Kerja aku sentiasa siap dengan jayanya. Jadi aku sudah tiada kerja. Aku mintak boss balik awal. Dia tak nak kasi! Dia cakap.
" Ingat company ni bapak kamu punya?! Kalau tak disebabkan tu. Dah lama kamu, saya pecat! " Terus aku duduk memuncung dikerusi.
" Kenapa muncung muncung tu.. Nak transform jadi itik ke? " Tegur satu suara. Yang lain tak bukan. Hariz.
" Eh. Tak de lah. Bosan je. " Aku kembali menaip di komputer. Apa yang aku tulis?
A. B. C. D. E. F. G....
" Boleh saya tanya awak dah berapa tahun kat sini? " Tanya Hariz. Aku sebenarnya takut nak bercakap dengan Hariz. Kalau sumpahan tu dapat mangsanya lagi macam mana? Si Hariz ni pula tak pernah dengar pasal aku ke?
" A.. A.. Dah lama dah. 6 tahun dah. " Jawap aku lambat lambat. Hariz mengangguk.
" Oh.. Kalau macam tu.. Betul lah kat sini ada ramai orang mati? " Aku terdiam. Lelaki ni tak tahu?
" Eem.. " Itu sahaja yang aku dapat katakan.
" Erm? Okey.. Saya tak nak push.. Tapi saya nak mintak kerjasama dari awak. " Dahi aku dah berkerut. Cara dia bercakap macam polis pon ada. Aku melihat Hariz mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Ah! Betul aku kata. Dia polis. Tanpa kata apa apa dia menyimpan balik.
" Jadi. Boleh awak tolong saya? " Pintanya. Aku berfikir sejenak. Belum sempat dia siasat. Dia pula yang akan disiasat untuk mencari siapa pembunuhnya.
" Ma.. Maaf. Saya tak dapat tolong. Saya nak awak pergi. Jangan cakap dengan saya lagi. Ini untuk kebaikan awak sendiri." Hariz hanya mengangguk dan berlalu pergi. Senang betul nak cakap. Bukan macam Amin.
Alamak.. Teringat Amin lah pula..
" Bila lah kau nak balik..? " Aku bertanya pada diri sendiri. Baru 3 hari lelaki itu tiada. 3 hari tu juga langkah aku tidak diekori. Adakah ini semua angkara Amin?
Ting!
Komputer aku berkedip kedip menandakan ada notis yang masuk.
Pembunuhan ngeri. Satu keluarga mati dibunuh.
Eh.. Ni berita yang aku nak baca tu tapi lupa. Macam mana pula boleh orang hantar dekat aku?
Tetikus aku tekan.
19 Ogos 2004- Pembunuhan ngeri satu keluarga mati dibunuh. Mangsa mangsa dipotong sehingga tidak dapat dikenal pasti. Tetapi beberapa saudara mangsa dapat mengecam kesemuanya. Mangsa yang terdiri dari ayah. Ibu. Abang. Adik perempuan dan seorang bibik.
Mohd Firdaus bin Ahmad Idham ( 35), Che Siti Hartinah binti mohd Ali (30), Mohd hanif Aiman bin Mohd Firdaus (17), Che Siti Hannah Anissa binti Mohd Firdaus (13) dan Fartini Sunti(25).
Mangsa mangsa ditemui mati di tempat yang berasingan. Pihak polis mengatakan kejadian ini disebabkan dendam kerana pembunuh meninggal kan pesan menggunakan darah mangsa.
" Aku akan ambik. Hak aku! "
Pihak polis masih berusaha untuk memberkas lelaki ini.
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...