✨10✨

1.7K 105 10
                                    

Malam yang gelap namun diterangi bintang bintang yang berkelipan. Lampu berwarna warni yang memaparkan pemandangan cukup indah buat aku melepak di balkoni. Rasa sejuk aku abaikan.

" Oi" Terus aku mencari si empunya suara. Sudah tentu Amin. Amin memakai hoodie berwarna hitam sama dengan seluarnya. Tiba tiba Mamat tu pakai cermin mata. Aku tak pernah lihat. Tapi makin handsome!

" Apa? " Tanpa bangun dari kerusi aku bertanya. Amin juga duduk dikerusi yang disediakan di balkoni.

" Saja. " Aku membuang pandangan aku ke menara Eiffel. Kami berdua tidak bercakap. Masing masing hanyut dalam fikiran.

Entah kenapa aku rasa Amin jarang sebut nama aku. Selalu dia panggil aku.

Weh.

Oi.

Nama aku tu ke? Dasar.

Nama aku. Tengku Hana Dahlia binti Tengku Daniel.

Langsung Amin tak guna. Hana ke. Dahlia ke. Lia ke. Yang dia guna hanya. Oi. Weh.

" Weh. " Panggil Amin. Amin tersenyum senyum memandang aku. Kemudian Amin memandang ke hadapan lalu membisu.

Sakit budak ni.

" Min. Kenapa kau selalu panggil aku Weh? Oi? Tak reti nak guna nama aku ke? " Aku akhirnya bertanya. Aku lihat Amin menggosok lehernya. Satu habit yang aku perasaan kalau Amin mahu menipu.

" Aku tak nak orang lain tahu nama kau. " Jawapnya. Aku yang malas memaksa membiarkan.

" Weh. Aku nak tanya. " Kata aku. Amin sekali lagi memandang aku.

" Tanya lah. " Peluang yang diberikan aku gunakan. Soalan yang sudah lama aku pendam meluncur lancar dari mulut aku.

" Jawap jujur eh. Apa kau nak buat kalau ada orang suka kau? " Amin memandang keatas. Kebawah. Kekiri. Kekanan. Kemudian kembali ke arah aku.

" Sape tu? " Tanya Amin. Aku menarik nafas. Jawap aja lah. Bukan complicated sangat.

" Bagi contoh. " Kata Amin. Aku memikirkan sekejap. Hujung baju tidur aku mainkan.

" Best..Friend kau? " That's it! Aku dah ready nak lompat ni! Jalan dibawah aku pandangan. Tinggi sangat ni memandangkan aku ditingkat 15.

" Hmmm.. Kau nak jujur ke. Tipu? " Eh dia ni. Aku dah cakap kan jujur tadi.

" Dua dua. " Wah. Langkah yang tepat aku ambil. Amin kelihatan seperti tengah berfikir. Cermin matanya dibetulkan sedikit.

" Erm.. Kalau tipu. Aku akan suka dia balik. " Aku berdebar. Itu tipu punya.

" Kalau jujur? " Aku tak sabar.

" Aku akan jauhkan diri. " Heh. Aku cuba mengawal riak wajah aku dengan senyuman.

" Lagipun pelik lah kalau bercinta dengan best Friend. Dia macam entah lah. Pelik. Selama ni cakap aku kau. Masuk air sama sama. Gaduh hari hari. " Aku hanya memandang hujung baju aku. Aku langsung tak mendengar apa yang Amin katakan. Sakit. Takut. Perasaan yang aku paling rasakan sekarang.

" Erm. Tak pe lah. Aku nak tidur dulu. Bye. " Aku bangun tanpa memandang Amin.

" Oh? Okey! Good night and I Love You! " Terus pintu balkoni dan langsir aku tutup. Hati aku betul betul rasa sakit. Stop lah cakap I love you kat aku. Aku tak tahu nak salahkan siapa. Aku atau Amin. Tapi aku rasa ini memang salah aku. Kenapa aku berharap?

Dengan perasaan yang berbaur aku cuba untuk tidur.

Jam menunjukkan 2.30 pagi. Aku masih belum dapat tidur. Heartbroken aku sekarang ni. Aku mengambil keputusan untuk keluar berjalan jalan.

Selesai sahaja bersiap pintu bilik hotel dibuka secara perlahan dan aku sempat melihat kelibat Amin menuju ke lift. Dia nak kemana?

Aku memilih untuk mengekorinya. Aku berjalan mengendap perlahan dan tidak sempat aku mencapai lift diri aku ditarik.

Mulut aku ditekup dan aku betul betul terkejut melihatnya. Dada aku berombak kencang.

✨❤✨

Pagi pagi lagi Amin mengajak aku Breakfast di Cafe yang berdekatan dengan hotel. Sejak kejadian semalam. Aku langsung tidak bercakap dengan Amin. Soalan Amin juga tidak aku balas maka Amin memilih untuk diam.

Cafe itu agak sesak juga. Untung kami berdua berjaya mendapatkan meja. Amin cuba menceriakan dengan lawak hambarnya yang selalunya aku akan ketawa demi menjaga hatinya. Namun mulut aku rasa berpasir sangat untuk ketawa.

Tiba tiba datang seorang gadis yang cukup menawan datang ke meja kami.

" I'm sorry. But. Can I have this seat? This place pretty crowded. It just be a moment to eat. Can I?" Pinta gadis itu dengan sopan. Amin yang tersenyum memandang gadis itu mengangguk memberikan keizinan tanpa bertanya pada aku. Dasar lelaki!

" Thank you.. Can I know your name? Because you look so familiar.. " Tanya gadis itu pada Amin. Amin memperkenalkan dirinya dan aku. Aku tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tetapi gadis itu hanya memandang tangannya dan tidak menghiraukannya. Aku naik panas.

Eh.. Pompuan ni. Amin bersalam ngan kau tadi bukan main. Jangan sampai aku tampar pipi kau yang tebal bedak tu nanti.

" I'm kenya. " Maka Amin dan keling ini bersembang. Bukan main eh. Amin pulak ramah lain macam. Eh. Bertepuk tampar pulak. Aku nak join sekali boleh? Tapi aku tak bertepuk tampar . Tu bukan level aku. Level aku tikam menikam.

" Excuse me. I need to go to the toilet." Aku bangun tanpa menghabiskan sarapan aku. Aku bukan nak ketandas. Aku mahu keluar dari tempat ni. Amin hanya mengangguk tanpa melihat aku. Aku segera pergi membawa dengan beg bimbit aku.

Misi aku selesai bila aku dengan jayanya selamat keluar. Aku sempat mengintai mereka memandangkan kedudukan mereka berdekatan dengan cermin. Aku pandang lama mereka berdua. Ketika aku pergi. Amin dan keling tu sedang ramah bertepuk tampar dan bersembang. Sekarang reaksi mereka digantikan dengan wajah yang serius. Apa yang terjadi?

Aku malas nak ambik tahu. Rahsia yang aku tahu semalam masih terngiang ngiang. Kenapa Amin perlu sorokkan semuanya.? Semuanya tetap berkaitan dengan aku. Jadi aku ada hak nak tahu dan Amin tidak hak nak sorokkan semuanya!

Phone aku bergetar menandakan aku panggilan yang masuk. Dengan cepat aku mengangkat.

" Saya nak balik hotel. " Kata aku. Terdengar satu tarikan nafas disebelah sana. Aku mengeluh kecil.

" Okey. Kita jumpa kat taman. " Aku memberikan kata putus. Separuh diri aku masih tak percaya manakala separuh diri aku mula percaya. Aku berbelah bahagi.

" Bye. Hariz. " Talian terputus.

Siapa yang aku patut percaya sekarang?

Amin. Atau Hariz?

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now