✨23✨

1.4K 96 0
                                    

Kejadian aku diculik oleh mama Maya bermain semula diminda memandangkan aku diikat dihujung bilik dengan pita pelekat yang menutup mulut aku. Apa yang aku buat untuk lepaskan diri hanya sia sia. Hariz yang hampir lunyai dibelasah dibawa entah kemana. Aku hanya berharap yang lelaki itu selamat.

" Cakap ngan bapak kau ni" Phone diberikan oleh mama Maya. Mulut aku yang masih ditutup dengan pita pelekat ditunjukkan. Mama Maya memusingkan matanya lalu dengan sekali tarik pita pelekat itu dicabut aku mengemam bibir kerana pedih.

" H.. Hello.. Papa? " Sapa aku dengan sedikit tergagap gagap. Suara seorang lelaki yang aku pernah dengar mula berkata kata. Kejap. Ni bukan suara ayah angkat Amin?

" Hana! Hana okey!? " Tanya lelaki itu melalui corong phone. Aku dapat mendengar nada cemas dari suaranya.

" Uh.. Okey.. " Aku tak sempat berkata apa-apa lagi bila mama Maya menarik phone itu kembali kepadanya.

" Kau dah cakap ngan anak kau. Sekarang kau bagi apa yang aku nak! " Kata mama Maya dengan nada tinggi. Dia sekejap memandang aku sebelum melangkah ke muka pintu.

Pintu bilik tertutup. Aku hanya berdiam diri. Buntu untuk melakukan apa yang aku patut buat. Cih. Apa yang aku buat semua salah. Kalau tak , dia tak de kat sini. Sekarang siapa nak datang selamatkan aku?

Pintu bilik sekali lagi dikuak lebar dari lebar. Tubuh yang bukan aku harapkan menjelma. Lelaki itu memberikan bungkusan nasi kepada aku lalu keluar.

Aku mengeluh kecil. Dah baik dah bagi makan. Tapi bukak lah dulu ikatan ni! Aku nak makan macam mana!?

Sekali lagi pintu dibuka dan kali ini mama Maya yang melangkah masuk. Wajahnya ketat. Bukan seperti sebelum ni yang murah dengan senyuman. Rupanya itu semua hanya lakonan semata mata.

" Kenapa tak makan? " Tanya mama Maya dengan wajahnya masih tidak menunjukkan apa apa reaksi. Kosong.

" Macam mana nak makan kalau terikat macam ni? " Balas balik aku dengan soalan. Mama Maya melangkah kearah aku dan menunduk untuk membuka ikatan dibadan aku. Selesai sahaja aku bebas dari ikatan aku menuju ke meja yang lelaki tadi meletakkan bungkusan nasi. Mama Maya hanya mengikut aku dari belakang. Mengawasi aku.

Tiba tiba phone mama Maya berbunyi. Mama Maya pergi ke hujung bilik dan masa ini aku gunakan untuk melarikan diri.

Ketika aku hampir membuka pintu, aku mendegar bunyi kuat tembakan dan bila aku sedar sahaja kaki aku berada dalam kesakitan. Aku dapat lihat darah merah yang mengalir membasahi seluar aku. Aku menjerit dengan kuat. Sakit. Terkejut. Badan aku tak seimbang membuat aku terus terduduk kelantai. Mama Maya tergelak jahat.

Mama Maya menuju kearah aku dengan wajah tak bersalah. Tudung yang aku pakai ditarik kuat ke belakang membuatkan aku mengaduh.

" Aw!! Lepas! " Aku cuba menarik tangan mama maya dari terus menarik tudung aku. Mama Maya tersenyum sinis.

" Aku dah cukup baik untuk kau makan sendiri. Sekarang kau sendiri yang cari sakit. " Mama Maya menarik kepala aku untuk mengheret aku menuju ke bungkusan nasi terletak. Sampai sahaja kepala aku dihentakkan kelantai. Aku menjerit lagi kerana sakit. Pandangan aku mula berpusing pusing.

" Makan. " Hanya satu perkataan mama Maya mengarahkan aku untuk makan. Aku yang masih dalam kesakitan mula menangis. Tangan aku menggigil memegang bungkusan nasi tersebut.

" Nak air basuh tangan.. " Kata aku perlahan. Aku tesedu sedan menahan tangisan. Takut selepas ini yang aku akan menangis air mata darah.

Mama Maya mendecih sebelum tanpa kata dia keluar. Aku duduk tak berganjak memandangkan kaki aku masih sakit ditembak. Mungkin tak dapat digunakan buat masa sekarang. Baju labuh aku dikoyakkan sedikit untuk membalut luka aku dan menahan dari darah terus mengalir.

Tak lama kemudian mama Maya masuk kembali dengan dua bekas.

" Dah. Makan. Sebelum aku tukar fikiran. Aku bunuh je kau ni. " Kata mama Maya tanpa rasa bersalah. Kata katanya membuat badan aku meremang.

" Kalau kau bunuh aku. Kau tak dapat lah apa yang kau nak. Kan? " Aku memanipulasi mama Maya. Mama Maya terdiam sebelum 4 saat kemudian dia tersenyum senget.

" Pandai. " Komen mama Maya. Dia duduk diatas kerusi manakala aku duduk berlunjur dilantai.

" Kenapa kau buat macam ni.. ? " Tanya aku perlahan namun cukup untuk mama Maya mendengar lalu melihat aku dengan pandangan tajamnya. Aku mula berasa sedikit menyesal.

" Semua ni sebab salah bapak kau! " Tiba tiba mama Maya menjerit mengejutkan aku.

" Apa salah papa?!Mama maya sendiri yang curang dengan papa! " Kata aku kuat. Nasi di tangan aku sudah dilupakan. Mama Maya terkejut menyebabkan dia terundur kebelakang sedikit sebelum dia tergelak kuat lagi.

" Jadi kau lah yang bagitahu papa kau? " Tanya Mama Maya. Matanya masih tak lepas mengoyakkan tubuh badan aku dengan kebencian yang meluap luap.

Aku tak menjawap. Tetapi Mama Maya sudah mendapat jawapannya. Memang aku yang bagitau.

Mama Maya melangkah pantas menuju kearah aku. Sakit dikaki dan kepala masih belum reda. Kini ditambah lagi dengan sakit kerana tamparan oleh Mama Maya. Berkali kali. Aku tak dapat mengelak.

" Kau sengaja nak hancurkan hidup aku! Kau hancurkan hidup aku! " Kata Mama Maya selepas berhenti dari perbuatannya.

" Kau sendiri yang hancurkan hidup kau sendiri! " Tempik aku kuat membuat aku mendapat tamparan lagi sekali namun lebih kuat.

" Diam! Diam!! " Jerit Mama Maya. Rintihan aku meminta Mama Maya berhenti tidak dihiraukan. Malah Mama Maya semakin kuat menampar aku. Pipi aku mula kemerahan. Tangan aku yang menggeletar aku guna untuk menolak Mama Maya dengan sekuat hati.

Mama Maya menghampiri aku untuk mencekik aku sebelum suara milik seseorang yang aku betul betul harap memunculkan diri bersuara.

" Saya terlepas family game ke? "

✨❤✨

TbC

Pendek pula bab ni. Berapa bab je lagi nak habis!! 😆😆

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now