٤٠ - ٤١

44 5 2
                                    

Surat ketiga

Masa Hari kedua... Kita jenjalan dekat taman. Ponteng sekolah. Hiks best siot, maseh sebab ajak aku pergi jenjalan.

Kek yang kau belikan untuk haritu oun sedap walaupun cepat muak. Hyunjin, kau...

Tak buang lagikan rantai couple yang kau belikan untuk aku kan? Rantai tu kau masih lagi pakai kan?

Jangan risau aku tak buang dan aku tetap pakai. Kalau aku rindu kau, aku sentuhlah rantai tu . Sayang kau ketat-ketat!

Love,
Hyuna

━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━

"aku rindu dialah, jim. Kalau aku dapat jumpa dia balik, mesti kau pun akan ada satu lagi pasangan kan?" Hyunjin mengusap lembut patung kelawar pemberian Hyuna bersama dengan air mata yang mengalir.

Hyunjin semakin tidak terurus. Rambutnya kusut, misai mula tumbuh dan muka yang sentiasa muram. Air mata yang sentiasa menemani lelaki itu. Makanan yang dibawa oleh Yujie langsung tidak disentuh.

Pintu bilik dikuak, Yujie masuk ke dalam bersama dulang makanan. Dia meletakkan dulang di atas meja solek selepas itu barulah dia duduk di sebelah abangnya.

"Oh god abang, siapa ni? Bersepah gambar dia dekat atas katil. Dengan surat dan patung bagai" Yujie baru sahaja nak sentuh, tapi tangannya di tepis oleh Hyunjin.

"kau jangan berani sentuh!" Hyunjin menatap tajam Yujie. Yujie mengangkat kedua ii belah tangan tanda menyerah.

"okay, okay. Tapi siapa dia ni? Dia ke girlfriend abang yang diucapkan oleh kawan-kawan abang tu?"

Hyunjin mengangguk perlahan. Yujie berasa geram dengan tindakan abangnya yang curang dan juga berasa kasihan .

"abang, adik tahu abang memang susah nak move on. 4 tahun abang nak tunggu dia?" Yujie mengusap belakang abangnya. Hyunjin mengangguk sekali lagi.

"jadi, kalau abang nak dia happy jumpa abang...abang kenalah berubah. Abang nak ke tengok dia sedih dengan keadaan abang macam ni?" Hyunjin memandang Yujie dan menggeleng laju.

"kalau macam tu, kita kemas dulu barang-barang abang. Surat-surat , gambar dan barang-barang atas katil ni kita kemas dulu lepastu kita letak dekat tepi meja solek abang."

Belum sempat Yujie bangun, Hyunjin menarik adiknya ke dalam pelukan.

"thanks, adik. Maafkan abang sebab tak mengaku yang abang ada adik-beradik" Yujie hanya tersenyum dan membalas pelukan abangnya.

"takde apelah, meh kemas katil abang.  Pastu kita kemas satu bilik and then abang bersihkan diri abang. Buang misai tu." Yujie teruja untuk mengemas bilik abangnya. Hyunjin ketawa kecil.

t b c

❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛Where stories live. Discover now