✨8✨

1.7K 120 25
                                    

Bunyi ayam berkokok membingitkan suasana di pagi hari. Tapi tak cukup bingit untuk aku bangun.

Bunyi ayam?

Disebabkan terkejut aku bangun membuka tingkap tanpa memandang sekeliling. Kawasan rumah aku merupakan kawasan perumahan yang jarang ada ayam. Bukan seperti dikawasan kampung.

" Good morning love. " Sekali lagi aku terkejut maka aku tertarik langsir sangat kuat sehingga terkoyak.

" Amin!? " Amin yang berdiri memakai hoodie dan sweatpants berwarna kelabu memandang aku sambil bersandar dimuka pintu. Pandangannya menunjukkan yang dia terkejut dan tidak gembira.

" Amin? Mana panggilan honey bunny Sugar plum? " Aku memicit pelipis aku. Mimpi apa pulak si Mamat ni?

" Kau ni kenapa? " Amin buat muka terkejut lagi. Sekarang dia bersilang tangan.

" Kau? Serius ni? Ok. Abang merajuk. Jangan pujuk. Pagi ni masak sendiri. " Aku melihat Amin keluar dari bilik. Mata aku meliar sekeliling ruang bilik.. Aku? Ni bukan bilik aku. Bilik ni berwarna peach coklat manakala bilik aku berwarna kelabu. Mata aku tertancap kearah sesuatu.

" Tu.. Tu..??!! " Aku tak percaya apa yang aku lihat. Gambar yang menunjukkan aku dan Amin dalam pakaian baju kahwin berwarna ungu elok tergantung di dinding.

Aku menepuk pipi aku berkali kali. Aku terduduk diatas lantai. Aku ingat yang sebelum aku tak sedarkan diri. Amin kena tembak. Sekarang dia okey. Macam biasa. Dan tiba tiba.. Kami kawin?

Otak.. Otak.. Kau buat lawak apa ni?

Aku ingat apa yang sebelum ni jadi. Tapi kenapa orang lain macam tak pernah lalui?

" Amin? " Aku turun kebawah untuk melihat Amin yang sedang duduk menekur diatas sofa. Dia tidak menyahut.

Entah macam mana kaki aku boleh tersalah langkah membuatkan aku terdorong kehadapan. Amin tidak melihat walaupun aku menjerit. Dia tak sempat nak selamatkan aku . Aku hanya menunggu saat kepala aku mencium lantai.

Sekali lagi aku terbangun. Ruangan bilik aku dilihat berkali kali. Warna kelabu. Tak ada gambar kahwin. Okey. Ini bilik aku.

Aku bangun tak tahu nak buat apa. Kenapa aku rasa serabut sangat ni? Aku rasa macam dah tak betul pon ada. Aku bangun. Lepas tu aku tak ingat. Apa kene ngan aku ni?

Amin. Macam mana dengan Amin?

Pintu rumah Amin aku ketuk bertalu talu menunggu si tuan rumah membukanya.

" Wo.. Dah kenapa ni? Bilik air kau ada katak lagi ke? " Tanya Amin. Aku menggeleng cepat dengan cepat memukul bahunya. Amin mengaduh sakit.

" Weh! Kau pukul aku dah kenapa? Sakit lah! " Amin mengurut bahunya. Ah! Dia sakit sebab kena tembak kan? Aku dah sedar dari mimpi!

" Kau sakit kene tembak kan? " Soalan aku mendapat reaksi aneh dari Amin. Maksud apa ni?

" Aku sakit sebab kau pukul! Mana ada aku kene tembak! And sape nak tembak aku yang handsome ni? Kau? Kalau kau aku percaya. "Kata Amin. Sempat dia memuji dirinya. Aku tak ambil kisah. Tiba tiba Hariz muncul dibelakang Amin.

" Eh. Hariz. " Aku tersenyum kearah Hariz. Hariz membalas senyuman aku.

" Hariz. Baik kau cakap ngan aku. Semalam betul kan yang kau nampak ada orang nak tembak kitorang kan? " Hariz memandang aku lama. Kemudian dia mengangguk. Yes!

" Pastu kau kalah. " Kata Hariz. Aku blur. Apa benda yang aku kalah?

" Ha? " Itu sahaja yang keluar. Otak aku memang dah slow gila dah ni. Kalah siput.

" Kita kan main paintball semalam. Laki menang! " Amin dan Hariz bertepuk tangan lalu menari tarian ayam untuk mengejek aku.

Perasaan aku bercampur baur. Marah. Malu. Blur. Terkelu. Perasaan yang paling mendominasi perasaan nak hempuk dua Mamat ni. Aku menarik nafas. Tenang. Aku tak boleh diorang membodohi aku lagi.

" Enough! " Aku menjerit. Terus Amin dan Hariz menolak aku jatuh kelantai.

Mata aku tercelik luas. Tanpa bangun aku tertawa. Mimpi lagi kan?

" Oi. Bangun lah. " Suara Amin. Bau hospital yang aku benci masuk ke rongga hidung aku. Badan Amin yang berbalut dengan bandage aku pandang. Aku dah sedar!

" Aku yang kene tembak. Kau yang sedap koma. " Aku apa?

" Cepat! Bangun. Kita kena keluar. " Amin menarik aku bangun dari katil hospital.

" Tapi kau sakit lagi! And aku tak koma. Baru 2 jam aku tak sedar okey . " Amin yang tersenyum membenarkan kata kata aku.

" Kat sini bahaya. Tolong faham." Aku masih tak faham konsep bahaya dalam hidup aku. Bukan ke pelindung tak berbayar aku tu bunuh orang yang dekat ngan aku je? Kenapa sekarang nak bunuh aku?

" Shit. Lalu sini" Langkah Amin hanya aku ikut tanpa kata. Pintu hospital yang lut sinar melihatkan Hariz dan beberapa pegawai.

" Mereka datang. Sorok kat sini." Disebalik dinding aku dapat melihat Hariz. Jarak kami tidak jauh jadi aku dapat mendengar perbualan Hariz dan jururawat bertanyakan tentang. Amin.

Aku keliru. Kenapa menyorok dari pihak polis?

Aku baru sahaja ingin membuka mulut. Mulut aku sudah ditekup oleh tangan Amin. Amin mengheret aku keluar dari hospital. Kereta teksi yang ditahan oleh Amin dengan pantas kami masuk dan Amin segera memberikan alamat.

Amin membuka baju kemejanya. Bandage yang putih itu sudah kemerahan menandakan yang jahitan dibahagian tembakan sudah terbuka.

" Min! Kau berdarah! " Aku panik.

" Aku tahu. " Amin hanya mengaduh perlahan. Dia cuba menahan rasa pedih.

Akhirnya kami selamat sampai. Amin masuk kedalam rumah dan aku sekali lagi hanya mengekor.

" Tolong pegang lampu ngan cermin ni. " Aku mengikut tanpa kata. Bagaikan patung. Seinci pon aku tak bergerak. Amin membuka balutan nya. Guys. Ada Six pack..

" Jangan bergerak. " Aku cuba. Tangan Amin dengan cekap menjahit kembali lukanya. Aku cuba menahan rasa geli aku. Amin merengus dijahitan terakhir. Kemudian dia membalut kembali dengan bandage. First Aid disimpan semula.

Aku tergamam. Apa yang Amin buat tadi? Amin doktor kah? Macam mana dia tahu nak buat macam mana? Lepas tu. Siapa yang tembak Amin? Kenapa lari dari polis? Banyak. Banyak soalan aku. Tanpa aku tahu untuk bertanya pada siapa.

" Kau balik. " Nada suara Amin terdengar dingin. Bukan seperti Amin yang aku kenal selama ni.

" Kenapa?" Aku sebenarnya takut nak balik. Macam mana kalau pembunuh tu dah ada dalam rumah aku?

" Kau balik. Kemas barang. Apa yang patut. Kita kene pergi. " Arah Amin. Aku membatu untuk menerima penjelasan.

" Kenapa? " Amin memberikan pandangan tajam. Dia mendiamkan diri. Pandangannya sahaja sudah cukup aku faham dia ingin aku cepat pergi.

" Kenapa? Bagi tahu aku! Jangan nak rahsiakan semuanya dari aku! " Aku mula membentak. Semuanya Amin tidak cerita pada aku. Aku jadi paranoid.

" Aku dah bunuh orang! "

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now