✨2✨

2.2K 151 7
                                    

" Bila kau nak balik ni? " Tanya aku. Amin dengan santai menonton televisyen dengan berkain sarung dan berbaju Melayu.

" Wah! Halau aku nampak. Halau aku tu bagi lah drama sikit. Campak apa apa ke. Pastu jerit ayat. ' nyah kau dari rumah ini! Aku tak mahu engkau jejak kan diri ke rumah ini lagi.! ' ha.. Macam tu.. " Aku mengetap gigi sambil bersilang tangan. Kunci spare rumah Amin ada dengan aku. Jadi tiada masalah pon dari awal dia guna untuk masuk ke rumah dia.

" Kau ni kan! " Aku baru je nak marah. Tapi Mamat ni menghalang aku dengan kata katanya.

" Cukup! Cukup Timah! Maafkan abang! Abang hanya mahu Timah tunaikan permintaan terakhir abang! " Aku mencerlung tajam kearah Amin kerana memanggil aku dengan nama Timah. Nama yang sangat old school. Kemudian aku menahan diri dari blushing dengan gelaran ' abang' itu. Bila difikirkan balik. Lelaki itu hanya dalam mode berlakonnya. Aku yang juga senget melayan.

" Apa permintaan terakhir itu? " Tanya aku. Seperti dalam drama dulu dulu. Bicara dengan baku. Entah kenapa aku terbayang aku menjadi Saloma.

" Erm.. " Amin berbisik perlahan. Dia bangun mendekati aku. Raut wajahnya tidak dapat aku baca. Langkah Amin semakin dekat , aku jarak kan dengan beberapa langkah kebelakang.

" Kenapa Timah? Timah tak mampu nak tunaikan permintaan terakhir abang? " Tanya Amin dengan suara yang.. Er.. Amin masih cuba mendekati aku. Tanpa aku sedar aku sudah berada dekat dengan dinding. Aku terperangkap. Amin pula memasang wajah nakal.

" Apa.. Apa ni!! Jauh sikit! " Well.. Lelaki ini memang tak faham bahasa. Lain orang kata lain dia buat. Jarak aku dengan Amin hanya terpisah beberapa centimeter.

" Tolong buatkan air? " Aku tahu dia minta dengan sopan santun. Dan disebabkan itu juga dia mendapat tumbukan penuh kasih sayang dari aku.

" Lain kali cakap aje. Nak air! Aku debik sampai bulan juga nanti! " Aku mendecih seraya Amin menjauhi aku. Aku angkat kaki menuju kedapur. Sumpah. Tadi memang ada yang nak mati. Siapa? Aku lah!

" Kurangkan manis! Lebih kan kasih sayang! "

" Duk diam diam lah! "

✨✨

Macam biasa. Langkah aku sentiasa diekori sehingga tahap annoying semakin memuncak membuatkan aku dah tak tahu apa bende tu takut.

" Oi! Keluar lah! Ingat aku takut ngan kau ke? Nak gaduh kan?! Meh lah! Gua tak goyang lah! " Aku menjerit di parking lot tempat aku bekerja. Untung tiada siapa disekeliling. Pak guard pon memang buat kerja dengan penuh tanggungjawabnya. Tunggu kau Pak guard. Aku akan buat aduan pasal kau!

Bunyi langkah tapak kaki membuatkan aku berjaga jaga. Aku menelan air liur payah.

" Meh lah! Aku tak goyang! Meh datang potong! " Aku jerit lagi. Bunyi tapak kaki sudah tidak kedengaran. Aku membuat muka menyampah. Ingatkan berani. Aku ingin melangkah semula. Sebelum seseorang memegang bahu aku.

" Hek!" Dengan spontan beg bimbit aku hempuk keatas kepala orang yang memegang bahu aku. Aku terus memukul. Bagi melepaskan rasa geram dan takut . Aku smackdown dia.

" Aduh!! Stop!! " Pukulan aku terhenti. Amin??!

" Ya Allah.. Weh. Sorry!! Macam mana kau ada kat sini? Kau wat apa? Kau ke yang selalu ikut aku? " Tanya aku bertubi-tubi tanpa kisah Amin yang dalam kesakitan. Salah dia juga!

" Aduh.. Satu satu okey.. Aku kat sini jumpa member. Aku baru ingat kau kerja sini. So aku cari kau. Boss kau kata kau baru keluar sebab kau ambik balik awal hari ni. Lastly.. Wat?? No! Ingat kau sape? Artis? Kau artis pon aku tak heran lah nak stalk." Amin menghabiskan jawapannya. Aku tersenyum menutup serba salah. Aku lihat wajah Amin. Mujur aku pukul perlahan je tadi. Tak de lah teruk sangat. Setakat mata bengkak, mulut ngan hidung berdarah tu.. Hmm.. Sikit je.

" Hehe.. Sorry.. Sakit sangat ke? Nape nak jumpa aku? " Aku membantu Amin bangun.

" Aku nak ajak kau lunch. Sekarang aku sakit jadi tak jadi! " Amin membelakangi aku. Aku menjulingkan mata sebelum memujuk.

" Alolo.. Merajuk lah tu.. Buat apa nak makan luar kalau benda leh masak kan? Jom beli barang! " Tanpa menunggu persetujuan Amin. Aku mengheretnya ke kereta aku.

" Eh! Kereta aku macam mana? " Tanya Amin.

" Tinggal aja.. Esok kau nak keluar ikut aku ambik kereta. Wokey?" Aku menjawap pantas. Nak patah balik pon kereta aku dah jauh. Amin hanya diam. Pasrah lah tu. Atau dia tengah fikir nak masak apa.

" Kau tak rasa keseorangan ke? " Tiba tiba aja Amin bertanya. Perjalanan ke supermarket terasa lama dari biasa. Ke sesat ni? Aku mendiamkan diri sejenak.

" Aku dah biasa. Gossip tu macam dah jadi separuh jalan cerita dalam hidup aku. " 6 tahun aku hidup macam tu. Hanya ada aku. Kucing Dhia dan Amin.

" Alolo.. Jangan sedih.. Sekurang-kurangnya kau ada aku kan?! " Amin berkata dengan senyuman semangat.

Aku hanya tersenyum nipis.

Satu hari nanti aku akan kehilangan kau Amin..

Antara aku punca. Atau orang lain.

✨✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now