✨6✨

1.9K 124 1
                                    

Hari cuti memang aku tak tahu nak buat apa. Aku nak berjalan jalan kat luar memang tak lah. Aku betul betul trauma pasal kes hampir kene rogol tu. Hmm..nak kacau orang lah. Nak kacau sape lagi kan?

" Jiran sebelah!! Oo.. Jiran sebelah! " Panggil aku. Kerja mengacau ni bukan kerja aku. Kerja Amin selalunya. Dah dia tak kacau aku. Aku kacau dia. Fair kan?

Pelik. Orang yang dipanggil tak menyahut.

" Amin!! Weh! Kau ada rumah tak?? " Aku tiba tiba tak sedap hati. Kereta ada. Mesti tuan rumah pon ada. Pintu yang terbuka aku pandang dengan curiga. Selalu Amin tutup. Kenapa terbuka??

" Amin? " Panggil aku. Rumah yang sentiasa bersih berantakan.
Banyak kertas kertas yang bertaburan. Sejak bila lah Amin suka bersepah sepah macam ni?

Laptop yang masih terpasang di atas meja aku hampiri.

Pembunuha-

Aku tak sempat baca kerana phone Amin tiba tiba berbunyi menarik perhatian aku. Kalau pakwe dia aku nak angkat. Phone Amin dicapai.

Incoming call. - Tengku.

Tengku?? Siapa pula ni?? Confirm Sugar daddy Amin ni. Eyy..

Hehehe.. Aku kan kawan yang baik. Panggilan dari Tengku itu aku tolong jawapkan. Sekelip mata phone Amin hilang dari tangan aku. Laptop ditutup.

Aku terkejut. Amin yang sedang mengemas barang barang aku pandang. Degupan jantung lelaki itu tak teratur. Dapat aku lihat turun naik dadanya laju. Tak tahu kerana takut atau dia baru sahaja berlari. Rambut lelaki itu masih basah. Mesti baru lepas mandi.

Selesai sahaja lelaki itu mengemas. Lelaki itu memandang tajam kearah aku sambil bersilang tangan kerana aku telah melanggar pantang larang nya. Jangan menyentuh barang milik orang lain dengan sesuka hati. Then. Aku buat. Well.. Aku just curious je..

Curiousty kill the cat.

" A.. Sorry.. Ak-" Deringan phone Amin membuatkan aku berhenti berbicara.

Amin memandang phonenya kemudian aku. Panggilan disambung.

" Hello.? Papa! " Amin berlari naik keatas meninggalkan aku yang tercengang.

Kejap. Papa?

" Arghhhh!! " Kenapa kepala aku sakit lagi ni?? Aku berlari ke luar rumah. Susuk tubuh badan yang aku kenal memandang aku. Aku yang menahan sakit memandang kearahnya juga sebelum dia masuk kedalam kereta memecut laju.

Hariz buat apa kat sini??

✨❤✨

Aku disuapkan bubur oleh Amin selepas aku baru sedar dari pengsan di depan rumahnya.

" Nak aku maafkan kau lah tu. " Aku dah langgar pantang larang dia. Memang marah lah. Aku dah lah tak reti nak memujuk. Aduh..

" Hehehe.. Sorry lah.. Aku ingat penting. Jadi aku TOLONG angkatkan. Tu je. Niat aku baik. " Aku membuat muka sedih. Aku mendengar Amin mengeluh.

" Buat muka 10 sen. Nah lah. Suap sendiri. " Amin bangun dari kerusi. Wah.. Marah betul ni.

" Minmin... " Nama manja Amin. Terus Amin duduk kembali menyuapkan aku bubur nasi itu. Amin betul betul tak suka aku panggil dia nama tu. Comel apa. Dari kecik..

Dari kecik??

" Arghh... " Kepala aku sakit lagi. Kenapa banyak benda yang trigger otak aku ni?

" Weh!! Kau okey tak ni?? Jangan buat aku takut. Ye Ye. Aku maafkan kau. " Amin kelam kabut mengambil air. Aku minum dengan rakus. Kepala aku yang sakit rasa berat. Kelopak mata aku berat dengan sendirinya.

" Sleep tight. " Bisiknya.

✨❤✨

" Amin!! " Aku bangun dari tidur. Bilik tidur aku tatap lama. Rasa aku kat sofa rumah Amin?

Aku bangun berlari kebawah. Menuju ke rumah Amin. Tak kira yang sekarang ni pukul 4 pagi.

"Amin!! Keluar!!! " Pintu rumahnya diketuk berkali kali. Menunggu si tuan rumah keluar.

" Ye.. Ya Allah.. Pukul 4 pagi ni kan.. Kau nak apa?? Lapar ke? Esok pagi lah makannya.. Aku penat ni.. Aku baru je balik.. " Amin menggosok gosok matanya. Dia menggeliat untuk menyegarkan otaknya yang menjerit untuk tidur.

Aku pula yang terpinga pinga. Baru balik? Bukan Amin dah lama balik ke? Dia pergi mana pula ni??

" Ha? Baru balik? Kau pergi mana? " Amin memandang aku berkerut

" Kau tak ingat ke? Kan aku pernah Call seminggu aku tak balik rumah. Aku ada hal. " Giliran aku yang berkerut.

" Eh. Kau dah balik lah! Kau yang jaga aku masa sakit tu?! " Aku terasa ingin marah. Lelaki ini main main kan aku??

" Eh? Kau sakit ke?? Nape tak Call aku?? " Dahi aku disentuh sebelum ditolak oleh aku.

" Apa bende kau merepek ni?!! Kau yang jaga aku masa sakit!! " Amin memandang aku dengan wajah yang betul betul pelik. Dia memandang aku lama sebelum wajahnya melukiskan satu senyuman.

" Alololo.. Rindu aku lah tu masa aku tak de.. How sweet.. I miss you too " Pipi aku dicubitnya.

" Aku cakap betul! " Tangannya aku tolak sekali lagi.

" Hey.. Hey.. Okey.. Aku percaya.. Sekarang kau masuk tidur balik. Pagi lagi ni. Bangun dari mimpi kau ni. " Amin menolak aku lembut. Pipi aku dikembungkan. Dia tak percaya aku!

" Byee.. Sweet dream and I Love You!! " Lambai Amin kepada aku dari pintu rumahnya. Aku menutup pintu geram. Tiba tiba nada dering phone Amin menghentikan aku.

" Hello.? Sir. Ah. Dia sihat. " Suara Amin hanya sayup sayup. Aku menunggu Amin berbicara lagi. Namun Amin hanya membisukan diri dengan anggukan.

" Tengku? Dia... " Aku baru nak dengar part yang menarik bila Amin cakap pasal Tengku. Antara aku atau.. Siapa? Tapi apa hal motor kapcai bunyi ekzos tercekik tu melalak pukul 4 pagi ni!! Tak reti nak tidur ke?!! Geram yang amat sampai aku menyepak sofa yang sakitnya memang aku je yang rasa. Jeritan aku tahan.

Aku baring diatas katil.

Sir. ..?

Boss Amin?

Otak aku memang tak berfungsi sekarang ni. Memang blur habis. Apa yang jadi sebenarnya ni? Aku betul betul ingat yang Amin dah balik.

Tu yang pertama. Yang kedua pasal sir. Sudah dua kali dia mendengar Amin bercakap dengan orang yang dipanggilnya sir. Tapi siapa dia?

Aku cuba pejam mata. Pening apa yang jadi.

Jadi sebelum ni semua mimpi? Dan aku masih bermimpi?

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now