"Bila besar nanti kita kawin tau! Ana nak jadi isteri Minmin!" Kata seorang kanak-kanak perempuan dalam lingkungan 5 tahun itu. Aku yang berada dibelakangnya tergelak kecil namun nampaknya kanak-kanak itu tidak menyedari kehadiran aku.
Amboi.. Gatalnya.. Anak siapa lah ni..
Aku masih tergelak lucu. Comel betul. Aku dan Ana menunggu budak lelaki yang dipanggil Minmin itu membalas.
" Hm? Isteri tu apa? " Tanya Minmin naif. Terus aku tergelak kuat. Eyy!! Comelnya!
Aku pandang budak bernama Ana itu. Jelas wajahnya berkerut untuk memikirkan apa maksud isteri tersebut.
" Isteri tu macam.. Erm.. " Ana terbata bata. Tiada jawapan untuk soalan Minmin. Minmin memandang Ana dengan kepala senget sedikit. Mulutnya terdapat lolipop.
" Minmin nak jadi pelindung Ana. Jadi Ana kena jadi isteri Minmin bila besar nanti dan Minmin sebagai suami akan lindung Ana dari raksasa! Janji!? " Aku melompat lompat dibelakang mereka berdua. Asal comel sangat ni??! Mereka berdua membuat pinky promise manakala Aku memandang mereka berdua sambil tersenyum kemudian mereka berdua berlalu pergi.
Aku tercengang bila aku tersedar sesuatu. Minmin?
"Maya? " Muncul satu suara.
"...... Maya...... " Aku tersedar. Ruangan bilik yang cukup asing buat aku.
" ...... Dia....... Maya... " Suara yang tenggelam timbul masuk kedalam pendengaran aku. Aku cuba mendengarnya lagi. Apa yang aku yakin. Ada suara Amin tengah bercakap dengan seseorang. Nama Maya meniti dibibir Amin. Maya yang aku jumpa tadi ke?
" ..... Jangan bagi dia terlepas.... " Suara satu lagi bersuara. Aku terkejut. Aku sudah faham sekarang. Amin adalah pembunuh upahan lelaki ni! Tapi.. Kenapa pula?
Tiba tiba pintu terbuka dan aku tidak sempat untuk berpura Pura tidur. Wajah Amin yang tersenyum lembut membuat aku berdebar. Perasaan ini lagi! Dia berjalan perlahan lahan kearah aku.
" Kau dah bangun. Jom balik. Flight kita dah tak lama. " Kata Amin. Ah.. Betul lah. Kitorang nak balik hari ni. Lelaki tua dibelakang Amin memandang aku semacam membuatkan aku meneguk liur dan menunduk.
" Kau boleh jalan tak? " Tanya Amin risau. Aku yang masih rasa tidak selesa dengan pandangan lelaki tua itu hanya dapat mengangguk. Suara aku tak berani nak keluar buat masa sekarang.
" Okey. Jom. " Selepas kami bersalaman dengan beberapa orang yang aku tidak sempat berkenalan dan aku juga pelik kenapa seorang wanita menangis ketika memeluk aku. Muka aku ni nampak sedih sangat ke?
Tanpa suara didalam kereta Amin memandu kereta dengan tenang menuju ke lapangan terbang.
Aku menghenyakkan badan aku keatas kerusi kapal terbang. Aku takut sebenarnya nak balik. Kejadian tembak menembak itu masih bermain di kepala. Macam mana kalau aku jejak kan kaki dekat Malaysia then.. Bang!
Aku meremang. Takut ni!! Aku perasan yang Amin memandang aku dengan dahi yang berkerut.
" Hey? You okey? " Tanya Amin. Aku hanya mengangguk lagi. Renungan matanya membuat aku cair seketika.
" Haip! Jangan pandang macam tu! Cover sikit kau punya gatal." Kata Amin dengan selambanya. Aku pon dengan selambanya tampar lengan dia.
" Ey! Mana ada aku gatal! Mata kau ada sesuatu tadi. " Aku memberi alasan untuk menutup keterlanjuran perlakuan aku.
" Kau dari kecik memang dah gatal. " Aku memandang Amin dengan mata membulat. Terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh Amin.
" Apa dia? " Aku meminta kepastian. Takut aku yang salah dengar.
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
AcciónTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...