Disini lagi aku. Didalam bilik gelap dan panas. Lelaki itu tak cakap apa apa selepas mengunci rantai besi dikaki aku. Aku juga tak berkata apa apa. Bimbang akan membuat lelaki itu semakin marah. Lampu suluh yang diberikan aku hala kasana kesini.
Aku nak keluar. Tapi macam mana?
Lampu suluh aku halakan keseluruhan bilik. Entah kenapa bilik ini terasa ada angin. Bilik ini tiada tingkap. Macam mana aku rasa berangin?
Aku berjalan ke hulu ke hilir. Mencari sumber dari mana datangnya angin itu. Aku tak jumpa. Membuatkan aku geram.
Mesti ada dekat dekat sini.
Aku melompat lompat geram. Sebelum bunyi yang aneh memberhentikan aku dari melompat.
Aku mengetuknya. Ada bunyi. Mana mungkin lantai mozek ada bunyi kan?
Aku mengetuknya lagi. Aku mendekatkan wajah aku.
Ada angin!
Aku cuba mengangkatnya. Semasa aku cuba mengangkatnya ada sesuatu yang jatuh. Kunci berwarna kuning itu aku pandang.
" Nanti aku jumpa. Aku guna lah pintu bawah tanah tu "
Kata kata yang pernah Amin katakan. Aku terkesima. Aku ingat dia main main!
Jadi.. Ni pintu bawah tanah? Kunci yang aku pegang aku lihat sekali lagi. Ada satu kunci yang sama Amin guna untuk kunci rantai besi ini. Kalau nasib aku baik..
Terbuka!
Buat kali terakhir aku memandang pintu yang terkunci sebelum aku melalui jalan bawah tanah yang aku sebenarnya ragu ragu yang mungkin kah ada jalan keluar.
Sorry Amin. Kau tak nak bagitahu. Biar aku yang cari sendiri.
✨❤✨
Kawasan hospital yang aku lalui aku pandang sekejap. Aku cuba berjalan namun dapat dipastikan dengan sekali pandang yang aku nampak lemah. Ketar lutut aku memandangkan aku berlari sehingga kesini.
Jururawat yang memandang aku dengan cepat menghampiri dan menolong aku untuk berdiri tegak.
" Cik? Cik okey? " Tanya jururawat itu. Aku mengangguk.
" Nurse. Ada pesakit nama Maya tak? " Tanya aku. Berharap auntie Maya ada dekat sini. Kalau tak memang sia sia aku berlari kesini.
" Kejap saya check.. Hm.. Dia kemalangan ke? " Tanya jururawat itu sambil memegang kertas. Dia membelek belek sambil matanya juga sesekali memandang kearah aku.
" Urm.. Tak.. Dia kene.. Tumbuk. Maybe pagi tadi dia masuk? " Aku tak yakin. Tapi aku harap jawapan yang aku akan dapat memuaskan hati aku.
" Hm.. Tak de cik.. Mungkin dia pergi hospital lain? " Aku menjerit didalam hati mendengar jawapan jururawat tersebut. Jururawat itu meminta diri untuk menguruskan beberapa pesakit. Aku melangkah keluar dengan sakit hati. Penat.
Dah lah kaki ayam je aku datang kat sini. Orang pandang pon ada aku kesah?
Mana lah nak cari auntie Maya ni?
" Hana? " Bagaikan diseru. Terus aku tertoleh kebelakang. Memandang wajah auntie Maya yang berbalut dan berplaster.
" Auntie Maya?? Auntie okey?!! " Aku terus menyerang auntie Maya dengan soalan. Auntie Maya tergelak kecil dengan sikap gelabah aku.
" Auntie okey.. Sikit je.. Jangan risau okey? " Kata auntie Maya lembut seperti sifat keibuan. Kepala aku juga diusap perlahan. Aku tiba tiba dihambat rasa sebak. Rindu.
Kenapa dengan aku?
" Hana.. Okey tak ni? " Tanya auntie Maya setelah aku agak lama berdiam diri. Merenung tanah dan kaki ayam aku.
" Hana ikut auntie balik jom?" Ajak auntie Maya seraya menarik aku. Aku hanya mengikut. Kereta besar berwarna hitam dihadapan aku dipandang. Entah bila masa datang pon aku tak tahu. Aku masuk kedalam kereta diikuti dengan auntie Maya. Sepanjang perjalanan hanya suara dari radio yang kedengaran manakala otak aku menjerit pelbagai soalan. Aku nak tanya. Tapi takut menggangu auntie Maya. Dia kan sakit. Jadi aku hanya berdiam diri.
Tak lama selepas itu aku berdiri dihadapan rumah banglo... Villa? Aku tak tahu. Tapi rumah ni gila besar! Mulut aku ternganga kagum sehingga aku tak perasaan auntie Maya memandang aku kemudian dia tergelak kecil. Menyedarkan aku.
" Hana. Jom masuk. Ke Hana nak mandi dulu? Hana nak apa apa??" Tanya auntie Maya. Masih dengan suara lembutnya. Membuat aku dijentik rasa rindu lagi.
" Aa.. A.. Tak pe auntie.. Hana bukan nak tinggal sini pon.. " Aku tersenyum kekok. Aku menggaru kepala aku yang tak gatal. Serba salah menyusahkan auntie Maya.
" Erm.. Really? Tapi Hana nampak macam lari dari rumah je.. Lagipun hana mintak izin tak keluar dari suami ni? " Tanya auntie Maya lagi. Aku tersentak.
Suami??
" Ah!! Auntie salah ni.. Hehe.. Hana tak.. Tak kawin lagi.. Amin tu kawan Hana je.. " Aku cuba menerangkan kepada auntie Maya sekali dengan tangan aku digoyang goyang kan. Aku melepaskan nafas lega.
" Oh.. " Auntie Maya tersenyum.
" Bibik bee!! Bawak Hana pergi bilik dia. Uruskan semuanya. " Tiba tiba sahaja auntie Maya memanggil pembantu rumahnya dan tiba tiba sahaja aku sudah berada dipegangan pembantu rumah yang berbadan besar itu. Aku sedikit cuak dengan wajahnya yang bengis itu namun perasaan itu hilang bila bibik bee tersenyum kearah aku dan membawa aku pergi.
" Nanti kita jumpa dekat ruang tamu. Okey? " Auntie Maya melambai lambai kepergian aku. Aku sempat mengangguk.
Hampir semuanya bibik bee uruskan. Dia kata dia nak mandi kan aku tapi aku dengan keras menolak. Aku boleh buat sendiri. Lalu bibik bee keluar meninggalkan aku dalam bilik yang lebih kurang sama besarnya dengan ruang tamu rumah aku.
Teringat pasal rumah aku.. Mana mungkin aku akan balik buat masa terdekat ni. Kalau aku balik. Mungkin aku tak dapat nak tengok keindahan dunia lagi. Jadi aku buat keputusan untuk tinggal disini buat sementara. Lagipun orang dah tolong. Buat apa nak tolak kan?
Dengan fikiran yang masih berterima kasih pada auntie Maya aku melangkah masuk kedalam bilik air.
Aku tak nak terkejut. Tapi aku terkejut. Siapa auntie Maya ni?? Kerabat jutawan ke apa? Oh My god.. Aku mandi dengan cepat dan walk in closet aku buka. Terkejut lagi. Tapi yang ni aku suka. Semua baju lawa lawa. Taste auntie Maya hampir sama dengan aku. Buat aku rambang mata nak pakai yang mana. Setelah lama aku berdiri merenung baju yang tak mungkin tersarung sendiri pada badan aku. Aku baru perasan yang bibik bee sudah siapkan pakaian aku dengan meletakkannya diatas katil. Disebabkan aku mula sejuk. Dengan cepat aku menyarungkan baju tersebut. Not bad.
Setelah puas aku membelek tubuh aku dan berangan menjadi model aku turun ke ruang tamu dengan bantuan pembantu rumah yang lalu dihadapan aku secara kebetulan. Pandangan aku semakin jelas melihatkan auntie Maya yang duduk menikmati air tehnya. Dia juga turut perasan kehadiran aku dan meminta aku aku duduk dengan senyuman. Aku patuh.
" Auntie nak cakap sikit.. " Auntie Maya memulakan perbualan. Aku hanya memandang auntie Maya yang duduk dengan anggun.
" Okey auntie.. "
" Sebelum tu.. Call auntie.. Mama.. " Auntie Maya tersenyum lembut. Otak aku mula perlahan prosesnya.
" Mama? "
" Ni mama Hana.. "
Dunia aku terhenti seketika.
✨❤✨
Tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...