✨18✨

1.4K 100 2
                                    

Tangan aku menggigil untuk menarik kotak tersebut. Tetapi aku berjaya menariknya keluar. Tangan aku cepat membuka kotak tersebut.

Ada beg hitam.

Beg tersebut dikeluarkan dari kotak. Aku cuba membukanya tetapi beg tersebut meminta kod. Aku hanya mengeluh. Penat untuk berfikir. Aku akhirnya masuk kedalam bilik air untuk mandi.

" Hana.. Jom makan? " Ajak Amin dengan senyuman lebar. Aku tak cair. Tetapi masakannya membuat aku kecur liur.

" Hana.. Amin minta maaf apa yang Amin buat.. " Dalam kesunyian ketika makan Amin cuba memecahkan kesunyian itu. Aku tidak memberikan reaksi. Benda cakap guna nama ni? Ingat comel?

" Hana.. Cakap lah dengan Amin.. Hana marah lagi ke dengan Amin? " Aku meletakkan sudu diatas meja. Mata aku menjeling Amin. Memang nampak lah aku marah dia.

" Uh.. Uhuk.. Hana.. Hana marah dengan Amin... " Lelaki itu mula menangis. Ni yang tak jadi nak marah ni! Dasar bongok ! Kau lelaki yang patut pujuk aku!!

Akhirnya aku lah yang memujuk lelaki complicated ni.

" Betul Hana tak marah dekat Amin dah? " Suaranya dibuat buat comel. Jarinya mengelap air matanya. Aku cuba tersenyum ikhlas.

" Ye.. Betul awak.. " Crap!! Undur masa!! Undur masa!!

Amin memandang aku dengan kepala senget sebelum dia tersenyum.

" Awak? Okey awak!! " Ceria terus muka Mamat ni. Aku tak berkata apa apa. Aku menyambung acara makan aku.

" Awak! Awak! " Panggilnya. Geli pula aku. Aku tak menjawap.

" Awak.. Awaaaaaakkkkk!! " Aku cuba bersabar. Aku memandangnya dengan senyuman.

" Nak apa? " Tanya aku. Aku cuba tak memusingkan mata aku lagi. Nanti menangis lagi sekali. Bunuh je lah aku!!. Ni ke lelaki yang belasah auntie Maya tadi? Erk. Agak agak okey tak auntie Maya tu?

" Saya nak attention awak! Dah lama kita tak makan sama sama kan? " Aku menunduk sebelum memandang kearah Amin dengan senyuman sambil mengangguk. Pipi aku dah naik kebas sebab senyum terpaksa ni.

" Awak okey tak ni? " Tanya Amin. Aku menunjukkan gaya okey dengan jari aku. Namun kelihatan Amin tak puas hati dengan jawapan aku.

" Tipu! Awak tak okey kan! " Kesabaran aku mula menipis dengan perangai complicated Amin ni! Sisi meja aku cengkam kuat. Takut aku baling meja ni.
Dalam hati aku menjerit.

'KAU YANG TAK OKEY SEKARANG NI LAHABAU!!! '

" Amin.. Aku okey.. Sedap Amin masak.. " Puji aku. Aku dengan cepat menghabiskan makanan aku. Aku ingin bangun sebelum Amin menghalang aku.

" Kita kena bincang. " Suaranya terdengar serius. Aku duduk menunggu Amin untuk berbicara. Namun lelaki itu hanya membisu. Aku menyampah lah dengan dia ni. Tetapi aku mula sedar sesuatu. Ada sesuatu yang Amin tahan dari terlepas cakap. Jadi aku hanya menunggu dia berbicara.

Satu minit.

Dua minit.

Tiga minit.

Ey!!!! Malaun ni kann!!!

Aku baru sahaja ingin membuka mulut sebelum Amin memandang aku dengan pandangan yang menyedihkan. Dia menarik nafas.

" Hana.. Apa yang aku nak cakap sekarang ni.. Ermm.. " Perlahan suara Amin. Tapi aku dengan jelas dapat mendengarnya. Aku menanti dia meneruskan kata katanya.

" Erghh!! Complicated lah nak cakap. "

'Sama lah macam kau'

" Hmm.. Okey.. Kau percayakan aku? " Tanya Amin. Aku tak beri balasan. Selepas apa yang terjadi. Aku keliru nak percayakan siapa. Sedangkan diri aku pon sekarang aku tak boleh nak percaya. Nampak tak yang diri aku ni sedang main main kan aku? Bayangan yang aku nampak boleh buat aku naik gila!

Saat yang lama berlalu sebelum aku mengangguk.

" Good. Okey. Listen here. Siapa pon yang jumpa kau. Jangan percayakan dia. Sesiapa pon. Faham? " Aku mengangguk.

" Tapi Amin.. Aku tak faham.. Kenapa aku pula dalam bahaya? Bukan patutnya kau ke? Kau dah la bunuh orang. Aku pulak yang kena jadi pelarian. " Soalan aku tiada balasan dari Amin.

" Amin.. Semua ni buat aku rasa complicated Amin.. Siapa aku sebenarnya.. Siapa kau sebenarnya.. Kenapa aku tak ingat apa apa Amin.. Aku rasa yang aku tak kenal kau Amin.. " Sekali lagi soalan aku tidak dijawap. Aku naik bengang. Aku cuba bersabar. Aku mahu semuanya terjawap hari ni.

" Siapa.. Auntie Maya? " Kali ini aku mendapat reaksi dari wajah tegang Amin. Tangannya dikepal.

Tetapi. Seperti soalan aku yang sebelum ni tetap tiada jawapan dari Amin.

Kau nak bincang apa macam ni? Kau ingat aku ada deria keenam ke?

Aku mengepal penumbuk aku. Bengang dengan sikap Amin yang tak tahu apa maksud berbincang yang sebenarnya. Aku tak faham kenapa Amin nak pendam semuanya dari aku.

" Dah lah Amin. Kau cakap nak bincang. Tapi kau tak cakap apa apa. Baik kau bincang dengan diri kau sendiri je. " Kata aku sebelum aku bangun sambil memegang pinggan yang aku guna ketika makan. Semasa aku menuju ke sinki aku masih dapat mendengar apa yang lelaki itu katakan.

" Buat masa sekarang.. Jangan percayakan sesiapa.. "

✨❤✨

Aku tak pernah rasa terpenjara dalam rumah sendiri. Pintu pagar rumah aku dikunci oleh Amin. Dia kata nanti aku lari.

Cih. Dia sendiri tak percayakan aku.

Aku nak jumpa Auntie Maya. Mahu meminta maaf atas perbuatan Amin. Perbuatan Amin tu memang melampau!

Phone aku juga diambil oleh Amin. Carpet putih itu aku menghentakkan menggunakan kaki. Bosan lah.

Syiling putih menjadi tatapan aku.

Rahsia apa yang aku mungkin pecahkan? Bila? Macam mana?

" Rahsia apa yang kau sorokkan dari aku Amin.. " Soalan aku banyak. Selain Amin.. Auntie Maya adalah orang yang mungkin ada jawapannya. Tetapi macam mana aku nak jumpa dengan auntie Maya kalau aku terpenjara dalam rumah sendiri?

Idea gila datang sperti kilat. Aku menimbang nimbang idea tersebut. Hm.. Tak gila sangat kot..

Aku berdiri dibalkoni. Cuba keluar melalui jalan tersebut. Aku memandang seram dengan ketinggian. Ni gila!! Tapi rasanya aku tak mati pon kalau aku terjun. Tapi keberanian aku dah terbang dulu!!

Aku sudah berdiri dihadapan penghalang balkoni. Otak aku masih berkira kira. Aku terkejut mendengar jeritan perempuan.

" Hey!!! Jangan terjun!! Jangan dik!! Ingat Tuhan!! Jangan bunuh diri!! " Jerit wanita tersebut. Dia berdiri dibalkoni rumahnya yang berhadapan dengan rumah aku.

Aku mula cuak. Akak ni makan speaker ke apa? Kuat gila. Jeritannya menarik perhatian jiran lain. Termasuk Amin.

" Dik! Kejap!! Akak Call bomba! " Aku mula meremang. Rosak plan aku!

" Hana!! " Amin menjerit memanggil aku. Namun aku tak memandangnya. Aku batalkan rancangan aku jadi aku mahu masuk kembali. Aku tak dapat bergerak. Aku seperti tersangkut.

Kaki aku tersangkut!!

Mama tolong!!

Please.. Jangan masuk berita.

" Nak kena kurung lagi budak senget ni.. "

Aku tersenyum pahit.

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now