Takbir raya berkumandang kemudian lagu raya dapat didengari dimana mana. Radio. Phone. Hari ini merupakan hari raya Aidilfitri yang pertama aku rayakan dengan suami aku. Of course lah bahagia. Teringatkan hal itu aku teringat yang aku luahkan perasaan aku dekat suami aku. Rupa rupanya suami aku yang licik tu plan semuanya!! Kesian Hariz yang tak tahu apa apa bila aku marah dia kenapa tak halang perkawinan aku dengan Hariz yang langsung tak wujud. And!! Girlfriend Hariz pon join sekali! Aku tak tahu pula Kenya tu dah lama bercinta ngan Hariz sebelum aku jumpa dia lagi.
2 bulan lepas mereka selamat bertunangan dan rupanya nama sebenar Kenya adalah Khairina. Melayu rupanya. Mati mati ingat mat Salleh. Khairina juga merupakan bodyguard aku. Tapi aku jarang tengok dia.
Aku membetulkan tudung aku yang sedondon dengan baju aku juga Amin dihadapan cermin sebelum cermin memantulkan imej Amin yang segak berbaju Melayu berwarna biru tua. Selamba dia menolak aku ketepi untuk membetulkan songkoknya.
" Yah! " Aku mula nak marah. Tolak aku macam tu je? Kurang aja betul Mamat ni. Suami siapa ni?
" What? " Tanya Amin tanpa rasa bersalah. Untung sisi complicatednya itu sekadar lakonan. Namun ada lah juga dia jadi complicated sebab nak cabar kesabaran aku. Nasib sayang!
" Apa main tolak tolak ni? " Tanya aku lembut. 6 bulan usia perkahwinan kami. Masih muda. Tapi selalu sangat lah bergaduh. Mujur Amin seorang yang cepat sedar kesalahan dia. Namun suka sangat cari pasal!
" Saja nak bermanja. " Amin ingin menarik tangan aku.
" Aip! Orang ada wudhu lah! Cepat sikit. Nak pergi solat raya ni. " Kata aku lalu meliar mencari telekung aku yang tersangkut dipenyangkut sebelum aku nampak Amin tersenyum nakal.
Amin menarik muka aku lalu pipi aku dijadikan mangsa kucupannya. Kemudian terus Amin berlari ke luar bilik.
" MOHD AMIN NADIM!!! " Aku menjerit lalu dengan kasarnya aku mencabut tudung aku dari kepala. Aku terlupa untuk mencabut pin dahulu. Aku mengaduh kesakitan. Arghhh!! Ada juga orang korban manusia hari ni. Dah lah susah nak pakai tudung ni. Bilik air aku tuju untuk ambil air wudhu dan dengan malas aku sarung kan tudung sarung dari tudung bawal yang asal aku pakai tadi. Nak pergi solat raya je.
Aku masuk kedalam kereta dan bertemu dengan wajah nakal suami aku. Sabar je lah. Hari yang mulia kot hari ini. Tanpa kata Amin memandu kereta menuju ke masjid.
✨❤✨
Aku melangkah masuk sambil memimpin tangan dengan Amin ke dalam banglo milik papa setelah ibu dan papa bersetuju untuk menetap di Malaysia. Aku yang anak tunggal mereka hanya bersetuju. Syarikat syarikat papa pula ada yang diuruskan oleh adik beradik Amin dan Hariz. Aku hanya menguruskan di Jepun. Namun papa telah menjual 4 syarikatnya dan hanya tinggal hotel, resort dan restoran untuk diuruskan. Maka aku dan Amin memilih untuk menguruskan restoran dan Amin menjadi ketua chef.
" Sampai pon!! " Ibu memeluk aku erat dan selepas ibu melepaskan pelukannya aku bersalaman dan meminta maaf. Ibu memaafkan aku.
Sanak saudara aku ramai jadi kecoh juga banglo papa. Aku berjumpa dengan papa dan meminta maaf. Seperti ibu. Papa juga memaafkan aku. Aku tersedar sesuatu. Aku tak mintak maaf dengan Amin lagi. Tak pe lah. Nanti dulu.
Aku mencari sesuatu didalam beg. Setelah aku nampak ada didalam beg aku yang apa aku mahu ada didalam beg bimbit. Aku tersenyum dengan sedikit berdebar. Suara papa Nazir diikuti dengan pasangan Hariz dan khairina yang baru sampai menarik perhatian ibu, papa serta aku.
" Selamat hari raya maaf zahir batin Bro! " Ucap Amin bila sudah berada dihadapan Hariz dan khairina sambil bersalam dengan Hariz. Aku bersalam dengan khairina dan mengucapkan hal yang sama. Kemudian Amin pergi berjumpa dengan papanya. Aku turut mengikutinya.
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
AçãoTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...