✨15✨

1.4K 111 0
                                    

Kosong.

Aku benci betul bangun dengan tak ingat apa apa. Syiling putih dalam bilik aku hanya direnung. Tak sedar sudah 3 jam aku macam tu.

Kerja!

Aku bangun duduk sebelum satu saat kemudian aku baring semula. Malas lah nak kerja hari ni.

Phone aku dicapai lalu dibuka memaparkan gambar aku dan Amin dalam baju graduasi. Gambar yang diambil ketika aku dan dia sama sama graduate.

Otak aku rasa serabut sangat semenjak pergi ke rumah keluarga angkat Amin. Aku tak tahu nak percaya pada siapa. Amin tak pandai menipu. Tapi aku rasa tertipu dengan kelakuan dia.

Hariz pula. Entah. Sama macam Amin pon ada.

Auntie Maya?

Sekali lagi aku bangun menuju ke beg bimbit aku. Kad yang pernah diberi oleh auntie Maya sudah aku jumpa.

Jari jemari aku pantas menaip nombor auntie Maya dan tanpa berlengah aku menelefonnya.

Selang beberapa detik talian bersambung.

" Hello? " Suara auntie Maya memulakan percakapan.

" Hello. Auntie Maya. Hana ni. " Sapa aku.

" Ah! Hana.. Call auntie ni nak jumpa ke? Auntie free je. " Aku baru sahaja ingin bertanya namun auntie Maya sudah tahu kenapa aku menelefonnya.

" Okey Auntie. Auntie bagi Hana location and lagi 2 jam kita jumpa? " Aku memberi kata putus. Terdengar bunyi kertas diselak sebelum kata okey diberikan. Talian terputus.

Aku mencapai tuala dan melangkah masuk kedalam bilik air untuk mandi.

Selesai mandi dan bersiap ala kadar kaki aku menuju kebawah. Memandangkan ada lagi sejam aku hanya menonton televisyen. Sehingga aku tersedar seseorang mengetuk pintu rumah. Siapa lagi kan?

" Kau nak... " Terkejut aku bila pagi pagi ni muka Hariz yang muncul dengan senyuman bahagia. Apa kes?

" Hai! Good morning everything!" Sapa Hariz ceria. Tangannya memegang plastik yang berisi bungkusan. Aku tak tahu apa dia.

" Er.. Hai? " Pelik ni. Tak cakap apa apa tup tup muncul depan rumah. Selalu ni perangai Amin je. Pelik lagi perasaan yang muncul dalam diri aku bila Amin tak muncul muncul.

" Tak nak Kasi.. Saya masuk ke? " Pinta Hariz. Aku terkebil kebil sebelum membenarkan Hariz masuk kedalam rumah aku.

" Wah.. Cantik lah rumah awak!" Puji Hariz dan aku tak sedar aku melepaskan nafas lega. Untung Hariz datang masa rumah aku bersih. Kalau tak.. Malu oi!

" Kenapa awak datang ni? " Tanya aku. Terluah juga perasaan pelik aku dengan kedatangan Hariz.

"Hehe.. Amin kirim kan Breakfast untuk awak. Dia cakap awak kena makan. " Wah.. Ni lagi pelik ni.. Punya lah sebelah rumah je. Sampai nak kena ada pengirim yang memang jauh dari rumah aku. Kejap. Sejak bila diorang berbaik ni? Kenapa Hariz tak tangkap Amin?

Tak terluah soalan aku.

" Makan jom!" Aku mengikut langkah Hariz. Amboi. Macam ni rumah dia pulak. Pinggan cawan. Semua dia ambik sendiri. Aku pula hanya berdiri tegak menggantikan tugas patung.

" Duduk lah. " Aku akur. Nasi lemak menarik selera aku dan menghilangkan segala persoalan dalam kepala aku.

Dengan lafaz Bismillah. Satu suap selamat masuk kedalam mulut aku. Dua suap. Tiga suap.

" Saya jumpa dia kat restoran tadi. Tak tahu pula Amin tu chef." Aku membuntangkan mata aku dengan mulut aku yang sedikit terbuka kerana penuh dengan nasi. Amin? Chef? What???

" Ha. Dia chef. " Balas aku. Kalau aku tanya dia balik nampak lah yang aku tak kenal si Amin tu. Walaupun kebenarannya aku mula rasa yang aku tak kenal Amin.

" Awak tak kerja ke hari ni? " Tanya Hariz sambil menguis nguis nasi lemak didalam pinggannya.

" Er.. Terbangun lambat. " Aku memberi alasan padahal yang sebenarnya aku malas nak pergi. Semua layan aku macam aku tak wujud je. Sedihnya hidup ini..

" Haha.. Untung lah company bapak punya kan... " Aku tercengang. Oh. Dia perli aku nampak.

" Eleh.. Yang awak tak pergi kerja kenapa? Balai tu bapak awak punya? " Balas aku balik. Hariz tergelak kemudian tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

" Saya tengah kerja lah ni. " Kata Hariz lalu nasi lemak disuap kedalam mulutnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Phone aku dipandang sekilas. Alamak! Aku terlupa nak jumpa auntie Maya!

Aku bangun terburu buru menuju ke pintu rumah. Eh! Hariz!

" Saya nak keluar ni. Awak tak nak balik ke? " Tanya aku. Mungkin terdengar kurang ajar atau seperti menghalaunya. Tetapi itu niat aku.

" Awak nak pergi mana?? Saya nak ikut boleh?? " Aku memandang Hariz dengan dahi berkerut.

" Fikir saya ni Mak awak ke merengek nak ikut ikut?? " Tanya aku namun mendapat balasan cebikan oleh Hariz.

" Ala.. Boleh lah.. Saya nak ikut awak.. " Hariz membuat suara sedih sekali dengan wajahnya. Seketika aku teringatkan Amin. Apa hal tetiba Hariz ni sebijik perangai dengan Amin ni? Sekali pandang nampak macam Amin pon ada. Aku tepuk pipi aku berkali kali. Hariz dan Amin orang yang berlainan.

" Tak boleh! Saya.. Saya nak pergi jauh! Maybe balik lambat. Nanti awak nak balik ke apa ke. Susah je nanti. " Alasan yang diberi nampaknya tidak memberi kesan kepada semangat Hariz untuk mengikut aku. Phone aku dijeling sekilas. Dah lambat ni..

" Awak pergi lah jauh mana! Balik pukul berapa pon! Tapi saya nak ikut! " Hariz tidak berputus asa. Aku akhirnya memecut meninggalkan Hariz didalam rumah ke kereta. Sebelum sesuatu menarik perhatian aku.

" Alamak!!! Time time ni lah kereta nak bocor!!!! " Aku menyepak tayar kereta kerana geram. Suara Hariz menambahkan geram aku.

" Need help? Or. Nak saya hantar kan? " Hariz mempamerkan senyuman kemenangan. Aku melepaskan keluhan pasrah.

✨❤✨

Suasana dalam kereta itu bingit dengan suara Hariz menyanyi dalam kereta. Aku pula diam membisu dalam kereta kerana aku masih tidak puas hati.

Hariz tiba tiba berhenti bernyanyi kerana phonenya berdering.

" Tuan? Ah! Baik tuan! " Hariz meletakkan phone lalu memandang aku. Aku dah faham dah.

" Awak berhenti je kat situ. " Aku menunjukkan restoran yang berada disebelah jalan yang kami lalui.

Hariz tanpa kata memberhentikan kereta. Aku dengan segera turun.

" Sorry. " Kata Hariz. Aku hanya mengangguk. Kereta Hariz menderum laju diatas jalan raya meninggalkan aku yang masih kesal.

Aku pandang restoran dihadapan aku. Aku minta auntie Maya jumpa kat sini je lah.

Aku memberikan location dan balasan auntie Maya meminta aku untuk menunggu kedatangannya. Aku duduk di meja sambil memerhatikan kawasan sekeliling. Dekorasinya sangat menarik perhatian aku.

" Weh? Kau buat apa kat sini? Mana Hariz? " Susuk tubuh berpakaian chef memandang aku dengan tajam. Wajahnya kelihatan tidak gembira dengan kehadiran aku sendirian. Aku meneguk liur. Larangan yang Amin pernah beritahu aku buat depan mata dia.

Bahaya.. I coming!

✨❤✨

tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now