Tiap kali lelaki ini muncul. Memang santai eh? Dia relaks bersandar dekat dinding. Lepas tu tayang muka handsome. Kali ni je muka dia sedikit bengkak dan berdarah. Lelaki itu serba hitam dari kepala hingga ke kaki. Aku tak terkejut. Sebab dia pasti akan datang.
" Macam mana kau boleh datang sini?! " Soal mama Maya dengan gelabah. Pistol di tangannya mula terarah kearah Amin. Wajah Amin masih tenang.
" Guna kaki? " Kata Amin dengan wajah yang naif sangat. Aku sekadar memerhati. Tiada apa yang boleh aku lakukan.
" Kau jangan kacau apa yang nak aku buat! Budak mentah! Kau juga yang hancurkan plan aku 10 tahun yang lepas! " Marah Maya. Aku tak perlu gelar dia mama lagi. Dia tak layak.
" Kenapa makcik je yang tak hancur 10 tahun lepas? " Tanya Amin. Wajah naif yang dipakai oleh Amin membuat aku ingin ketawa. Wajah naif. Tapi ayat dia.
" Kau! " Amin membuat Maya semakin marah. Lelaki itu mula berjalan perlahan dan tenang. Tangan dimasukkan kedalam poket hoodie.
" Jangan bergerak! " Arah Maya. Matanya mencerlung tajam. Aku yakin apa yang Amin buat sebaliknya. Kan dia lelaki yang tak faham bahasa.
" Eh makcik ni. Suka hati lah. Kaki saya. Yang makcik pegang pistol ni kenapa? Main polis polis eh? Saya nak main jugak. Saya polis. Makcik jadi penjahat. " Sekali lagi aku cuba menahan ketawa kerana jika aku ketawa pipi yang pernah ditampar oleh Maya sebentar tadi akan bertambah sakit. Aku menggeleng gelengkan kepala. Sempat lagi lelaki ini hendak bemain main.
" Jangan bergerak aku cakap! " Amin tetap melangkah. Langkah mereka berubah berubah seperti berpusing sehingga Amin sudah berada dihadapan aku. Amin akhirnya berhenti.
Aku tak tahu apa yang lelaki inI rancangkan. Sekarang Maya dan Amin hanya bertentang mata. Maya masih belum kebas memegang kemas pistolnya. Sebelum aku melihat ada seseorang berdiri di muka pintu.
Hariz masuk lalu cuba menjerut leher Maya dengan tangannya. Amin pula bertepuk tangan suka dan bersorak.
" Go go Hariz! " Aku tercengang. Memang ada masa ke semua ni!?
" Amin tolong!" Pinta aku. Amin menoleh kearah aku dengan wajah yang ceria sebelum berubah menjadi beku.
" Kenapa aku kena buat macam tu? " Tanya Amin. Riak wajahnya langsung tak menunjukkan yang dia sedang bergurau atau mahu mengusik aku. Wajahnya kosong. Beku.
" Amin.. Tolong lepas kan aku.. Please.. " Perasaan sakit mengusai diri aku membuatkan aku menangis. Aku menundukkan wajah aku dari terus direnung oleh Amin. Matanya meluap luap dengan perasaan..
Marah.
Aku mengaku. Semua salah aku! Semua salah. Aku! Sebab tu lelaki itu berhak nak marah dekat aku. Tapi tolong lah jangan sekarang.
" Pufufu.. Lupa ke.. Yang aku pernah cakap. Aku dah tak jadi bodyguard kau? So. Buat apa aku buat macam tu kan? Kau juga pernah cakap yang.. Kau tak perlukan pertolongan aku. Dah lupa? Kepala terhantuk lagi? " Kata kata Amin dengan halus menghancurkan diri aku. Aku menangis semakin kuat. Aku menggigit bibir aku untuk mengelakkan apa apa bunyi yang dapat keluar.
" Min! Maya terlepas! " Jerit Hariz dengan kalut. Pandangan Amin berubah kearah Hariz. Dengan cepat Amin meluru kearah Hariz sebelum aku menjerit.
" Habis kenapa kau datang Amin!? " Langkah Amin berhenti. Matanya kembali kearah aku. Walaupun mata aku berair dan aku tak dapat melihat dengan jelas. Aku tahu dia berada dimana.
" Jom Hariz. " Amin mengabaikan soalan aku membuat hati aku tanpa sebab remuk. Hariz mengangguk.
" Kejap. Hana macam mana? " Tanya Hariz. Aku memandang Hariz dengan wajah gembira. Mungkin hero aku Hariz. Bukan Amin lelaki complicated ni!
" Tinggal " Hanya sepatah dijawap oleh Amin. Membuat aku dihambat perasaan marah. Marah betul Amin dekat aku.
" Tapi. -" Amin mencantas cepat kata kata Hariz.
" Takkan kita nak biar kan dia cedera sementara kita buat kerja lama kita? " Aku melihat kedua lelaki itu tersenyum sebelum mereka menlonggarkan sendi sendi mereka.
" Jumpa nanti. " Amin meninggalkan aku dengan senyuman tipis.
Selepas mereka pergi. Aku memaki hamun mereka berdua. Apa cerdiknya tinggal aku sorang sorang dalam bilik ni?! Kalau konco konco Maya datang ambik aku macam mana?!
BAM!
Pintu terbuka dengan hempasan kuat.
Kan aku dah kata!
Tak guna Hariz! Tak guna Amin!!
Sebelum aku dapat menjerit mulut aku sudah ditutup dengan tangan lelaki bertubuh besar itu. Aku meronta ronta di bahu lelaki itu. Sia sia.
Aku dibawa entah kemana. Bunyi tembak menembak membuat jantung aku seolah selepas berlari marathon.
Okey kah mereka berdua tu?
Melihatkan mereka berdua tu. Macam tipis je peratus mereka untuk menang. Konco konco Maya mesti ramai. Sekarang yang membawa aku pon sudah 5 orang. Setiap laluan berdiri 5 hingga 10 orang.
Kenapa diorang tak call polis je? Ingat diorang tu pelakon citer Hindustan ke? Tom Cruise? Jackie Chan?
Sedang aku berfikir, aku tak perasan yang lelaki itu sudah berhenti berjalan dan menghempas aku ke lantai. Sakitnya Allah SWT sahaja yang tahu. Kaki aku sudah mula kembali berdarah.
" Tch.. Kesiannya.. Hero datang cari maut rupanya.. " Suara yang aku tak kenal berkata kata. Aku mendongak keatas untuk mengetahui siapa empunya suara.
T.. To.. Topeng tu! Topeng aku nampak dalam mimpi!
" Oi. Budak. Kau geleng geleng apa? " Suara lelaki yang memakai topeng yang bagi aku menyeramkan bertanya.
" Apa yang kau nak dari aku!? " Tanya aku. Lelaki itu hanya memandang aku.
" Aku tak de apa yang kau nak lah! " Kata aku. Aku mengaduh sakit dan aku melihat darah aku masih belum berhenti. Aku tarik ikatan aku menjadi lebih ketat.
" Kau akan ada nanti. " Aku tersedar sesuatu. Lelaki ni yang.. !
" Kau kembar Maya! Kau yang culik aku dulu kan!? " Aku ingat wajahnya dengan jelas selepas Amin memukul sehingga pecah topengnya. Lelaki itu juga yang mengentak kepala aku dengan batang besi sehingga aku amnesia.
" Banyak cakap lah kau ni budak. Bapak kau ni pon satu. Slow betul nak buat kerja. " Lelaki itu merungut. Pandangannya hanya memandang kearah pintu.
Phonenya tiba tiba berdering memecahkan kesunyian.
" Aku ada anak kau lah! Bagi apa yang aku nak! " Kembar Maya menjerit di screen phone. Pasti lelaki itu sedang bercakap dengan papa.
" Jangan bagi apa yang dia nak papa! Call polis! " Lelaki itu memandang aku sebelum dia mengarahkan orangnya menutup mulut aku.
" lagi sejam kau tak bagi. Siap kau! "
" Apa kau cakap? Kau tak nak? " Suara lelaki itu kedengaran menyeramkan. Tangannya memegang pistol kearah aku. Picu ditarik. Peluru terbang kearah aku.
Aku menutup mata.
✨❤✨
tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...