Kes percubaan membunuh yang melibatkan Hyuna sudah selesai. Hyuna juga semakin pulih.
Kini, Hyuna dan rakan-rakan hanya menumpukan pelajaran kerana peperiksaan besar yaitu SPK akan berlangsung pada minggu depan.
"weyh, besok jadi tak study dekat rumah aku?" soal Hyunjin sebaik sahaja mereka bertiga datang ke meja kantin yang didudukinya.
"jadi" Rose membalas tanpa melihat Hyunjin. Matanya masih lagi fokus memandang telefon di tangan.
Casper dan Hyuna pula berbual sesama sendiri sambil makan. Hyunjin hanya tersenyum tawar.
✧༝┉┉┉┉┉˚*❋ ❋ ❋*˚┉┉┉┉┉༝✧
Keesokannya...
"Hyunjin!" jerit Casper sambil mengetuk pintu rumah bagai nak roboh. Tiba-tiba mereka terbau sesuatu yang enak masuk ke rongga hidung dan itu membuatkan mereka bertiga lapar.
Pintu rumah dibuka oleh tuan rumah dengan senyuman yang lebar . Matanya dan mata Hyuna bertembung.
Hyuna melarikan matanya dari terus menatap Hyunjin. Hyunjin mempelawa tetamu masuk walaupun wajahnya sudah berubah menjadi sedih.
"wahh, cantiknya rumah kau weyh" Rose dan Casper melihat dengan penuh kagum. Hyuna pula terus menuju ke dapur. Casper dan Rose terus pergi ke ruang tamu.
Hyunjin yang sedar Hyuna tak ada, terus dia pergi ke dapur. Dia tahu Hyuna mesti lapar, sebab makanan dia kan sedap.
Hyuna P.O.V
Di dapur, aku terus mengambil pinggan bersih di atas rak pinggan ditepi singki . Disenduknya macaroni carbonara di dalam kuali besar.
belum sempat aku nak senduk, aku rasa macam ada manusia dibelakang aku . Cepat-cepat aku berpaling .
"H-hyunjin"
Jantung aku serupa nak melompat keluar saat Hyunjin selamba badak menongkat tangan kiri dan kanannya pada island kabinet . Wajah aku dah mula merah-merah menahan malu teramat. Tanpa mengalihkan kedua-dua tangannya, Hyunjin merendahkan wajah sehingga sama paras dengan paras muka aku.
Dia memanahkan pandangan matanya pada mata aku. Dua saat kemudian dia mula berbisik dengan nada menggoda. "lapar ke hmm?"
Ya Tuhan, JANTUNG AKU NAK TERCABUT WOI AAAAAAAAAAAA STAWPH IT HWANG HYUNJIN
"ma-mana ada ! S-saya" aku tak mampu nak meneruskan kata-kata. MACAM MANA NAK CAKAP KALAU NATANG NI MUKA DEKAT NAMATI DENGAN AKU EYYYYYYY
"ala, takpe. Makan jelah, saya tak marah pun. Kang saya makan awak karang, awak pulak marah" Hyunjin smirk dan berlalu pergi ke ruang tamu.
Aku pulak jasad kat sini, roh terbang ke mana. Ya Tuhan, kumohon janganlah jantan tu buat lebih dari ni. PENGSAN LA AKU CEMGINI T_T
End of Hyuna P. O. V
Hyuna meletakkan pinggan itu semula di tepi periuk . Dia segera pergi ke ruang tamu. Mata galak Hyunjin dielak dengan hanya memandang beg dan keluarkan buku- buku sekolah .
Casper dan Rose berpandangan antara satu sama lain, tapi diorang buat bodoh je.
Selepas dua tiga jam study, mereka dijamu dengan makanan yang dimasak oleh Hyunjin.
Hyuna makan sampai ada kesan comot ditepi bibir. Almaklumlah, lapar. Hyunjin yang duduk di hadapan segera mengambil tisu dan lap tepi bibir Hyuna. Terkejut kawan tu dibuatnya.
"makanlah elok-elok, kan dah comot" Hyunjin berceloteh sambil mengelap kesan comot tadi. Casper dan Rose tersenyum nakal.
"amboii, dah tu senang cite makan bersuap jela" Casper mengusik. Satu tumbukan hinggap di lengan jantan tu.
"kau sebelum aku hempuk guna timun baik ko diam"
"uweekkkk"
Selepas sesi makan-makan, mereka meneruskan sesi pembelajaran semula .
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020