Selimut tebal aku tarik perlahan menutup keseluruhan badan aku yang kesejukan. Pagi itu cuaca agak dingin bagi aku ataupun kerana aku tidur dalam bilik yang ada aircond. Selepas subuh aku kembali tidur mengingatkan ini rumah aku.
Bila aku tersedar aku berasa malu. Dah lah tidur rumah orang. Bangun lambat pulak tu. Tapi.. Ni rumah mama..
Aku tersenyum lebar. Aku fikir selama ni aku dah tak de ibu bapa. Senyuman aku pudar digantikan dengan air mata. Aku tak dapat tahan. Aku tak sangka sebegitu besar rahsia yang Amin sorokkan dari aku. Kitorang kawan baik.. No! Kalau dia anggap aku kawan baik .. Dia akan bagitahu aku! Tapi tak! Aku benci dia!
" Mama dah lama cari Hana.. Mama sanggup bercerai dengan papa sebab nak cari Hana. Mama tak kisah dengan nyawa Mama selagi Mama dapat cari Hana. Sekarang.. Hana dah ada depan mata Mama.. "
Semakin kuat aku menangis namun tanpa suara. Aku tak tahu apa yang Mama lalui selama ni demi mencari aku. Disebabkan Amin yang menyembunyikan aku. Mama tak dapat cari aku. Sekarang aku dah berada disisi Mama. Aku bahagia.
Aku masuk kedalam bilik air untuk mandi lalu dengan cepat aku memakai baju santai seperti hoodie dan seluar Ali baba. Aku turun dengan senyuman lebar menyapa pembantu rumah sehingga aku terlihat Mama dimeja makan. Aku menegurnya.
" Good morning Mama! " Aku menarik kerusi dihadapan Mama.
" Good morning dear.. Macam mana tidur? Selesa? " Tanya Mama sambil dia masih tidak lenggang dengan senyuman lembut. Aku mengangguk membalas senyuman Mama.
" Makan lah. Mama masak hari ni tau! Jarang Mama masak. Selalu bibik Suzy yang masakkan. Tapi hari ni special untuk anak Mama. " Mama menghulurkan nasi goreng yang menaikkan nafsu makan aku.
" Really Ma? Wahh.. Dah lama tak makan mama masak.. " Mama mencedok nasi kedalam pinggan sebelum memberikan kepada aku. Aku menyambutnya lalu berterima kasih. Sudu ditepi aku diambil untuk digunakan.
"Bismillah.. " Satu suap selamat masuk kedalam mulut aku.
" Macam mana? " Tanya Mama ingin tahu.
" Delicious Ma! " Jawap aku sambil membuat chef Kiss menyebabkan Mama tergelak kecil.
" Haha.. Okey.. Tapi Mama nak pergi kerja dah ni. Jaga diri. Love You. " Dengan itu Mama pergi bersama beg bimbitnya meninggalkan aku yang masih mengunyah nasi. Aku melambai kepergiannya.
Ruang tamu menjadi tempat aku menghilangkan bosan. Rumah ni besar. Tapi terasa kosong. Sunyi.
Phone aku tak de sebab tertinggal dekat rumah.
Apa aku nak buat sekarang?
Aku ingin kehalaman rumah. Semasa aku melalui pintu aku tercengang melihat seseorang berdiri dihadapan pintu.
" Hariz?!" Kata aku dengan nada sedikit terkejut.
" Cik. Cik nak keluar ke? Saya bodyguard cik mulai hari ni. " Kata Hariz dengan formal. Wajahnya beku tiada perasaan.
" Hariz.. " Ujar aku perlahan. Tangan aku dikepal menahan marah. Aku mengetap gigi sambil merenung Hariz sebelum aku menumbuk dadanya berkali kali.
" Hariz! Kau tahu selama ni siapa aku! Kau tahu siapa Mak bapak aku! Kenapa kau tak bagitahu! Kenapa?! " Amarah aku tak dapat dibendung.
" Saya tak faham apa yang Cik katakan. Nampaknya Cik tak nak keluar hari ni. Kalau macam tu saya mintak diri dulu. Kalau ada apa apa panggil saja saya. " Masih dengan wajah bekunya. Hariz meminta diri. Namun bila sahaja dia sampai disebelah aku. Dia berbisik.
" Hati hati. " Dengan itu dia meninggalkan aku dengan seribu lagi soalan.
Seharian itu aku hanya bersembang dengan bibik bee. Kecoh juga mulut dia bercerita itu dan ini. Perbualan terhenti apabila pintu rumah terbuka melihatkan mama.
" Selamat pulang buk!" Sambut bibik bee. Wajah penat Mama aku pandang namun masih lagi wanita itu memberikan aku sebuah senyuman.
" Anak Mama buat apa je hari ni?" Tegur Mama dengan soalan. Aku tersenyum.
" Tak buat apa pon ma. Sembang dengan bibik bee je. Bosan lah mama.. " Aku mengadu dengan ketawa kecil. Mama merehatkan diri diatas sofa.
" Alolo.. Sian dia. Disebabkan itu.. Mama belikan phone untuk Hana. Nah! " Beg berwarna biru dihulurkan dan aku menyambutnya dengan tangan terbuka. Seperti yang aku jangka. Phone.
" Thank you Ma! " Aku berterima kasih dan Mama berlalu pergi untuk mandi.
Aku leka bermain phone baru aku dan tiba tiba sahaja aku rasa direnung. Aku menoleh kesana sini untuk mencari siapa yang merenung aku namun tiada.
Aku mula bangun. Mencari kerana renungan itu membuatkan aku tak sedap hati. Perut aku rasa berbolak balik.
" Hana.. Yuk makan deh. " Suara bibik bee yang mengajak aku makan membuatkan aku terkejut sedikit sebelum aku mengikuti langkah bibik bee menuju kemeja makan.
Situasi dimeja makan hanya diisi dengan bunyi garfu dan sudu bertelagah dengan piring. Aku juga tidak ingin berbicara memandangkan aku masih bimbang dengan perasaan aku tadi. Aku yakin.. Dimana mana sudut dalam rumah ni.. Ada..
Amin.
" Hana.. Kenapa monyok je ni? " Tanya Mama. Dia berhenti makan lalu sudu diletakkan didalam pinggan dan memberikan perhatiannya kepada aku.
" Erm.. Entah lah.. Ah.. Mama.. Orang yang culik Hana tu.. Dapat ke apa yang diorang nak? " Aku bertanya. Apa yang diceritakan oleh Mama semalam kembali terngiang ngiang.
" Diorang dapat apa yang diorang nak Hana.. Tapi diorang tu penipu! Kalau kami bagi apa yang dia nak. Dia akan pulangkan Hana. Tengok.. Sekarang baru Mama dapat jumpa hana.. " Wajah sedih
Mama aku pandang dengan sayu." Kami bagi semuanya dekat dia dalam beg hitam. Tapi mungkin dia tahu trick kami. " Mata aku jatuh kedalam nasi didalam pinggan.
" Beg hitam? Yang ada kod? " Aku tiba tiba teringat dengan beg yang aku jumpa dibawah katil. Aku masih tak tahu apa isi kandungan didalamnya namun aku tak berapa kisah.
" Iye.. Kami sengaja letak kode dan masa perundingan tu dia tak tahu pon ada kod. Bila dia sedar. Perundingan terbatal dan kamu disorokkan selamanya.. "
" Ma! Hana nampak beg yang mungkin sama dengan beg yang Mama cerita ni dekat bawah katil Hana. " Wajah Mama tiba tiba ceria.
" Betul? Kita kena ambil beg tu Hana. Dalam tu semua file file penting. Syarikat papa kamu. Harta. " Kata Mama dengan serius. Aku mengangguk menyokong dengan apa yang Mama katakan.
" Macam mana nak ambil Mama?" Tanya aku. Amin mesti ada kat rumah. Aku yakin juga dia tahu kewujudan beg tu dan kalau masa kami pergi untuk ambil beg tu.. Amin dah sorokkan dulu macam mana?
Beberapa saat kemudian baru Mama menjawap.
" It's okey dear.. Biar Mama yang uruskan. Sedapkan?" Mama menukar topik. Aku kembali makan dengan fikiran yang melayang jauh.Apa yang Amin buat sekarang?
✨❤✨
Tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
AcciónTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...