Selama seminggu Hyuna dan Hyunjin bersama, kedua-duanya tak pernah bosan menyakat sesama sendiri atau meluangkan masa bersama.
Sehinggalah hari ini, hari yang sepatutnya Hyuna pergi ke Paris selama 4 tahun . Rose dan Casper menemani di Airport sehinggalah waktu penerbangan Hyuna ke Paris.
"perhatian kepada para penumpang Incheon Airline 552 , sila ke pintu bernombor 7 sekarang juga"
Sebaik sahaja pengumuman berbunyi, Hyuna bangun dari duduk dan membawa bagasinya ke pintu nombor 7 .
Dia memeluk erat Rose dan Casper, dia tanak lepaskan pelukan itu namun sudah terlambat untuk mengubah keputusannya.
"korang, jaga diri elok-elok ya? Ingat tau, bagi dekat Hyunjin kotak dan surat dekat dalam kereta tu" Hyuna mengesat air mata yang hampir jatuh.
"aku sayang korang, jumpa lagi 4 tahun akan datang" ujar Hyuna dan masuk ke dalam.
Rose dan Casper pergi ke tepi tingkap dan melambaikan tangan ke arah kapal terbang yang dinaiki Hyuna.
"jom, kita pergi ke sekolah semula" Casper mengajak Rose selepas kapal terbang Hyuna berlepas. Rose menggeleng tidak mahu pergi.
"janganlah macam tu Rose, kau boleh je chat dia dekat fon kan? Lagipun kita ada satu lagi benda nak settle" ujar Casper. Selepas dipujuk, barulah Rose mengikuti Casper balik ke sekolah semula .
━ ━ ━ ━ ━ ✧ ━ ━ ━ ━ ━
"korang dari mana ni? Siap dengan bungkusan comel"
Soalan Hyunjin dibiarkan tidak berjawab . Casper dan Rose kelihatan muram.
"kenapa ni?" Hyunjin mula berasa tak sedap hati.
"Hyunjin, bungkusan ni untuk kau" Rose bersuara perlahan. Casper menyerahkan kotak tu sekali dengan 8 keping surat yang ditulis oleh Hyuna .
Surat-surat tu semua ditulis selama seminggu , tempoh mereka cuba membaiki hubungan yang terputus dan waktu malam sebelum Hyuna bertolak ke Paris keesokannya.
"daripada siapa?"
"Hyuna"
"What?! Kenapa dia nak bagi dekat aku? Dia dekat mana? Kenapa—"
"aku sarankan lebih baik kau buka masa balik rumah nanti, semua soalan kau akan terjawab" ujar Casper sebelum berlalu pergi dengan Rose.
Hyunjin keliru . Dia pergi ke kereta miliknya dan keluar dari perkarangan sekolah. Harini dia hanya sekolah separuh hari , dia mahu tahu kenapa Hyuna memberikannya bungkusan dan surat-surat ni.
•
•
•
t b c
YOU ARE READING
❝ 𝑲𝒆𝒕𝒖𝒂 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒘𝒂𝒔 𝑺𝒖𝒌𝒂 𝑨𝒌𝒖?! ❞ ¦ S² 〚✓〛
Romance❝Aku nak kita bahagia macam dulu❞ -ˋˏ✄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈ 〚 Make sure to read KPSA S1 first! 〛 ©cloudyhongwon 2020