Aku rasa roh aku baru keluar dari badan aku. Mulut aku sudah tidak lagi ditutup memandangkan orang tersebut telah 'tumbang' ditembak oleh kembar Maya.
Aku cuba ingat nama lelaki ini.
Muiz? Murshid? Munafik?Malim!
Bukan ke Malim ni adik Dato' Firdaus? Maknanya.. Dia yang bunuh keluarga Dato' Firdaus! Bayangan lelaki yang aku nampak dalam mimpi bukan Amin. Tapi Malim!
" Aku tunggu. " Malim meletakkan phonenya kedalam poket selepas talian terputus.
" Mal! " Suara Maya muncul didalam bilik itu. Amin memeluk leher Maya dengan kemas dengan pistol rapat dikepala.
" Kau ada tebusan. Kami ada tebusan. " Aku menepuk dahi. Fikir lelaki ni kisah ke? Keluarga abang dia sendiri dia sanggup bunuh!
Lelaki itu ketawa kuat. Suaranya bergema didalam bilik itu. Sebelum aku dapat melihat apa apa bunyi tembakan sekali lagi berbunyi. Jeritan kesakitan memasuki telinga aku. Aku, Amin dan Hariz terkejut melihat Maya yang sudah pon bergelut seolah menahan rohnya keluar diatas lantai.
" So? " Lelaki ini kejam. Kejam!
" Kau tak guna!!" Aku menjerit marah. Memang aku marahkan Maya. Tapi wanita itu pernah menjaganya ketika kecil dengan baik. Malah ketika menolong aku. Aku tak rasa itu semua lakonan. Wanita itu sayangkan aku.
Aku menggelengkan kepala aku kemudian memandang kaki aku. Dia tembak aku kot!
Aku memandang Maya yang kelihatan nyawa nyawa ikan. Aku tak patut nilai dia macam tu. Walaupun dia banyak buat keburukan. Tetap dia ada kebaikan dia. Kebaikan dia membuat dia berbudi dengan aku. Aku menarik nafas.
Hana maafkan mama Maya..
Dada Maya tidak lagi bergelora. Berhenti sepenuhnya. Matanya juga tertutup. Aku yang berada disitu seperti mengalami time freeze. Sebelum aku tersedar keadaan Amin dan Hariz semakin parah dan bunyi ketawa kuat dari lelaki yang tidak berhati perut ini serta tembak menembak.
Amin dan Hariz masing masing sedaya upaya melindungi diri aku setelah pistol kehabisan peluru. Langkah Amin sedikit perlahan memusing dan menumbuk musuhnya. Hariz juga sedikit perlahan mengelak dari musuhnya.
Seperti bertahun rasanya. Lelaki lelaki berbaju hitam yang aku rasa pihak polis datang menyelamatkan keadaan. Konco konco Malim ditangkap dan ada ditembak.
"Bodoh kau Daniel!!" Aku melihat Malim menerpa kearah aku sambil memegang pisau. Aku siap aja, aku selalu tengok dalam filem. Kalau ada orang datang dengan pisau. Dia tepis dengan menolak tangan kanan ke kiri. Ikut tangan mana yang dia pegang pisau. Tangan lagi satu tolak siku kehadapan.
Aku bersedia tidak berganjak. Aku boleh jaga diri aku.
" Hana! " Amin turut meluru kearah aku ketika aku berjaya menepis tangan Malim walaupun aku hanya duduk dan aku terkaku. Semuanya berlaku dengan pantas dan aku tak dapat kawal masa.
"Ukh..!" Amin memegang pisau yang tertanam di dadanya. Malim ketawa kuat sebelum aku melihat dia sudah tersungkur tidak bernyawa dilantai. Hariz datang kearah aku dan mengangkat aku sebelum aku dapat mendekati Amin.
" Hariz! Selamatkan Amin dulu! " Kata aku dengan pandangan yang masih belum lepas kearah susuk tubuh yang terbaring dengan pisau didadanya. Amin turut memandang aku dengan senyuman yang cuba dia ukir buat aku. Matanya juga berair.
" Aku ikut arahan sir. Kami kena selamatkan kau dulu" Hariz cuba menenangkan aku dengan kata katanya. Namun semuanya tidak berhasil. Jika kaki aku tidak sakit. Aku akan meluru kearah Amin dan membantunya.
" Tapi Amin cedera teruk! Dia mungkin tak dapat diselamatkan kalau lambat! " Kata aku cuba meronta. Namun tiada apa yang aku boleh buat kerana kecederaan dikaki aku.
Lama Hariz berdiam diri dan berkata dengan satu lafaz.
" Kami akan tabik hormat pengorbanan dia" Kata Hariz membuatkan aku terpana. No.. No! Tak boleh!!
" Amin!!" Jerit aku buat kali terakhir.
✨❤✨
Segala urusan jenazah dapat diselesaikan di Malaysia dan tak lama kemudian aku kembali ke France dalam dakapan keluarga aku. Masih aku ingat wajah ibu aku yang memeluk aku sambil menangis kerana aku tidak mengenalinya masih aku ingat.
Semuanya selesai. Buat sekarang. Aku berasa gembira namun hati aku kosong.
Balkoni rumah aku yang dari jauh aku dapat lihat Menara Eiffel menjadi tempat untuk aku menangis kerana perasaan bersalah masih memeluk diri aku. Sudah sebulan kejadian itu berlaku. Namun masih segar dalam ingatan.
Aku juga sedang menyesuaikan diri aku. Kerana sudah 10 tahun aku hanya hidup bersama Amin. Kini dia tiada membuat aku kekok.
Teringatkan Amin, aku menangis lagi. Disebabkan dia, aku sering menangis. Semuanya salah aku. Patutnya aku tak tepis masa Malim datang dengan pisau. Terus sahaja tikam aku. Bunuh aku. Biar saja aku yang mati. Tapi apa yang aku buat masa tu.. Buat Amin.. Dia..
Tok Tok.
Aku mengelap air mata dan menepuk pipi aku kerana tiba tiba pintu diketuk dari luar. Terjengul wajah ibu.
" Sayang.. Ada orang datang.. Turun jom.. " Pinta ibu lembut. Aku tersenyum sebelum mengangguk. Tudung disarungkan lalu setiap langkah aku menuruni anak tangga semakin memberat. Dada aku berdebar . Aku takut. Pada masa yang sama aku berharap yang lelaki complicated itu yang muncul. Tapi mustahil.. Lelaki itu sudah lama tiada..
" Hana.. Hana ingat lagi kan dengan.. " Tanya mama sambil menunjukkan seorang figura seorang lelaki duduk disofa. Mata aku membulat.
" Papa Nazir? " Papa Nazir menoleh kearah aku dan aku dengan segera menuju ke arahnya dengan senyuman tipis. Papa Nazir adalah papa kepada Amin.
" Papa Nazir datang sebab nak jumpa Hana.. Kali terakhir papa Nazir jumpa Hana dekat kubur arwah- " Aku memintas percakapan papa Nazir. Agak kurang ajar tapi aku tak nak dengar.
" Papa Nazir nak minum air? Hana buatkan? " Tanya aku. Senyuman aku sudah kelihatan terpaksa. Papa Nazir perasan namun tidak berkata apa apa, dia mengangguk. . Dia faham perasaan aku. Lagipun Amin anak dia.
" Tunggu kejap eh? " Kata aku dengan riak wajah aku cuba ceriakan. Aku meluru dengan laju kearah dapur. Tidak mahu papa Nazir menunggu. Dengan cepat aku membuat air kopi lalu dibawa ke ruang tamu.
" Papa Nazir sihat? " Tanya aku. Sekadar berbasa basi. Aku tak mampu nak melihatkan wajah papa Nazir kerena mengingatkan aku kepada Amin.
" Papa Nazir sihat.. Hana pulak? Sihat? Sejak kepergian.. -" Sekali lagi aku memotong.
" Sihat! Hana gembira sebab dah dapat kembali disisi keluarga Hana. Jemput minum papa Nazir" Aku menghulurkan secawan kopi dan papa Nazir menyambutnya dengan ucapan terima kasih. Setelah lama berdiam diri dan papa Nazir memahami yang aku tak mahu bercakap meminta diri untuk pulang.
Aku menghantar kepergian papa Nazir sehingga ke muka pintu. Papa Nazir pergi meninggalkan aku seperti apa yang anak dia lakukan. Namun papa Nazir pasti akan kembali setelah 2 atau 3 minggu. Tak seperti anaknya yang meninggalkan aku lama.
Amin tinggalkan aku.
✨❤✨
Tbc..
Oh My Gosh!! Maybe 2 or 3 akan tamat!! Bye!!
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...