✨9✨

1.7K 115 0
                                    

Amin ni seorang yang kelakar. Periang. Caring. Sweet. Lemah lembut. Semua lah! Sebab tu aku suka dia. Sayang dia. Amin dia baik. Dia memang takkan buat semua benda yang jahat jahat tu. Ini Amin yang aku kenal. Amin yang sekarang. Aku tak kenal dia. Dia bukan Amin.

" You.. What?! " Kalau ni betul betul mimpi. Aku memang lega habis. Aku mencubit pipi aku kuat sehingga merah. Sakit.

" Kau dengar kan apa yang aku cakap? " Dingin. Aku tak suka dengar nada tu. Please cakap I Love You lagi dekat aku!!

" Tapi.. Tapi.. " Aku cuba menyusun ayat. Tapi otak aku betul betul tak dapat nak berfikir. Aku betul betul terkejut. Lagi terkejut dari aku dengar ayam beranak.

" Kau.. Pernah cakap yang kau nak selalu disisi aku kan? Sekarang kau balik. Kemas. Jangan lupa bawak passport. " Kata Amin. Suaranya mengendur. Lebih tenang dan kurang dingin. Namun kata katanya kedengaran seperti arahan.

Aku menggeleng. Disebabkan aku betul terkejut. Air mata aku mengalir. Dengan cepat aku menyeka. Aku tak suka Amin tengok aku menangis. Aku perempuan kuat.

" No.. Ka.. Kau jahat! Aku tak nak ikut kau! " Amin meraup wajahnya berkali kali. Wajahnya merah padam barangkali marah pada aku.

" You must!! " Aku menggeleng lagi. Dengan itu aku cepat berlari sebelum kepala aku terasa berdenyut. Dan aku sudah tidak sedarkan diri.

✨❤✨

Rasa sejuk yang menggigit tulang sumsum aku membuatkan aku mencari selimut. Aku dah menggigil tapi disebabkan malas aku hanya menggapai dimana mana sahaja untuk mendapatkan selimut.

" Kau dah bangun? " Terus aku terbangun melihat Amin yang duduk di meja sambil menaip sesuatu di laptop.

" Kita kat mana ni? Kenapa rasa sejuk je? "Selimut dihujung katil ditarik menutup badan aku yang kesejukan. Ah.. Selesanya..

Soalan aku mendapat ketawa kecil dari Amin. Apa yang lawak?

" Aku syak kau ni ada nyanyok lah. Atau pon kau ada Alzheimer? Serius lah? Muda lagi kau. Ish.. Ish.. " Amin menggeleng gelengkan kepala dan aku mengerutkan dahi.

" Cakap lah. Kita kat mana. Kenapa rasa sejuk je ni? " Aku melihat Amin bangun menuju ke arah langsir. Dengan sekali tarikan mata aku tertutup secara spontan kerana silau. Perlahan lahan aku buka dan terkedu.

" Menara Eiffel? " Tanya aku. Jelas pemandangan dari balkoni untuk aku melihat menara Eiffel tersebut. Amin memandang aku dengan berkerut.

" Ada nampak macam menara KLCC ke? " Sengaja Amin mengusik. Aku tidak tahan untuk menjelingnya. Sabar.

Kemudian aku termenung. Macam mana boleh sampai sini? Ingatan aku cuba aku kerah. Kosong. Aku tak dapat ingat apa apa.

" Kau jangan nak buat muka macam tu. Lain kali jom pergi hospital. Otak kau tu nampak macam sakit je aku tengok. Aish.. Ni kan suprise hari jadi kau. Kau yang minta nak datang sini. Kau pergi bersiap. Kita pergi jalan jalan!! " Terang Amin. Suaranya terdengar tidak sabar untuk berjalan jalan.Aku mengangguk angguk. Jelas sekali aku percayakan Amin. Aku memang percayakan dia. Walau apa sekali pon.

" A.. Erm.. Okey. " Aku bangun dari katil. Terus badan aku ditelan oleh kesejukan.

Aku seketika berendam didalam bathtub. Memikirkan segala apa yang berlaku. Aku ni robot ke apa boleh padam memori aku? Aku cuba sekali lagi untuk mengingati namun yang aku dapat hanya denyutan dikepala. Jadi aku berputus asa.

Aku keluar dari bilik air. Aku melihat yang pakaian aku sudah siap diatas katil bersama nota kecil.

Nah. Aku dah siapkan baju. Pakai yang itu tau. Aku tunggu kat bilik sebelah. Love You. - Amin.

Aku tersenyum kecil. Amin selalu cakap perkataan I Love You dekat aku. Aku rasa bahagia sangat. Namun perasaan itu dihancurkan sendiri oleh Amin bila aku sedar. Ini semua fake hope.

Fake love.

Aku kena selalu kawal perasaan aku. Tapi aku rasa aku kawalnya dengan cukup hebat memandangkan Amin langsung tak sedar yang aku ada perasaan macam tu dekat dia.

Aku rasa aku sudah lama bersiap. Aku bukan orang yang suka make up. Tetapi barang barang make up tetap aku beli. Untuk apa pon tak tahu sebab aku tak pakai. Tapi hari ni aku rasa nak make up. Aku memandang phone aku. Sudah sejam bermula dari aku mandi hingga ke bersiap. Aku menjongket bahu. Nehh.. Amin boleh tunggu lagi sejam.

Aku membuka YouTube untuk melihat tutorial make up ala ala orang Korea tu. Memandangkan make up tu paling simple dan tidak heavy. Aku memandang cermin. Not bad. Dah lawa macam ni aku selfie lah kejap.

Tiba tiba ketukan di pintu menyedarkan aku. Mesti Amin. Pintu dibuka dan wajah terkejut Amin menjadi tatapan aku. Kenapa dia terkejut? Buruk ke make up aku?

" Kenapa?? " Aku bertanya. Perasaan insecure merasuki diri aku. Malu juga aku sebab Amin memandang wajah aku semacam. Aku tumbuk kang..

" Kau pakai apa kat muka kau ni? " Tanya Amin. Aku menunduk. Mamat ni tak pernah dengar pasal make up ke? Aku hanya mendiamkan diri.

" Kau nampak lawa. " Terus kepala aku didongakkan. Aku mahu memandang mata Amin. Tetapi Amin menolak untuk memandang aku. Walaubagaimanapun aku tetap tersenyum.

" Eh. Jom lah. Dah lama tunggu ni! " Ajak Amin. Aku yang masih tersenyum mengikuti langkahnya dengan perasaan gembira. Bukan selalu Amin puji aku. Hehehe..

Paris tempat yang cantik. Musim luruh ini menarik perhatian aku untuk melihat daun pokok yang kekuningan. Cantik sangat. Aku dan Amin berjalan berdua diantara pokok pokok tersebut. Daun daun jatuh berguguran disekeliling kami. Drama apakah ini?

" Weh. Meh aku tangkap gambar kau. " Tiba tiba Amin mempelawa. Aku yang dari tadi asyik memandang sekeliling tak perasaan yang Amin memegang camera.

" Ha.? Okey! Bagi lawa tau!! " Pelbagai pose yang aku buat. Peluang orang bagi jangan ditolak lagi lagi aku sedia maklum yang Amin pandai mengambil gambar. Semua gambar dia cun!

" Ha! Dah " Kami masih berjalan jalan. Kami berbual banyak perkara. Bergelak ketawa. Aku perasaan ada beberapa orang disekeliling kami memandang dan tersenyum. Amin tiba tiba berkata.

" Mereka cakap yang kita ni suami isteri yang bahagia. " Aku memandang kebawah. Suami isteri? Suatu hari.. Nanti.

" Fikir apa lah tu.. " Amin mula mengusik aku. Belum sempat aku ingin mencubitnya. Amin sudah angkat kaki menjauhi aku.

Aku tak berharap. Tapi.. Suatu hari nanti.

Bila semuanya tamat.

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now