✨13✨

1.4K 107 0
                                    

Hari terakhir di Paris aku habiskan masa berjalan jalan disekitar. Amin pula hanya ingin duduk didalam bilik.

Aku akhirnya duduk termenung dikerusi. Masih ada sesuatu yang aku rasa tidak kena. Macam tak masuk akal pon ada. Semuanya tak berkaitan dengan aku. Tapi kenapa semua orang ada kaitannya dengan aku?

Aku memicit pangkal hidung aku. Aku fikir pon dah macam tak betul.

Lelaki bertopeng tu. Cari aku. Mesti ada kaitannya. Kejadian tembak masa tu. Amin yang selamatkan aku. Maknanya memang ada orang yang cuba bunuh aku. Tapi kenapa?

Keluarga tu keluarga Amin. Mestilah semuanya patut berkaitan dengan Amin.

Arghh! Sakitnya kepala aku. Serabut!

Aku melamparkan mata aku kearah menara Eiffel. Aku pernah datang sini ke?

Aku memandang seorang wanita tua yang berjalan kearah aku. Wanita itu memberikan senyuman dan aku membalasnya sebelum reaksinya berubah kepada terkejut.

" Hana?? " Katanya dihadapan aku. Aku juga turut terkejut. Macam mana makcik ni tahu nama aku? Sebelum sempat aku bertanya badan aku sudah berada didalam pelukan nya. Bahu aku terasa basah.

" Auntie?? Why are you crying?" Tanya aku. Wanita itu melepaskan aku dan seraya mengelap air matanya.

" I'm sorry.. Hana kan?? Hana tak ingat auntie? Dah besar.. Hana tak hilang.. Auntie betul betul rindu Hana.. Hana pergi mana??" Aku termangu mangu. Aku dah lah tak kenal makcik ni. Tapi makcik ni kenal aku. Cakap aku hilang pulak tu.

" Er..? " Aku tak dapat berkata apa apa.

" Auntie betul betul ingat yang Hana dah mati kene culik. Tapi Hana hidup lagi.. Family Hana dah lama cari Hana. Cakap kat auntie. Siapa yang culik Hana??" Aku terkedu. Aku kena culik? Siapa yang culik aku? Aku tak ingat apa apa pon yang aku kena culik??

" Auntie.. Sorry.. Tapi saya tak kenal auntie.. Dan saya tak kena culik. Saya rasa auntie salah orang ni. " Aku berkata sopan. Wajah kecewa di wajah makcik itu membuat aku rasa bersalah.

" Hana tak ingat auntie? Auntie Maya? Ni auntie Maya. Hana kena culik masa umur 17 tahun. 10 tahun Hana hilang. " Otak aku tak dapat terima apa yang makcik ni katakan. Otak aku langsung tak menunjukkan apa apa yang menunjukkan aku berada dalam situasi itu. Tiba tiba datang seorang lelaki memanggil wanita ini. Aku ditinggalkan dengan satu lagi soalan yang menyesakkan lagi otak aku.

Phone aku bergetar ditangan aku.

Incoming call- Mamat complicated.

" Hello? " Sapa aku dahulu setelah talian bersambung.

" Kau kat mana? Balik sekarang aku nak bawak kau pergi satu tempat jap. " Suara Amin berbunyi melalui Phone aku.

" Ha? Nak pergi mana? Okey. Aku balik sekarang. " Aku mengangguk walaupun aku tahu Amin tak dapat melihat aku.

" Okey. Bye" Talian aku terputus. Dan aku berlalu pergi dengan mata aku masih memandang wanita yang bernama Maya itu.

✨❤✨

Aku dan Amin berada didalam kereta tanpa suara. Aku diam kerana masih otak aku masih berperang dengan soalan soalan yang bertimbun dalam otak aku. Mungkin wajah aku yang berkerut menarik perhatian Amin.

" Hey. Kau okey tak ni? Berkerut je. Nampak macam muka limau dah. " Amin bertanya dan sebelum aku memandang Amin. Aku menjeling dahulu cermin kereta.

" Aku.. Okey.. Entah lah. Tadi ada sorang pompuan ni cakap yang pelik pelik dekat aku. " Aku mula bercerita. Amin yang fokus memandu kereta sesekali memandang aku.

" Perempuan? Dia cakap apa? " Tanya Amin. Tertarik mahu mendengar cerita aku.

" Dia cakap.. Yang.. Aku pernah kena culik. " Amin tergelak kecil. Benda serius ni! Dia gelak pula!

" Kena culik? Haha.. Betul lah tu. Aku yang culik kau. " Kata Amin dan sekali lagi dia memandang aku lalu mengenyit kan mata kirinya. Lengannya aku tampar. Geram aku!

" Aw.. Sakit.. " Amin memuncungkan bibirnya. Eleh. Perlahan je aku pukul tadi. Suka sangat berdrama.

" Dia salah orang tu. " Komen Amin. Aku mengangguk menyokong kata kata Amin.

" Min.. Kita nak pergi mana? " Tanya aku. Mula mula tadi pon aku dah tanya. Namun Amin memilih untuk tidak menjawap soalan aku. Jadi aku bertanya sekali lagi.

" Kita pergi.. Kawin lari. " Jawap Amin dengan senyuman nakal. Lengannya menjadi mangsa tamparan aku sekali lagi.

" Aw!! Okey okey. Kita pergi jumpa family angkat aku. Dia tinggal kat sini. " Terang Amin. Aku mengangguk faham.

" Kenapa kita nak jumpa family angkat kau? " Tanya aku lagi. Amin menarik nafas. Wajahnya serius. Setelah lama. Baru dia berkata.

" Mintak restu kawin. " Amin ketawa kerana baginya lucu melihat wajah aku yang dalam kemarahan. Kalau aku ikut kan hati aku memang nak patahkan tangan dia. Tapi nanti tak sampai lah pula. Jadi aku memilih untuk berdiam diri dari Amin makin kuat mengusik aku.

Perjalanan yang memakan masa 30 minit itu akhirnya sampai ke destinasi. Rumah banglo besar itu aku pandang tanpa berkelip.

Kemudian aku memandang ada 5 orang yang menanti dimuka pintu. Amin mengajak aku keluar. Tetapi aku dihambat dengan satu rasa.

Rindu.

Macam aku berjumpa dengan keluarga aku telah lama terpisah. Tapi aku tak dapat mengingati wajah keluarga aku sendiri. Aku hanya ingat nama. Wajah pula hanya kabur dalam ingatan aku. Aku masih tak bergerak maka Amin yang bukakan pintu kereta untuk aku.

" Nak aku dukung. Princess? " Aku dengan bingkas keluar dari kereta. Berjalan dengan perlahan dibelakang Amin. Langkah aku seolah diikat sekali dengan batu batu berat. Memperlahankan lagi langkah aku.

Wajah yang menanti dimuka pintu semakin lama semakin jelas namun buat aku semakin kabur kerana air mata aku sendiri.

Perasaan ingin menangis menghimpit jiwa raga aku. Aku ingin berlari dan memeluk insan insan tersebut.

Kenapa dengan aku?

Aku tak kenal mereka tetapi aku ada perasaan macam ni.

" Papa. " Tak aku sedar yang aku sudah berada dihadapan orang orang tersebut dan melihat amin sudah memeluk lelaki berambut putih itu. Amin mengarahkan aku bersalaman dengan beberapa wanita disitu. Aku dipeluk erat. Wajah wanita itu aku pandang sekejap kerana mata aku sekali lagi bertakung.

Perasaan Rindu akan ibu bapa. Itu yang aku rasa sekarang. Sakit dikepala aku sekali lagi datang menyerang dan apa yang aku sedar aku berada dipelukan Amin. Kemudian. Gelap.

✨❤✨

Tbc..

Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔Where stories live. Discover now