"Ingat! Mulai hari ni kau tak boleh keluar sorang sorang.! " Tegas Amin memberi ingatan kepada aku. Aku hanya memberi senyuman tipis dan mengangguk untuk menunjukkan aku faham dengan larangannya.
"Kalau aku buat? " Sengaja aku bertanya. Amin memberi pandangan yang sukar untuk aku faham. Dahinya berkerut menandakan dia sedang berfikir untuk menjawap soalan aku sebelum senyuman sinis terukir.
" Aku kurung kau dalam bilik.. Kau.. " Aku meremang. Tanpa memandang Amin. Aku sekali lagi mengangguk seperti dalam diam aku berjanji yang aku takkan sesekali buat.
Aku meneguk air liur. Aku membatu ditempat duduk tanpa berani untuk memandang Amin yang kelihatan bila bila masa sahaja akan meletup.
Larangan Amin terngiang ngiang ditelinga seperti cd rosak. Berulang ulang. Membuatkan perut aku bergelora.
" Tak nak jawap? " Suara Amin membuat bahu aku ternaik sedikit kerana terkejut. Aku menekan bibir aku sehingga menjadi garisan nipis. Aku tidak berani untuk menjawap.
" A.. Aku datang dengan.. Har.. Hariz.. Dia ada hal jadi.. Dia tinggal aku kat sini.. Aku nak jumpa seseorang.. " Selepas menarik nafas panjang aku menjelaskan tanpa memandang Amin. Aku dapat rasakan yang Amin merenung aku sehingga tembus. Tanpa sedar tangan aku sudah berpeluh.
" Siapa? " Tanya Amin. Kini aku sudah berani memandangnya kerana soalannya membuat aku rasa menyampah. Aku tak rasa lelaki ni yang lahirkan aku sampai dia nak jadi Mak aku. Semua benda nak kena bagitau dia.
" Auntie Maya. " Jawap aku dan tak menjangka yang wajah Amin sudah berubah warna. Urat lehernya kelihatan tegang dan serta merta pergelangan tangan aku ditarik kuat oleh Amin.
" Aw!!! Sakit lah!! " Aduh aku. Aku cuba melepaskan tangan aku dari cengkaman tangan Amin tetapi mata aku masih memandang wajah Amin.
" Kau tak boleh jumpa dia! " Tempik Amin dihadapan aku . Aku mula perasan yang beberapa mata mula memandang kearah kami. Kecut perut aku bila di tempik oleh Amin. Disebabkan itu juga aku naik bengang.
" Kenapa?! Kau siapa nak halang aku?! " Aku tempik balik. Sakit hati aku bila Amin berani tinggi suara dekat aku. Cengkaman tangan Amin juga dapat aku leraikan. Tetapi aku masih belum dapat menghalang mata Amin dari merenung aku dengan pandangan membunuh. Keberanian aku sekejap naik turun.
" Kau tanggungjawap aku jadi aku berhak tahu! Kau kena bagitau aku nak pergi mana! Dengan siapa! Kat mana! Jumpa siapa! Kau tak faham ke keadaan kau sekarang ni?! Kau nak aku jumpa kau masa kau dah mampus?! " Kasar kata kata Amin. Mengoyakkan hati kecil aku. Tahu lah aku yang aku betul betul dah mencabar kesabaran lelaki ini.
Perasaan aku berbelah bahagi. Namun separuh diri aku masih belum berpuas hati dan dengan itu aku dapat keberanian untuk mencabar lelaki dihadapan aku sekarang.
" Sekarang kau siapa?! Mak aku?! Bapak aku?! Suka hati aku lah! Aku tak pernah sibuk pasal kau kenapa kau nak sibuk pasal aku pulak??!! Aku tahu lah nak jaga diri aku! Aku tak perlukan pertolongan kau! Sedar sikit yang kau bukan siapa siapa!! " Bahu Amin aku ditolak tolak dengan hujung jari aku. Pandangan yang aku berikan padannya menunjukkan jelas yang aku benar benar marah dan membenci perangainya yang satu ini.
Amin sudah berombak rombak dadanya. Nafasnya tidak teratur. Tangannya cepat menangkap tangan aku dan mencengkamnya kuat sehingga aku rasakan yang bila bila masa yang jari jemari aku akan patah.
Kemudian pipi aku dicengkam dengan tangan kanannya. Dia menarik wajah aku dekat dengan wajahnya. Aku mula berdebar. Satu sisi yang aku jarang lihat pada diri Amin. Sekarang aku mahu masa berputar kembali. Perasaan menyesal menebal.
" Kau dah cabar kesabaran aku.. Hana.. " Amin berkata perlahan dengan suara garaunya. Nafasnya menampar kulit wajah aku. Tanpa aku sempat berkata apa apa Amin menarik aku keluar dari restoran dan di muka pintu aku bertembung dengan auntie Maya yang kelihatan keliru dengan keadaan aku.
" Auntie Maya!! " Panggil aku membuat Amin juga memandang kearah auntie Maya. Amin mengheret aku menuju kearah auntie Maya dan aku melepaskan nafas lega bila tangan Amin melepaskan tangan aku.
Amin melangkah kearah auntie Maya dan aku tak berasa sedap hati. Sekelip mata sahaja aku sudah melihat auntie Maya terbaring diatas tanah sambil memegang pipinya. Aku melihat Amin menumbuk auntie Maya tanpa rasa simpati.
" Amin!!! Stop!! " Aku menjerit ketakutan. Amin tak ambil kisah dan meneruskan membelasah auntie Maya. Auntie Maya menjerit meminta tolong dan meminta untuk Amin berhenti dari memukulnya.
" Amin!! Please stop!! Jangan apa apa kan auntie Maya! " Aku cuba menarik Amin namun tiada daya. Badan Amin lebih besar dari badan aku. Sudah tentu kekuatannya jauh beza dengan aku.
Aksi kami menarik perhatian orang ramai dan aku berharap sesiapa akan membantu kami. Namun tiada siapa yang menolong. Hanya menjadi penonton setia.
Aku sudah menangis sambil memeluk Amin dari belakang. Syaitan mana yang rasuk Amin hari ini? Auntie Maya sudah batuk batuk darah menunjukkan yang Amin membelasahnya cukup kuat walaupun auntie Maya seorang wanita.
" Cukup Amin!! Kenapa kau pukul perempuan!! Kau dayus Amin!! " Akhirnya Amin berhenti. Memandang aku tajam. Matanya kemerahan seolah ada api disebalik pupil coklat itu. Tanpa memandang auntie Maya yang terbaring lemah. Tangan aku sekali lagi menjadi mangsa Amin lalu aku diheret menuju ke kereta dan dia menolak kasar badan aku masuk kedalam perut kereta.
Amin cuba memandu dengan fokus tetapi kelihatan Amin tidak dapat fokus kerana aku masih menangis.
" Diam. " Arah Amin. Aku masih menangis. Aku seolah trauma melihat Amin memukul auntie Maya sebentar tadi.
" Diam! " Nada Amin naik seoktaf. Aku cuba berhenti menangis. Tetapi tak boleh. Aku masih takut.
" Diam!!!! " Dashboard kereta dipukul kuat oleh Amin membuatkan aku menjerit takut. Bagai nak tercabut anak tekak aku kerana menjerit. Air mata aku menyukarkan pemandangan aku. Tak sedar yang kami sudah sampai dihadapan rumah. Amin mengarahkan aku keluar tanpa dipaksa olehnya. Namun aku berdegil. Kerusi kereta aku cengkam dengan kuat. Amin merengus sebelum badan kecil aku diangkat diatas bahunya. Aku memukul belakang badannya. Tetapi Amin kelihatan tidak terkesan.
Pintu dirumah dibuka cepat dan anak tangga ditangki sebelum aku tahu aku berada didalam bilik yang langsung tak tahu kewujudannya selama aku tinggal didalam rumah tersebut. Amin menghempaskan aku seperti aku sehelai kertas dan aku merungut kerana punggung aku terhenyak kuat diatas lantai mozek itu. Aku cuba melepaskan diri memandangkan Amin sedang membuat sesuatu disudut penjuru bilik. Aku mendengar bunyi rantai sebelum aku tersembam diatas lantai. Kemudian Amin berdiri dihadapan aku. Dia duduk melutut sebelah kaki.
Hanya dua jari. Dagu aku dipegang untuk diangkat memandang Amin. Air mata aku sudah lama berhenti.
" Kau akan faham kenapa aku buat macam ni. Selagi kau tak faham. Kau duduk lah dalam ni." Kata kata terakhir sebelum Amin pergi meninggalkan aku. Pintu ditutup dan aku mendengar pulasan kunci menandakan tiada jalan keluar untuk aku lalui. Aku bangun dengan susah payah menuju kepintu. Kaki kanan aku terasa berat. Aku baru tahu yang kaki aku diikat dengan rantai besi. Pintu bilik bewarna coklat itu aku pukul dan tendang. Berharap pintu itu akan terbuka.
" Amin!!! Bukak pintu ni!!! Amin!!! " Aku menjerit. Tangan aku yang mula memerah tidak berhenti untuk mengetuk pintu itu.
" Amin!!! Bukak pintu ni lah bodoh!!!! " Kaki aku sudah sakit lalu aku terjelopok jatuh kelantai. Aku menangis lagi.
✨❤✨
tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...