Aku tak tahu nak kata apa.
Aku tak tahu nak bagitahu korang yang dia. Lelaki yang complicated.
Sampai hidup aku sekali pon complicated sekali. Tahu!?
Ke sebenarnya lelaki ni ada masalah.? Ah.. Kalau dia ada masalah dia cari aku.
" Weh! " Another pain of serabut.
" Kau rasa aku patut pakai t shirt or baju kemeja? " Aku tak nak ambik kisah. Tapi aku gadis simple. Orang tanya. Aku jawap.
" Baju kemeja sesuai lah ngan kau min. " Min aka Amin. Dia kawan baik aku. Macam mana aku boleh berkawan dengan dia ni pon aku dah tak ingat. Dah lama. Sedar sedar je dah 10 tahun kami berkawan. Lama kan?
" Tapi.. Aku rasa nak pakai t shirt.. " Ni. Ni maksud aku. Dia tanya orang. Tapi dia dah ada pilihan sendiri. Then buat apa kau tanya orang!? Sebanyak mana pon perasaan aku nak jerit kat Mamat complicated ni. ' kau nak apa sebenarnya, la.. Tutt ???'
Persahabatan selama 10 tahun tu. Aku memang dah masak cukup cukup dengan perangai Amin. Maybe lagi setahun kitorang berkawan. Aku akan 'hangit' dengan perangai dia.
Macam aku kata tadi. Sebanyak mana pon perasaan aku nak jerit ngan marah kat Amin. Aku tak boleh.
Lelaki tu hati tisu! Bila dia merajuk. Itu akan jadi masalah besar dalam hidup aku. Aku pelik juga. Boleh eh sampai 10 tahun persahabatan kami?
Allah SWT kurniakan kesabaran yang cukup tinggi untuk aku menghadapi ujian ini.
" Jadi. Pakai lah t shirt.. " Hari cuti ni. Aku tak nak lah serabut. Kerja sebagai perunding ni boleh naik gila juga. Oh. Ini masalah aku yang aku rasa ramai yang rasa. Kerja perunding ni macam penasihat juga. Mulut aku ni pandai je nak nasihatkan orang lain. Diri sendiri? Hampeh!
" Hm.. Okey lah.. Aku pakai kemeja. " Aku memusingkan mata aku tanda menyampah. Tapi aku buat bila Amin tak nampak lah. Lelaki tu hati tisu yang amat! Tisu kat kedai RM 2 pon lebih tahan dari Amir! Hahaha.. Hiperbola sangat aku ni.
Bila aku ada di rumah je. Amin pasti datang ke rumah aku. Dengan alasan menziarah. Fikir aku sakit tenat ke nak kene ziarah hari hari?? Oh. Macam mana dia tahu aku ada kat rumah? Kami hidup berjiran. Dia ada dimana aja aku berada. Macam anak ayam. Rumah aku tu pon. Memang aku kunci pintu pagar. Mamat ni pulak ingat tempat buat parkour. Dia lompat pintu pagar aku tu. Pintu rumah selagi aku tak bukak. Selagi tu lah dia ketuk.
Dah lah complicated. Annoying pulak tu!
Alhamdulillah.. Hidup aku sepanjang 26 tahun ni. Aku masih belum menjejakkan kaki ke hospital sakit jiwa sebagai pesakit mental. Aku bersyukur.
" Yang kau nak bersiap ni kau nak pergi mana? " Aku bukan lah nak menyibuk. Cuma lelaki ni hari ini kelihatan kacak. Cough! Cough! Batuk pulak aku. Sorry.
" Hehe.. Aku ada date!" Amin tersenyum. Walaupun aku rasa aku tak berapa complicated dari Amin. Tapi lelaki ini yang buat hidup aku complicated sekali.
Sebab aku suka dia.
Kawan baik aku sendiri.
Hmm.. Macam tak complicated je..
Lelaki ni gay..
✨✨
Aku tak buat spekulasi sendiri. Bukti ada depan mata.
" Syah! Baby! Jadi tak kita nak jumpa ni? I dah nak siap. " Aku tak faham lelaki ni. Dia memang suka bercakap guna speaker ke? Atau dia nak buat aku jealous? Kalau macam tu. Dia berjaya buat aku jealous.
Okey. ini buktinya.
" I pon tengah bersiap ni. Lagi 15 minit kita jumpa. Okey? " Aku memang pasti tu lelaki. Namanya Syah! Sah nama lelaki! Dengan suara garau tu. Ada ke perempuan suara macam tu?
" Okey! " Amin tersenyum bahagia sebelum masuk ke rumah. Kesiankan aku? Aku mula suka dia.. 5 tahun lepas. Itu pon sebab dia selamatkan aku dari perogol. Selama ni aku tengok dia lemah. Tapi malam tu dia rela kene pukul sebab nak selamatkan aku. Sampai seminggu terlantar atas katil hospital.
Aku tak tahu nak sedih, murung, atau gembira. Gembira sebab Amin macam playboy. Sedih sebab Amin tak pernah sedar perasaan aku. Murung sebab dia songsang!
" Woi! Rumah kau kat sebelah! Balik rumah kau lah! " Aku memang marah. Tapi aku tak jeritlah. Kang Amin lari balik rumah sambil menangis. Drama habis!
"Alah. Lek lah. Aku nak tukar baju je. " Aku sempat memandang kearah lain dari menjeling kearah Amin. Kitorang punya level persahabatan tu. Rumah aku macam rumah kedua Amin.
But. Something off dalam persahabatan kami.
Kami berkawan sampai 10 tahun. Jujur aku cakap. Latar belakang Amin masih misteri pada aku. Lelaki ini langsung tak bercerita tentang keluarganya. Amin duduk berseorangan dirumahnya. Aku tepuk dahi. Aku juga tak tahu dia kerja apa. Dasyat kan?
Aku pun duduk berseorangan dalam rumah ni. Yang aku ingat. Mula mula aku berpindah di sini. Memang aku tinggal sorang sorang. Rumah ni pun. Amin yang belikan untuk aku.
Pelik kan? Tapi aku tak dapat ingat apa apa. Aku tak ingat apa apa. Macam amnesia. Seingat aku. Aku tak pernah terlibat dalam kemalangan atau terhantuk sampai amnesia.
" Ye lah. Aku balik dulu. Jangan rindu aku. I Love You. " Korang ingat Amin tak pernah cakap I Love You kat aku? Dia pernah! Sakit hati aku!
Aku lihat Amin lompat pagar yang aku dari tadi duduk bersandar. Aku mendecih sebal.
" Aku pun tak tahu apa function pintu pagar tu. Lain kali masuk rumah aku guna lah jalan bawah tanah pulak! " Aku berkata sambil tersenyum. Setakat sindir menyindir tu. Amin okey lah. Janji sindir sambil tersenyum.
" Satu hari nanti aku lalu lah. Aku lupa kunci letak mana. " Ini jugak buat aku pelik dengan Amin. Dia selalu cakap pelik pelik. Jadi untuk menyedapkan hati aku. Aku hanya menganggap yang Amin hanya bergurau. Itu wataknya.
" Macam macam lah kau ni! "
" Well.. Kau tetap sayang aku! "
Ini yang aku lemah ni.
Aku tetap sayangkan dia.
✨✨
Tbc..
Author sambung cerita ni dekat tempat lain. Kalau berminat. Baca dekat sini. 😄
https://dialelakicomplicated.blogspot.com/?m=1
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...