahu pun!" Yujie membuat muka masam. Dia selama ni nakkan seorang kakak, jadi walaupun girlfriend abang dia sekalipun dia tetap terima perempuan tu jadi kakak dia haa.

"dah lama dah, masa 3 bulan pertama persekolahan . Kakak tu tak pernah pun cintakan abang awak, tapi disebabkan satu kemalangan abang awak jadikan kakak tu girlfriend dia." 

Yujie mengangguk faham.

"Tapi...sepatutnya abang saya bahagialah. Tapi dia nampak tak bahagia,kenapa?"

"well uhh" Rose menggaru rambutnya yang tak gatal.

"abang awak tu curang dengan girlfriend dia. 6 bulan tau, kakak tu cuba move on. Tapi, masa dua minggu lepas abang awak cuba nak dapatkan hati kakak tu balik dan diorang hangout for 1 week." Casper mencapai gelas yang diisi dengan teh dan minum. Rose pula yang menyambung cerita tadi.

"tapi abang awak tu tak sangka yang kakak tu akan tinggalkan dia selama 4 tahun"

Sekali lagi Yujie terkejut dan juga berasa kasihan dengan Hyuna yang terpaksa lalui semua ni.

"kenapa?"

"sebab kakak tu pergi ke universiti dekat Paris"

"ouhh, kesian kakak tu. Tak guna betullah abang aku ni" Yujie menggelengkan kepala. Dia harap dia tak jumpa lelaki macam abang dia suatu hari nanti.

"tapi kan, abang awak kata dia anak tunggal. Takde adik-beradik" Rose  teringat kali pertama pergi ke rumah Hyunjin , lelaki itu ada kata dia anak tunggal.

Yujie bangun dan berpaling ke tangga menuju ke tingkat dua.

"WOI! KURANG AJAR, TAULAH AKU LAMA TAK BALIK SESEDAP MULUT KAU HABAQ TAKDE ADIK BABI" Yujie melepaskan amarahnya. Bergema satu rumah dengan suara dia yang kuat. Lepastu dia duduk balik atas sofa dengan senyuman.

"maaf ya, tapi saya memang macam ni hehe"

Rose dan Casper hanya ketawa kecil dan sambung borak dengan Yujie.

Hyunjin yang berada di tangga mestilah dapat mendengar segalanya. Dia acah je masuk bilik, lepastu keluar semula untuk mendengar perbualan diorang.

Di tangannya terdapat nota 365 yang diberi oleh Hyuna. Dia membelek muka surat kedua.

t b c

❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛Where stories live. Discover now