✨3✨

2.1K 149 12
                                    

" Sumpah Amin!! Aku benci kau! Aku bunuh kau sekarang juga! " Aku menjerit marah. Air mata aku tahan. Pisau ditangan dihala kearah Amin. Berani dia paksa aku buat perkara yang aku tak nak?! Terima lah balasan ini!!

Pak!!

" Aku suruh hiris bawang halus halus! Bukan cincang! Wahai perempuan Melayu terakhir!! " Amin meneruskan kerjanya membasuh ayam disinki. Dia mengeluh kecil. Better makan luar je tadi.

" Jangan kau berani nak arah arah aku! Hati aku je boleh arah aku. Dan hati aku kata buat macam ni!! " Air mata aku seka. Pedih nya mata aku! Tak guna punya bawang. Tunggu. Bila kau masuk perut aku nanti.

" Suka hati kau lah.. Dia siap bawang tu. Panaskan minyak. " Aku tak berganjak. Dia arah aku lagi!

" Tengku... " Aku berdiri tegak dengan cepat sehingga kerusi yang aku duduk jatuh kebelakang tanpa mengangkatnya aku menuju kearah Amin untuk mengambil kuali. Aku better jangan degil bila Amin start nak panggil nama panjang aku. Minyak dituangkan. Api dibuka.

Nama aku. Terkejut lah tu. Ye. Nama aku memang ada Tengku. Aku tak tahu lah. Keturunan aku memang ada Tengku atau Tengku tu tak membawa darjat apa apa pon.

" Goreng ayam ni. " Ayam yang sudah diblack paper dihulurkan.

" Tak nak! Nanti minyak tu merecik!" Aku paling tak suka buat bende ni. Sakit gila kalau kena. Rasa dia macam nak bunuh si Amin ni.

" Jangan nak mengada. Kau tadi bukan main kata kau yang nak masak. Apa lagi? Buktikan wahai tuanku. " Aku mencebikkan wajah. Amin pula buat tak heran dengan taktik aku. Janji di supermarket terngiang ngiang ditelinga.

" Kalau merecik.. Percaya lah. Kuali ni memang sengaja tercampak kat muka kau. " Kata aku.

" Kalau tak merecik. Kau jadi hamba aku. " Aku dengan tanpa berfikir bersetuju. Ayam dipegang dengan penyepit sebelum diletakkan ke dalam minyak. Aku dah ready nak lari ngan jerit.

" Aa....? " Minyak tak merecik. Amin tersenyum kemenangan.

" Deal is a Deal.. " Mampus.

Betul lah apa yang Mak aku pernah cakap dulu.

Sesal sekarang berpendapat. Sesal kemudian pipi makan tangan...

" Kau nak aku buat apa? " Aku masih tak puas hati. Ayam didalam kuali sesekali aku balik kan.

" Teruskan memasak. " Aku menjeling Amin. Amin tak tengok aku pon. Dia fokus tengah potong sayur. Bunyi pisau memotong sayur dan ayam digoreng didalam minyak sahaja yang berbunyi seperti cuba membuat suasana tidak sepi.

Aku tak biasa macam ni. Selalu aku dengan Amin akan bergaduh. Bertikam lidah. Aku rasa macam lain je bila kami berdua tak bercakap apa apa. Bila diam macam ni banyak pula soalan bermain di minda aku.

" Er.. Amin? " Panggil aku. Tanpa menolah Amin sekadar bergumam.

" Kau kerja apa? " Soalan aku membuat Amin meletakan pisau. Dia memandang aku.

" I 'm your guardian.. " Amin tersenyum. Ni menyampah. Suka sangat bergurau.

" Ey.. Betul betul lah.. " Aku mula menghentak kaki. Aku tahu macam budak budak. Ini lagi okey dari kaki aku hentak muka Amin. Sia sia karang..

" Come on.. Berapa juta kali kau nak tanya? Kau ni ada penyakit nyanyok ke apa? " Daripada menjawab soalan aku. Amin bagi soalan dekat aku. Ha bagus lah. Kalau periksa ni confirm A.

Amin meneruskan aktiviti nya. Aku menggaru tudung aku yang tak gatal. Aku pelik. Bila masa aku tanya? Aku pernah tanya? Kenapa aku tak ingat? Eh!! Ke betul aku ada penyakit nyanyok ni?! Aku tukar soalan lain.

" Kenapa tangan kau banyak parut? " Tanya aku. Ayam yang sudah cukup masak aku letakkan kedalam pinggan. Aku menunggu jawapan dari Amin. Ai.. Lelaki ni dah bisu ke? Aku menoleh kearah Amin. Rupanya dia merenung aku. Er..

" Kau tak rasa suasana kita ni macam sweet ke? Kau isteri aku. Aku suami kau. Tengah masak masak. Tengok. Suami mithali kan aku tolong isteri masak? " Aku faham Amin tak nak cerita. Tapi kenapa? Tanpa memaksa aku meneruskan topik yang ditukar oleh Amin.

" Pfft.. Aku isteri kau? Kau suami aku?? " Aku tergelak. Aku memang macam ni. Mulut kata lain. Hati kata lain.

" Ye.. Sweet kan?? " Amin tergelak juga.

Haah. Sweet je..

✨✨

Aku duduk di meja aku. Aku dah berapa hari tak de client. Jadi aku bosan. Nak bersembang pon. Nak sembang dengan sape? Semua orang buat aku ni macam tak wujud.

Aku bila dah tak de kerja aku suka baca cerita hantu. Jadi aku pon mula buka pakcik Google untuk mencari beberapa topik best. Sehingga lah mata aku tertancap pada berita 11 tahun yang lalu.

Pembunuhan ngeri. Satu keluarga mati dibunuh.

Aku tertarik nak baca sebelum nama Mamat complicated tertera di phone aku.

" Hello? " Panggilan bersambung.

" Weh. Aku seminggu tak de kat rumah tau. Kau jaga diri. " Amin memberikan pesanan.

" Eh. Kau nak pergi mana sampai seminggu? Aku nak makan apa? Maggie?? " Tanya aku. Aku kisah pasal dia. Tapi aku lebih kisahkan perut aku ni. Kebulur lah nanti. Nak makan luar. Aku dah trauma.

" Aku ada hal. Better kau tak tahu aku nak pergi mana. Fast Food dalam rumah aku ada. Kau panaskan je. Aku pergi dulu. I Love You" Tanpa sempat aku membalas apa apa. Lelaki itu sudah memutuskan panggilan.

Aku memandang tidak percaya kearah phone aku. Lelaki tu letak macam tu je?! Kenapa better aku tak tahu?! Aku betul betul nak tahu. Siapa sebenarnya Amin ni.

Aku bersandar ke kerusi.

Nama: Muhd Haziq Amin bin??
Umur: 26 tahun.
Tinggi: 181cm
Berat: ??
Pekerjaan: ??
Latar belakang: ??
Bil. Ahli keluarga: ??
Nama ibu bapa: ??
Tempat lahir: ??
Tempat asal : ??
Tarikh lahir :??

Aku speechless. Aku tak yakin yang aku tak ingat atau aku langsung tak tahu. Aku memicit kepala aku seolah memerah otak aku untuk ingat apa yang aku lupa.

Blank.

Tiada apa apa.

" Hai!! " Aku terkejut. Mata aku terbuka untuk melihat siapa yang berani menegur aku.

" Er.. Hai. " Dengan lambat lambat aku membalas sapaannya. Siapa pula dia ni? Dia tak takut dengan aku ke?

" Saya pekerja baru. Hariz. " Senyuman dibalas. Selepas sesi berkenalan lelaki itu pergi.

Aku segera memandang kearah pintu. Terasa diri aku diperhatikan.

Ah.. Tidak.. Dia dah dapat mangsa baru..

✨✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now