Aneh. Hari ini langkah aku tidak diikuti. Dan hari ini baru sehari Amin tiada.
Aku bukan nak buruk sangka tapi.. Ni semua Amin punca kan!??
Aku menghempas beg bimbit aku ke atas katil. Rasa penat dihilangkan dengan berendam didalam bilik air. Hari itu terasa penat yang amat. Jadi aku terlena awal.
✨❤✨
Banglo yang mempunyai halaman yang luas dihiasi dengan tanam tanaman. Playground mini dan kolam.
Aku terasa pelik. Aku kat mana? Rumah sape ni.? Nampak macam rumah aku dalam mimpi.
" Hana!! Sudah lah tu bermain nya. . Masuk rumah ni! " Panggil seseorang. Aku yang terasa dipanggil pergi kearah si pemanggil. Sebelum aku sedar ada kanak kanak kecil berlari dihadapan aku sambil tertawa kecil.
" Okey mama! " Budak perempuan tu panggil seseorang itu mama. Mak dia lah kan? Aku yang baru sedar bahawa aku bukan orang yang dipanggil menahan malu. Tiba tiba muncul perasaan pelik. Aku sudah berdiri dihadapan wanita itu. Tetapi wanita itu kelihatan seperti tidak melihat aku.
" Bagi aku semua!! Semuanya hak aku!! " Aku terkejut. Keadaan sekeliling aku berubah. Dinding dinding disimbah warna merah. Namun terdapat bau hanyir dari warna merah itu.
" Sabar.. Tenang.. Malim.." Seorang lelaki berbaju putih dan seorang lelaki berbaju hitam. Lelaki berbaju hitam memegang pisau dan dia sedang menjerit jerit meminta hak nya.
" Bagi aku!! " Aku blur. Tak tahu nak buat apa. Seolah aku berada didalam Cinema. Jap. Mana Popcorn aku?
" Papa!! " Terkejut aku. Budak perempuan tu lagi. Tapi kelihatan budak perempuan itu semakin remaja.
Lelaki yang berbaju hitam itu terus meletakkan pisau di leher lelaki berbaju putih sebelum lelaki itu dapat mengelak.
Tanpa rasa bersalah atau berdosa. Pisau itu telah menarik nyawa lelaki berbaju putih itu. Bajunya yang putih sudah diwarnakan dengan darahnya sendiri. Badan kaku lelaki itu kemudiannya dipotong potong.
Aku rasa nak muntah. Usus. Tulang. Isi kulit manusia. Semua aku nampak. Aku nak cuba alihkan mata aku. Badan aku. Tetapi badan aku macam kene gam. Aku tak dapat bergerak.
Lelaki berbaju hitam itu bangun. Dia ketawa kuat. Ketawanya bergema di ruang banglo itu. Topeng mukanya yang ada tompokan darah dibuka lalu dibuang ke atas lantai.
Lutut aku menggeletar. Lelaki itu memandang tajam kearah aku. Badan aku menggigil. Masih tak percaya apa yang aku lihat.
Amin?!
✨❤✨
" Arghhh!!!! " Aku memandang sekeliling. Warna dinding berwarna kelabu aku pandang. Aku di bilik aku. Badan aku berpeluh. Seketika aku tercengang. Aku mimpi apa tadi? Semuanya kabur.
Aku menggelengkan kepala aku. Aku masih mimpi kan unicorn.
Phone aku berdering.
Incoming call- Mamat complicated.
Talian bersambung
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...