Dengan bantuan Google Translate aku dapat bertanyakan orang yang berada disekeliling aku untuk mengetahui dimana tempatnya taman dikawasan tersebut. Sementara menunggu Hariz. Perkara yang aku baru tahu hinggap difikiran aku.
Flashback.
Aku ditarik tiba tiba dari belakang dan mulut aku ditekup. Badan aku ditolak ke dinding dan dada aku berdebar. Lelaki yang bertopeng itu memandangkan aku kemudian matanya menyepet. Topeng muka ditarik kebawah.
" Hariz?? " Ujar aku selepas mulut aku dilepaskan. Hariz masih tersenyum.
" Mari masuk. Kita.. Bincang kat dalam. " Hariz mempelawa aku masuk ke biliknya. Hati aku serba salah. Tetapi otak aku mengatakan yang ada rahsia yang bakal aku ketahui. Maka kaki aku bergerak mengikut perintah otak aku.
" Duduk lah. Coffee? " Aku hanya mengangguk dan duduk dengan kekok.
" Apa yang awak nak bincangkan? " Tanya aku bila Hariz tidak berkata apa apa setelah meletakkan secawan kopi di meja berhadapan dengan aku.
" Hmm.. Awak kenal siapa Amin?" Aku angguk tidak. Geleng pon tidak.
" Awak tahu apa yang dia buat? " Sekali lagi aku berdiam diri.
" Awak jangan bersubahat dengan dia. Bagi kerjasama awak pada saya dan awak takkan dikenakan hukuman apa apa dari pihak atasan. " Kata Hariz. Nadanya tegas meminta kerjasama aku. Namun aku memilih untuk diam dan merenung cawan kopi aku.
Terdengar keluhan berat terlepas dari mulut Hariz.
" Awak masih ingat yang saya pernah tanya awak pasal orang mati kat tempat kerja kita? " Tanya Hariz. Kali ini aku mengangguk memberikan jawapan.
Aku memandang Hariz yang tiba tiba bangun menuju kearah katil. Beg hitam diatasnya dibuka dan dia mengambil sesuatu. Hariz kembali ke tempat duduknya dan ada satu sampul diletakkan diatas meja.
" Bukak lah. " Kata Hariz dan aku dengan perlahan lahan mencapai sampul tersebut. Isi ditarik dan mata aku terbuntang melihat beberapa keping gambar. Ada Amin. Dan beberapa mangsa yang sebelum terbunuh. Ada lagi yang menunjukkan beberapa bahan bukti match dengan Amin.
"Aku dah bunuh orang! " Suara Amin dengan tiba tiba masuk pendengaran aku. Kepala aku juga turut sakit. Pandangan aku jatuh kearah gambar kemudian Hariz. Namun apa yang aku lihat semuanya kabur.
" Hana?? You okey?? " Hariz menghulurkan air masak dan dengan pantas aku mencapainya. Air itu diteguk rakus dan buat seketika sakit dikepala aku hilang.
Aku seperti mendapat kembali ingatan aku. Kejadian sebelum datang ke Paris. Kenapa mereka berada disini.
" Apa yang saya patut buat? " Tanya aku selepas beberapa minit mendiamkan diri. Wajah terkejut Hariz aku pandang sebelum ia berubah dengan senyuman nipis.
" Terima kasih. "
End Flashback.
Dan disini aku duduk menunggu kedatangan Hariz.
" Dah lama tunggu? " Tegur Hariz yang baru muncul.
" Ah. Tak de lah. " Hariz mengangguk. Sampul coklat dihulurkan kepada aku. Sebelum sempat aku berkata apa apa. Hariz berbicara dulu.
" Sekarang. Awak buat apa yang saya suruh semalam. Awak handle sendiri sebab saya akan handle semuanya di Malaysia. Saya akan balik hari ni. Jadi. Hana. " Aku yang leka membelek sampul surat akhirnya memandang Hariz.
" Hmm? " Senyuman nipis diberikan.
" Hati hati. Semoga berjaya dan terima kasih. " Hariz pergi meninggalkan aku. Aku terkedip kedip menghantar kepergian Hariz. Aku dalam mission Impossible ke apa sekarang ni? Aku dari jadi penasihat dah jadi secret agent?. Wah. Maybe aku patut sedar dari mimpi ni.
✨❤✨
Sekali lagi tepat 2.30 pagi. Aku melihat Amin berjalan santai keluar dari biliknya. Dengan berhati hati bilik Amin aku buka. Tak berkunci? Serius ni Amin? Aku tiba tiba rasa yang Amin tahu apa yang aku buat. Langkah mahu berundur aku fikir sejenak. Tetapi aku nekad. Aku sudah berada di ruangan bilik Amin.
" Apa yang patut aku cari dulu? " Aku yakin hari pertama kami disini aku melihat Amir melakukan sesuatu di laptop. Maka laptop nya aku cari. Tak lama memandangkan ia elok berada diatas katil. Laptop nya dibuka.
" Apa ni? " Nama nama mangsa. Semua perkara yang berkaitan mangsa ada dalam laptop Amin setelah aku tertarik menekan ikon yang berwarna hitam. Itu sahaja yang kelihatan ganjil didekstop Amin.
Aku membelek lagi. Gambar gambar mangsa. Macam mana Amin boleh dapat semua gambar ni? Unless.. Amin ada ketika itu. Bila memikirkan dan terbayang. Dada aku berombak kencang. Kenapa Amin. Tak. Aku masih tak yakin Amin yang buat semua ni.
Kenapa orang lain yang bunuh mereka?
Sekali lagi aku membaca profil mangsa mangsa yang dibunuh. Dan apa yang aku dapat simpulkan. Semuanya pernah berkerja dengan Dato' Firdaus.
Dato' Firdaus?
Macam aku pernah dengar.
" Okey sir" Suara Amin terdengar di muka pintu dan aku mula gelabah. Dengan terburu buru laptop aku tutup dan merangkak kebawah katil. Please.. Jangan ada Annabella bawah ni.
" Eem.. Baik sir. Esok saya akan bawa dia jumpa sir. " Aku dapat mendengar jelas suara Amin sudah berada didalam bilik. Aku menekup mulut aku sendiri supaya tiada bunyi apa apa sehingga Amin sedar yang aku ada didalam biliknya.
Tetapi. Aku tertanya tanya juga. Amin nak bawa siapa? Dan jumpa siapa?
"Oh.. Pasal tu sir.. Saya tak yakin yang dia akan kenal sir.. Itu lebih baik buat sekarang. " Aku mendengar dengan teliti. Siapa yang tak kenal? Kenal dengan siapa? Sir lagi yang meniti di mulut Amin. Sudah kali ketiga aku mendengar Amin bercakap dengan lelaki atau perempuan bernama sir.
" Saya faham.. Saya akan jaga dia baik baik sir. Lelaki tu masih berkeliaran dan keluarga sir masih dalam bahaya. " Kenapa dengan keluarga sir tu?? Kenapa Amin pon terlibat. Siapa Amin sebenarnya??
Alamak.. Tidak.. Aku nak terbesin. Habuk bawah katil ni dah berapa tahun tak bersihkan? Tahan.. Tahan..
" Sir.. Apa apa saya akan maklumkan. " Dengan bunyi tit talian terputus. Aku dapat rasa dada aku semakin berdebar bila aku melihat kaki Amin melangkah kearah katil.
" Hm? Kenapa laptop aku panas?" Aku merenung kaki Amin yang berstokin. Tiba tiba phone Amin jatuh. Dada aku memang dah nak meletop ni. Please.. Jangan melutut then tengok bawah katil please..
Aku melepaskan nafas lega bila Amin tidak melutut dan hanya mengambil phonenya. Aku hanya dapat melihat tangan Amin.
" Ts.. Ish.. Ish.. Bodohnya.. " Amin yang tiba tiba berkata membuat aku menahan nafas sekali lagi. Dia bercakap ngan aku??
" Satu satu.. Aku akan bunuh.. " Kata Amin dan bersambung dengan ketawa kuat. No.. No.. Ni bukan Amin.. Amin tak Psycho.. Amin lelaki baik..
" Bermula.. Dengan.. " Selimut dibirai katil yang menjadi pelindung aku diangkat. Kemudian senyuman seram diberikan oleh Amin sambil memandang kearah aku. membuat aku menggigil hebat. Air mata aku sudah bertakung kerana aku betul betul takut.
Tolong!
✨❤✨
Tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...