✨26✨

1.7K 118 28
                                    

Masuk bulan Oktober. Papa meminta aku menguruskan syarikatnya diMalaysia. Rupanya tempat yang aku berkerja adalah kepunyaan papa. Patutlah aku tak pernah kena pecat. Tetapi aku menolak. Aku tak mahu ingat memori lama. Jadi papa meminta aku menguruskan syarikatnya di Jepun. Aku bersetuju.

Jadi hari ni aku melangkah ke airport dengan pelbagai perasaan. Namun semua perasaan itu aku jadikan seperti hari yang baru. Aku cuba lupakan kisah lama. Dan mula karang kisah baru.

Hariz menghantar aku ke airport sambil bercerita dengan pelbagai cerita ketika aku amnesia dan terpaksa rahsiakan semuanya.

Flashback..

" So.. Kau dah nak pergi? " Tanya Hariz. Matanya fokus terhadap jalan.

" Yep. Papa aku mintak uruskan syarikat dia kat sana. " Jawap aku dengan sedikit mengangguk. Phone aku dibelek belek jika ada notis yang masuk.

" Boleh kau citer tak.. Apa yang jadi masa aku amnesia? " Aku bertanya selepas kesepian mula memakan diri kami didalam kereta. Hariz memandang aku sebelum kembali kearah aku sambil tersenyum nipis.

" Sure. So. Permulaan cerita. Hm..Orang yang paling risau. Memang Amin lah. Siapa yang ikut kau tu. Bergilir gilir aku ngan Amin. Nak pastikan kau betul betul selamat. Aku sengaja je menyamar jadi polis dan Amin sengaja buat tak kenal aku.

Orang yang kena bunuh dan kebetulan rapat dengan kau tu semua orang orang yang rapat dengan keluarga Dato Firdaus. Dato Firdaus tu kau tahu kan kau siapa dengan dia. Pak sedara kau. Pak sedara kau ni pulak sayang gila dekat kau sampai hartanya hampir separuh jatuh keatas nama kau dan dia juga pemegang syer yang banyak di syarikat papa kau.

Mula mula Maya tu. Dia tangkap khalwat dengan papa kau. Tapi padahal papa kau kena sabotaj. Nasib ibu kau chill je. Memang dia percayakan gila gila dekat papa kau. Then. Papa Amin dan papa aku adalah orang kanan papa kau. Secara takdir kita membesar sama sama. Memandangkan papa kami yang menjaga keselamatan keluarga kau Hana.

Kami berdua telah berjanji dihadapan kau yang kami akan jaga kau. Lindungi kau. Bila besar. Kami sign kontrak jadi bodyguard kau. Tanpa pengetahuan kau. Luckily, kau langsung tak sedar. " Cerita panjang lebar Hariz. Aku menepuk tangan. Memang menjadi. Aku memang tak dapat nak kenal pasti mereka berlakon atau tak.

" Then..Kenapa kes tembak menembak masa tu.. Amin ajak aku lari dari hospital sebab ada pihak polis? " Tanya aku. Hariz tergelak kecil.

" Pfft. Korang bukan lari dari kami. Tapi ada orang ikut korang yang merupakan orang suruhan Malim. Jadi aku terus bagitahu Amin untuk bawa kau pergi secepatnya. Dan pandainya dia bawak kau pergi France. Gempak lagi kau jumpa Maya. Kau pulak dengan naifnya percaya bulat bulat apa yang Maya tu katakan.

But. Apa yang kau buat tu memudahkan kerja kami untuk cari Maya dan Malim. 10 tahun tahu kami cari diorang. Kau sampai France. Puff! Maya muncul depan kau. Ada kebaikan. Ada keburukan " Semakin galak Hariz bercerita sekali dengan gaya. Reaksi wajahnya juga tidak dilupakan. Aku pula mengangguk perlahan sambil menggaru sedikit pipi aku.

" Hmm.. So.. Amin.. Bukan gay? Dia tak depress? " Soalan aku membuat suasana didalam kereta bingit dengan bunyi ketawa Hariz. Stereng keretanya diketuk ketuk-ketuk. Setelah reda baru Hariz menjawap.

" Kalau kau nak tahu. Yang dia selalu sembang I Love You lah. Date lah. 'Pakwe' dia tu. Aku. And nope. Amin tak depress. Dia cuma gila. " Aku menggigit bibir. Mendengar Hariz ketawa membuat aku juga turut ingin ketawa.

" Budu betul lah.. Nak berlakon pon agak agak lah. Sampai jadi songsang semua. Nasib berlakon je. " Kata aku dengan nafas lega. Hariz masih ketawa.

" Tapi kau percaya jugak " Kata Hariz. Masih belum berhenti ketawa.

" Tu sebab aku yang budu pergi percaya. Kau tahu tak real si Amin tu berlakon jadi gay?! Bapak ah. Aku rasa macam nak panggil 100 orang ustaz pergi tazkirah kat dia. " Kata aku lalu ketawa. Hariz juga turut ketawa.

" So. Apa lagi soalan? " Tanya Hariz. Aku sudah dapat melihat airport tidak jauh dihadapan.

" Hm.. Amin dia.. " Nada aku mula sedikit perlahan dan kedengaran sedih.

" Ha.. Tengok tu.. Jangan macam tu.. Amin dah kotakan janji dia. Kau tahu. Hari kau lari pergi ke mulut buaya tu. Amin tak tentu arah cari kau. Papa kau terus pecat dia sebab marah sangat yang kau boleh hilang. Even kena pecat. Dia tetap cari kau. Aku pula cari insiatif untuk cari kau dan aku dapat masuk kedalam rumah Maya.

Si Maya tu langsung tak sedar yang aku bukan pekerja dia. But. Everything berjalan dengan lancar. Semua benda aku report dekat Amin. Hari kau pergi nak ambik beg yang tak de apa apa tu. Amin dah tahu. Dan dia dah siap siap pakai baju kalis peluru sebab aku kata yang Maya bagi kau pistol. Aku agak lah yang kau takkan tembak si Amin tu. Rupanya.. Pergh! Kau tembak dia doh! Maksud aku. Kau tembak dinding. " Hariz menghabiskan ayatnya dengan ketawa. Aku menaikkan kening aku.

" Aku tembak apa? " Tanya aku lagi.

" Kau tembak dinding. " Jawap Hariz. Ketawanya masih belum reda. Wajahnya mula kemerahan kerana kuat ketawa

" Aku tembak dia lah! " Aku ingat lagi kejadian itu. Amin pegang bahu dia yang berdarah. Hariz semakin kuat menggelakkan aku. Ingin sahaja aku menyumbat beg bimbit aku kedalam mulutnya.

" Kau tembak dia punya dinding belakang. Darah tu fake je. Nak kasi Maya ingat Amin cedera so dia takkan datang. But masa tu Amin dah ready menuju ke France bila Maya kata yang korang akan balik France and jadi hero! " Aku tercengang. Punya lah aku rasa bersalah masa tu. Rupanya tak kena pon. Dasar!

End Flashback

Aku mendengar suara perempuan yang memaklumkan ketibaan pesawat dari Malaysia membuat jantung aku tanpa sebab berdegup kencang.

Aku menjeling jam tangan aku sekilas. Pesawat aku akan berlepas lagi sejam. Tetapi sengaja aku datang awal.

" Jauh ni datang dari Malaysia. " Sapa suara yang tidak membuat aku terkejut namun dengan cepat aku menoleh.

Amin tersenyum ramah dengan beg bagasi di sampingnya.

" Kau cakap kau pergi 3 minggu je! Sebulan lebih kau tinggalkan aku. " Aku mencebikkan wajah untuk mendengar Amin ketawa dimana Amin ketawa kerana wajah lucu aku.

" Alala.. Rindu aku lah tuu kan? " Aku seorang yang ego. Jadi aku menggeleng.

" Well. Kau kerja ngan aku jadi bodyguard kan. Sekarang aku nak pergi Japan. Jaga aku. " Aku memasang wajah serius. Amin memandang aku lalu tangannya diletakkan ke mulut untuk menahan ketawa.

" Bila masa aku cakap aku kerja ngan kau? Aku kerja ngan papa kau. So papa kau je yang boleh bagi arahan. " Aku mendecih. Tangan aku disilangkan di dada. Aku memusingkan mata tanda menyampah dihadapan Amin. Menyangka yang dia akan menangis. Lupa pula yang itu semua sekadar lakonan.

" Sorry ye..Tapi saya takkan menangis kalau kau buat macam tu. Pergh.. Penat tau berlakon macam tu. Calar maruah aku. " Amin ketawa besar. Mungkin dia teringat lakonannya yang menjadi seorang yang sewel dan senget. Aku tiba tiba tertanya tanya. Adakah sisi Amin yang sering mengatakan I Love You kepada aku juga tiada?

" Nape sedih ni? I Love You" Senyuman aku mekar.

Nope. Tak hilang.

Sisi complicated dia pula?

✨❤✨

Tbc..

2 more Chapter!! ! More vote okey?! Siapa ingat Amin mati? HAHHAHAHAHAH

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now