Tok Tok.
Bunyi ketukan pintu menyedarkan aku dari mimpi. Suara Amin pula membuat aku mencelikkan mata aku dengan luas.
Ini yang normal!
" Cik pemalas! Cik kaki tidur!! Cik tahu makan je! Bangun lah!! " Betul. Ini yang normal.
" Ey!! Kejapp!! " Pintu rumah aku buka. Wajah Amin yang tersenyum senyum membuat hati aku tak keruan. Fuh.. Tarik nafas.. Tahan!
" Nak apa? " Tanya aku. Mesti ada apa apa. Dia nak ajak aku bergaduh. Membunuh. Or..
" Jom pergi date!" Ajak Amin semangat. Senyumannya semakin lebar. Nafas yang aku tahan terlepas. Aku terbatuk batuk kecil.
" Kau demam ke apa? Kalau kau tak demam Maybe aku yang demam sekarang ni. " Waa.. Aku baru je cakap tadi semua ni normal. Tetiba lelaki ini ajak date. ni.. Abnormal!
" Apa pula.. Dah pergi siap. Aku pula akan duduk bersabar dan bertenang. " Amin menolak aku masuk kedalam rumah.
" Tap.. Tapi! Aku rasa tak sedap hati lah nak keluar hari ni.. " Aku menyatakan perasaan tak sedap hati aku.
" Hurm.. Tak pe lah. Aku bawak basikal je lah pi date. Jom basikal. " Amin menarik basikal aku dengan wajah sedih dibuat buat.
" Erk! Ha. Ye lah. Aku pergi siap kejap. " Amin berpatah balik masuk kedalam rumah aku dengan senyuman. Sempat dia berpesan untuk memakai baju berwarna putih.
" Kalau kau nak aku pakai baju putih. Tolong gosokkan tudung aku. " Tudung biru dicampakkan ke arah Amin.
" Baik Boss! "
✨❤✨
Kami berjalan jalan di taman. Aku perasaan yang orang yang berada di taman itu memakai baju putih. Hari ni hari apa sampai semua orang pakai baju putih ni? Baju putih sedunia?
" Kau ajak aku date. Tapi kau tak de buat benda sweet pon. " Aku bergumam tanpa sedar. Amin cuba menahan tawanya.
" Pft! Bukan selama ni aku dah sweet ke dengan kau? " Aku mencebik wajah.
" Bila? Tak ingat pon? " Aku buat buat tak ingat. Sengaja nak tengok lelaki itu berfikir. Handsomenya lahai..
" Aku masak untuk kau? Sweet lah tu. Sape je lelaki yang berani seperti aku untuk kene minyak panas? Lagi lagi untuk kau? Tiada! " Aku tak tahu ayat Amin ni sweet ke tak. Tapi tangan aku memang gatal nak tampar muka dia.
" Huh. Menyampah lah cakap ngan kau ni! " Aku berlari kehadapan meninggalkan Amin yang tercengang.
" Weh! Tunggu! Jangan pergi sensorang! " Jerit Amin.
Too late. Too bad. Aku tiba tiba sesat dikalangan orang ramai ni.
" Amin! " Panggil aku. Yang dipanggil tidak datang. Yang terasa dipanggil yang datang. Bangla bernama Amin itu tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada aku. Amin!!!
" Amin.. Weh.. Kau kat mana sia! Kalau aku jumpa kau memang aku nak kau hilang balik!! " Aku cuba keluar dari kawasan kerumunan orang ramai itu. Dah kenapa semua berkumpul macam ni! Tak de kerja ke??
" Eh? " Aku memandangannya.
" Eh? " Dia juga memandang aku.
" Ah?! " Dia menjerit
" Ah!!! " Aku pon menjerit.
" Hariz!! "
" Buat apa kat sini? " Tanya aku dengan perasaan lega. Jumpa juga dengan orang yang aku kenal.
" Berenang lah. Tak nampak ke kolam ni? " Aku tersenyum senget. Nak marah pon. Dia bukan Amin.
" Haha.. Ye lah. "
" Sweet tak kita? Baju putih. Sedondon. Orang kata jodoh" Aku tak dapat nak tahan ketawa aku.
" Aduh.. Hariz.. Semua orang yang datang semua pakai baju putih. Ingat Hariz. Kuota lelaki 4 je. " Aku dan Hariz ketawa dengan fakta aku. Ingat para lelaki.
" Datang sorang ke? " Tanya Hariz.
" Datang dengan Amin. Jiran. " Hariz mengajak aku berjalan jalan.
" Woi! Yah! " Tak jauh dari kami. Suara Amin memanggil.
" Jauhkan diri dari dia! " Sampai sahaja Amin dihadapan kami berdua. Amin menarik tangan aku dengan kuat. Aku mendecih sakit.
" Wo.. Relax bro.. Kami officemate. " Hariz menerangkan keadaan. Amin memandang Hariz tajam. Tak percaya akan lelaki itu.
" Kau! Aku dah cakap jangan jauh dari aku! Bahaya! " Aku kena marah dengan Amin macam Mak dikhalayak ramai. Orang ramai yang memerhati ada yang ketawa. Menggelengkan kepala dan ada yang merakam. Woi! Aku bunuh juga kang! Wait.. Tu orang tak takut. See you in the court!
" Ish.. Amin. Relax lah. Tak de ap-" Badan aku ditolak jatuh ke tanah dengan Amin diatas aku. Ni bahaya Weh!
" Memang tak de apa yang bahaya! " Amin terus menarik aku entah ke mana. Bunyi pistol membingitkan telinga aku.
" Kita nak pergi mana?? " Aku yang jarang bersenam tercungap-cungap. Amin masih menarik aku laju untuk mengikut langkahnya. Kaki panjang boleh lah!
" Balik! " Aku melihat kereta aku di hadapan. Tolong cepat sampai. Jangan jadi dalam drama. Masa masa ni nak jatuh. Please..
" Aw!!! "
" Alamakk.. Time macam ni lah kau nak jatuh! " Amin terus mendukung aku. Kereta yang tidak jauh aku membuka kunci dengan kunci kereta. Amin meletakkan aku. Selepas dia menutup pintu. Darah terpercik ditangkap kereta.
" Amin!! Jangan mati lagi!! " Aku menjerit. Aku mahu keluar namun kelibat Amin bangun masuk kedalam kereta. Kunci kereta menghidupkan kereta dan Amin memecut laju diatas jalan.
" K.. Kau okey?? " Tanya aku. Amin hanya memandu dengan sebelah tangan. Sebelahnya lagi menahan luka ditembak di bahunya.
Aku kalut. Kenapa aku tak belajar medic dulu?? Waktu koko PBSM aku tidur dalam tandas! Sekarang aku tak tahu nak buat apa dengan orang berdarah. Nak bagi pad??
" Hey.. Relax.. Aku okey. And aku tak mati lagi. Jangan nangis okey? I Love You " Time macam ni pon kau nak I Love you lagi? Tak reti nak mengucap ke?? Aku seketika lega. Dia tak mati lagi. Aku baru sahaja ingin menutup mata untuk bertenang aku perasan kereta semakin menyenget ke pembatas jalan. Hon kereta lain mula memekik.
" Yah!! Kau cakap kau tak mati lagi!! Bangun siot!!! Aku tak nak mati ngan kau!!! " Bahu Amin aku pukul. Cuba untuk menyedarkan Amin. Amin yang kembali sedar memberhentikan kereta.
" Ugh.. Sorry lah. Aku baru nak buat date yang sweet kat kau. Kau kan single tak laku. " Aku membulatkan mata. Kau mati je lah.
" H..a.. Ha.. Jangan.. Marah. Happy Birthday. "
Aku terkelu. Hari jadi aku? Kenapa mata Amin tertutup??
" Bangun Amin!!! Aku dah cakap jangan keluar hari ni!!"
Aku tak tahu apa nak buat.
Semuanya permulaan atau pengakhiran?
✨❤✨
Tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...