Aku tak sangka. Aku betul betul tak jangka. Aku yakin Amin tahu apa yang aku nak buat malam ni dan sebab itu kenapa pintunya tidak berkunci. Tapi bagaimana?
" Ish.. Ish.. Main sorok-sorok ye..Hana? " Nama aku meniti dibibir Amin. Kali ini aku memang tak nak dia sebut nama aku. Nadanya betul betul tak kena dengan riak wajahnya. Dari bawah katil aku ditarik dan aku menjerit ketakutan. Amin dah jadi psycho!
" Lepas!! Lepas!! " Aku cuba melepaskan cengkaman tangan Amin. Aku tak tahu yang Amin sekuat ini. Hanya satu tangan dia sudah dapat menarik aku.
" Hohoho.. Masuk sendiri.. Then nak lepas pulak? " Suara Amin begitu menyeramkan sampaikan perut aku pon bergelora sekali. Aku tak yakin ini suara yang sama aku dengar setiap kali lafaz I Love You disebutkan.
" Please.. " Aku sudah menangis. Aku tak nak mati lagi. PTPTN aku tak langsai lagi. Kawin pon belum lagi. Siapa yang nak bunuh aku tu pon aku still tak tahu lagi. Wait. Amin lah orangnya!
" Menyesal sekarang tiada guna.. Hana.. " Perasaan menyesal memuncak dalam diri aku. Seolah setinggi gunung Everest dan seberat segala benda berat yang ada. Berat lagi rasa yang aku mengaku yang aku cintakan lelaki ini!
Aku sudah menutup mata. Menunggu badan badan aku menjadi seperti mangsanya sebelum ni. Mayat aku kena campak. Nanti siapa yang tanamkan? Aku nak ada pusara aku. Bertanda. Sekurang-kurangnya ada orang nak datang ziarah aku dan sedekahkan doa. Lama pula Amin nak prepared acara pembunuhan aku ni.
Aku membuka mata dan mendongak memandang Amin yang tersenyum. Lama. Amin kemudiannya tiba tiba tergelak.
" Tahu takut.. " Amin bangun duduk di atas katil. Membiarkan aku yang terbaring di atas lantai dengan otak yang masih lembab untuk mencerna apa yang terjadi.
" Apa yang.. " Aku bangun duduk bersila memandang Amin. Dia menaikkan kening sebelah menandakan dia bertanya apa kepada aku.
Aku tak berkata apa apa dan hanya memandang Amin seolah aku dapat membaca isi fikirannya. Memang tak boleh lah! Namun aku tetap merenung tajam kearah Amin dan aku lihat Amin memicit dahinya sambil menarik nafas .
" Come. Duduk sini" Amin meminta aku naik keatas katil. Aku duduk bersila. Pandangan tajam aku masih melekat diwajah Amin.
" Okey.. Aku cerita.. Tak payah tenung nak terkeluar biji mata tu. " Amin memandang ke laptop nya bersama tangannya mencapai lalu dibuka.
" Kau ada dapat tak orang hantar news pasal pembunuhan? " Tanya Amin tanpa memandang aku. Tangannya pantas menekan keyboard laptop. Aku hanya mengangguk.
" Ni? " Skrin laptop yang tadinya menghadap Amin kini menghadap aku. Berita yang pernah baca dua minggu lepas. Aku mengangguk lagi.
" Okey. Kau dapat apa yang aku hantar. Kau baca full tak? " Tanya Amin lagi. Aku menggeleng. Amin yang memandang reaksi aku sekali lagi menarik nafas.
Aku berada dalam tanda tanya. Apa kaitannya pula? Macam tak de kaitan ngan aku pon? Disebabkan aku sudah lama berada didalam tanda tanya aku tidak tahan memandangkan Amin hanya diam membisu dengan jarinya masih menekan keyboard.
" Yah! Aku tak tahan! Kenapa kau diam! Bagi tahu lah semuanya! Kenapa kita lari dari polis! Kau jangan nak tipu aku! Aku ingat apa yang jadi! Kenapa kau tipu aku! Apa kaitannya pula dengan pembunuhan tu! Dah lama dan tiada kaitan pon ngan kita! Kau nak sibuk kenapa?! Diorang dah mati! " Aku masih belum puas berkata apa apa apabila memandang wajah Amin yang kemerahan menahan marah. Matanya juga tajam merenung kedalam anak mata aku. Tiba tiba sahaja bahu aku dicengkam kuat.
" Tiada kaitan kau cakap?? Tiada kaitan?!! DIORANG TU FAMILY AKU! KAU TAHU APA?! JANGAN JADI SELFISH LAH! " Aku tiba tiba terhenyak ke belakang kerana ditengking oleh Amin. Buat pertama kali aku ditengking dan aku tak dapat tahan air mata aku dari mengalir kerana bahu aku juga digoncang oleh Amin.
" Yang mati tu.. Family aku.. " Suara Amin mula perlahan dan buat pertama kali juga aku melihat Amin menangis teruk depan mata aku. Aku terkejut.
Family Amin? Tapi masa tu siapa yang dia gelar papa tu?? Aku menepuk dahi. Boleh jadi keluarga angkat dia!
Sekarang aku terkelu tak tahu nak buat apa untuk menenangkan Amin yang menangis.
" Tapi sebab apa kau bunuh yang lain?? " Aku masih perlukan jawapan. Aku tahu aku selfish. Tapi buat masa sekarang aku kena tahu semuanya supaya aku faham.
" Aku yakin kau dah baca. Semua tu pernah bekerja dengan ayah aku. Semuanya pengkhianat! " Amin cuba juga menjawap soalan aku walaupun tersekat sekat.
" Semua yang kau buat tu salah disisi undang undang! Kau patut biarkan pihak berkuasa yang ambil tindakan. " Kata aku. Memang ada benar kata kata aku ni.
" Pihak berkuasa? Kau betul betul tak baca habis kan? Setahun selepas tu. Kes tu ditutup. Tiada siapa pon yang tuntut bela kematian keluarga aku. Masa tu aku baru berumur 16. Jadi aku tak dapat berbuat apa apa. Sekarang. Hanya tinggal seorang sahaja lagi. " Kata Amin panjang lebar. Aku bersimpati akan nasib keluarga Amin. Tetapi. Yang aku baca. Seluruh keluarganya mati dibunuh. Tetapi Amin tidak maknanya Amin berjaya menyorok atau dia tiada ketika itu.
" Tapi.. Kau.. Tak kena bunuh.. Macam mana kau boleh selamat?" Tanya aku. Amin mengelap air matanya.
" Hmm.. Kau lupa juga.. Hari kejadian itu. Aku terjumpa dengan kau. Kau lari rumah masa tu. Dan kau yang merengek rengek kat aku sampai aku balik lambat rumah masa tu. Aku tak tahu nak marah atau berterima kasih pada kau. Tapi. Terima kasih. Sebab selamatkan aku. " Jawap Amin lalu aku tercengang mendengarnya. Aku tiba tiba dapat mengingati apa yang berlaku. Aku juga teringat yang aku pernah lihat ruangan rumah yang dipenuhi darah dan dua badan yang dipotong di ruang tamu. Aku ada ketika itu.
" Jadi sekarang?? Benda ni ada kaitan dengan aku ke? " Tanya aku lagi. Aku lihat mata Amin merayap ke sekeliling sebelum matanya mendarat kewajah aku lagi.
" Kau nak ada kaitan ke tak nak?" Duhh.. Datang lagi dia punya complicatednya.. Aku memusingkan mata aku.
" Ha! Kau jeling aku! Merajuk lah!! " Kata Amin lalu menyilangkan tangannya kepada. Aku menepuk dahi. Bunuh orang tapi hati kulit bawang lagi.
" Ergh.. Ye lah.. Tak buat dah.. " Amin tersenyum kembali.
" Promise dengan aku.. Walau apa pon. Trust me. " Kata Amin. Suaranya kedengaran serius. Aku mengangguk. Aku menutup mulut untuk menguap dan sekelip mata aku melihat seperti Amin sedang tersenyum sinis. Aku mengedip mata sekali lagi. Tiada. Aku salah tengok kot.
" Dah lah. Pergi masuk bilik kau. Tidur. Ke.. Kau nak tidur ngan aku? " Aku mencampakkan bantal kemukanya. Padan muka. Gatal lagi!
Walau apa pon yang terjadi. Percayakan Amin.
Sorry.. Hariz.
✨❤✨
Tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...