"Hyunjin" Hyuna menangis tak henti-henti sebaik sahaja dia sampai ke hospital. Tu pun Felix yang call cakap Hyunjin eksiden.
Lisa disebelah memeluk erat Hyuna dan cuba menenangkan gadis itu. 10 minit kemudian ibu bapa Hyunjin pula sampai.
"Auntie, uncle" Felix berjabat tangan dengan Puan Minhye dan Tuan Ji Hoo.
Wajah Tuan Ji Hoo kelihatan keruh manakala Puan Minhye masih lagi sebak."Auntie, saya Lisa dan ini kawan saya Hyuna" Lisa mengajak Hyuna duduk bersebelahan dengan Puan Minhye. Puan Minhye hanya tersenyum tawar. Tangannya naik mengusap lembut rambut Hyuna.
"Makcik mintak maaf ya, dengan perbuatan Hyunjin buat dekat kamu sampaikan hubungan korang berdua berpecah belah" Puan Minhye menahan diri dari menangis teringatkan Hyunjin. Hyuna hanya menggeleng perlahan.
"Benda dah berlalu, makcik. Saya pun dah lama maafkan Hyunjin" Hyuna dan Puan Minhye berpelukan. Lisa punya hanya senyum melihat mereka.
'Amboi Hyuna, nak pikat hati bakal mak mertua la teww' — luahan hati Lisa dan Felix. Diorang berdua boleh pula ketawa dalam hati walaupun situasi sekarang adalah sirius.
Seorang Doktor perempuan, Doktor Shinhye keluar dari bilik kecemasan. Puan Minhye dan Tuan Ji Hoo mendekati Doktor Shinhye.
"macam mana dengan anak saya, doktor ?"
"Anak puan masih hidup, tapi di kepala anak puan terdapat kesan hentakan kuat. Kemungkinan hentakan di kereta ketika kejadian berlaku. Kami akan masukkan dia ke bilik bedah untuk siasatan lebih lanjut" ujar Doktor Shinhye dan menunduk hormat sebelum berlalu pergi.
Puan Minhye terduduk lesu di kerusi, begitu juga dengan Tuan Ji Hoo. Hyuna, Lisa dan Felix hanya mampu mendoakan agar Hyunjin cepat sembuh.
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"maaf puan, anak puan disahkan amnesia kerana mempunyai kecederaan di otak. Jadi saya harap puan besabar untuk pulihkan memori dia balik"
Puan Minhye menangis teresak-esak di katil Hyunjin. Di badan lelaki itu penuh dengan wayar. Kesan bengkak dan luka memenuhi badan Hyunjin. Kepalanya juga berbalut.
Selepas Doktor Shinhye keluar, Puan Minhye memanggil Hyuna dekat dengannya. Hyuna hanya menurut.
"Hyuna sayang, kamu bolehkan tolong auntie pulihkan ingatan dia?" Puan Minhye tersenyum tawar, tangannya mengusap perlahan wajah Hyuna. Mata orang tua itu juga memandang Hyuna dengan penuh harapan.
"Saya cuba" Hyuna membalas dengan senyuman manis. Dia berharap agar Hyunjin mampu ingat balik siapa diri dia.
"Tapi kan makcik, mana makcik tahu yang kitaorang penah ada hubungan?" Hyuna nak sangat tanya soalan ni, namun takut tak sesuai kerana keadaan sekarang.
Puan Minhye ketawa kecil disebabkan soalan Hyuna. Lisa pasang muka pelik.
"Makcik upah spy peribadi, intai apa yang Hyunjin buat setiap hari sebab makcik kan duduk dekat luar negara. Macam tu jugak dengan Yujie" Puan Minhye tersenyum teringatkan si Yujie.
"Makcik, waktu melawat dah tamat." Felix melihat jamnya. Puan Minhye memandang Tuan Ji Hoo.
"jomlah balik" Tuan Ji Hoo memegang tangan Puan Minhye. Puan Minhye hanya mengangguk.
Felix pula menghantar Lisa pulang, Puan Minhye dan Tuan Ji Hoo pun dah balik. Tinggal Hyuna sorang.
"hak alah, takkan semua benda aku yang kena ;-;" Hyuna memandang Hyunjin yang masih lagi belum tersedar. Dia melabuhkan punggung di sebelahnya.
"cepatlah sedar, Hyunjin. Saya tak sabar nak dengar balik suara awak, gurauan awak dan senyuman awak" ujar Hyuna sebelum terlelap di tepi Hyunjin.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020