Perlahan lahan mata aku terbuka untuk menyesuaikan keadaan aku yang berada dalam bilik gelap.
Bersendirian.
Berseorangan.
Mata aku masih berpinar dan aku rasa wajah aku sedikit sembab kerana menangis dengan teruk sebelum aku tertidur.
Aku mengheret diri aku ke sudut bilik kerana aku tak mampu nak berdiri. Aku rasa lemah. Aku lapar.
Aku sendiri tak tahu sekarang pukul berapa. Malam ke pagi. Badan aku yang masih berbalut pakaian yang sama aku hidu. Aku nak mandi. Bilik ini panas dan gelap. Aku takut..
Aku tak sangka lelaki itu serius dengan kata katanya. Mengingatkan hal itu perasaan menyesal semakin menggunung. Kalau tidak aku takkan berada dalam bilik ini. Dirantai dengan rantai besi. Rasa seperti dalam penjara.
Tiba tiba aku terlihat cahaya dihadapan aku. Tangan yang menjulur disebalik pintu aku pandang lama sebelum pintu tertutup dan dikunci.
Sekali lagi aku mengheret diri aku kearah pintu. Ada bekas dan botol air. Lampu suluh berada disebelahnya. Disebabkan perut aku sudah bermain muzik rock, bekas polystyrene itu aku buka dan serta merta nafsu makan aku naik melihatkan nasi ayam dengan bantuan lampu suluh.
Aku makan dengan gelojoh dan air sejuk aku teguk dengan rakus. Tenaga aku sudah diisi maka aku sudah berjaya untuk bangun berdiri memandang pintu sebelum aku menendangnya berkali kali.
" Keluar kan aku dari sini lah sial!!!!! Aku benci kau Amin!! Bila aku dah keluar nanti perkara pertama aku buat aku sepak kau sampai Marikh!!!! " Amarah aku tak terkawal. Wajahnya yang bermain difikiran aku semakin memarakkan kemarahan aku seolah menyimbah minyak petrol di api yang sudah marak.
" Arghhhh!!! Kau dengar ni Amin!!! Aku benci kau!!! Benci!!" Jerit aku frust. Tendangan aku juga sudah lama berhenti kerana sakit. Sia sia sahaja apa yang aku buat. Pintu kayu itu tak akan tercabut dengan tendangan aku walaupun aku ada black belt dalam Taekwando.
Black belt tu patut aku guna untuk cekik Amin sampai mati! Arghhhhhhhh!!
Kini tangan aku pula menumbuk pintu kayu itu. Sakit yang aku rasakan tak dihiraukan. Pintu kayu itu aku bayangkan wajah Amin. Aku tak sangka yang aku pernah cintakan erghhh!!
Tombol pintu dipulas. Segera aku berlari ke sudut bilik untuk menyorokkan badan aku dalam kegelapan. Perut aku mula sakit menandakan yang aku sudah kecut perut. Aku menarik nafas dan menahannya mengharap lelaki itu tidak tahu aku berada dimana.
Kini lelaki yang aku benci berdiri bercekak pinggang. Cahaya dibelakangnya membuat aku mengecilkan mata aku tanpa sedar kerana silau. Lelaki yang aku benci ini mula berkata kata.
" Kau pergi mandi. Dah makan kan? Pergi solat zohor. Kalau kau behave. Aku tak kurung kau dalam ni dah. " Arah Am.. Lelaki yang aku benci. Aku hanya berdiri kaku. Nafas di peparu mula menipis. Aku tetap menahannya.
" Tak payah nak tahan nafas tu lah. Aku nampak kau kat mana." Aku melepaskan nafas dan cepat menarik nafas mengisi semula peparu aku dengan oksigen. Lelaki yang aku benci berjalan dengan santai kearah aku lalu melutut apabila sudah sampai dihadapan aku. Aku dengan cepat berlari menuju ke pintu tetapi rantai bodoh ni halang aku!
" Tch.. Tch.. Nape comel sangat buat kerja bodoh ni? Tunggu lah aku bukak dulu.. Okey dear? " Kalau dulu aku akan blushing. Melting. Sekarang aku rasa nak jahit je mulut dia.
Lelaki yang aku benci mula melangkah merapati aku laku dengan cekap tangannya membuka rantai besi itu. Aku segera berlari keluar dengan perasaan yang aku sudah bebas! Aku fikir sudah bertahun dalam bilik tu. Rupanya baru 5 jam.
Bilik aku terus aku tuju. Aku nak mandi!
Aku berendam didalam tab mandi. Termenung sekejap dengan situasi aku sekarang ni. Kenapa Amin beria sangat nak lindungi aku ni? Sambil berfikir kening aku turut bertaut. Jarang aku fikir dalam dalam ni. Last aku fikir macam ni masa temuduga nak dapat kerja dulu.
Ah!! Dia takut kalau aku report polis pasal apa yang dia buat!!! Ohh.. Cerdik juga aku ni.
Tapi.. Aku tak tahan!! Semua macam tak logik. Sebab Hariz. Ah!! Entah entah Hariz tu bukan polis pon. Tapi menyamar jadi polis sebab nak cover perbuatan Amin. Sebab tu lelaki tu tak pernah kena tangkap. Ushh!! Cerdiknya aku!!
Aku tersenyum sambil mengangguk ngangguk kepala aku. Aku cepat cepat mandi sebab nak solat zohor.
Usai sahaja solat zohor. Aku hanya berteliku diatas sejadah. Aku teringat kata kata seorang ustaz yang memberi ceramah didalam radio.
" Barang siapa yang pernah melakukan dosa. Cepat cepat lah bertaubat dan minta ampun pada Allah SWT kerana Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang"
Kata kata ustaz itu seperti menumbuk numbuk diri aku. Sampai sekarang. Setiap kali aku teringatkan kata kata itu. Setiap kali itu juga aku rasa macam tu.
Pelik. Kenapa aku rasa macam tu. Aku pernah bunuh orang ke? Rasa bersalah sampai macam ni?
Erghh!!! Aku hentak kepala aku atas sejadah. Aku toleh kekiri aku. Kotak dibawah katil aku jeling. Kemudian aku bangun.
Kejap!
Kotak dibawah katil aku tarik. Aku tak pernah ingat yang aku pernah simpan apa apa bawah katil ni. Berhabuk. Dah lama sangat lah ni. Tangan aku tiba tiba menggeletar untuk membuka kotak tersebut tetapi hati aku memberontak ingin tahu.
Klik. Kotak itu aku buka. Mata aku membulat kerana terkejut. Aku menjerit kerana tiba tiba aku teringatkan kejadian yang aku yakin aku tak pernah laluinya.
" Kau tahu kan. Membunuh tu satu hobi. Aku rasa happy bila buat tu. Kau jangan lah halang. Kau patut support member kau ni! " Kata aku dengan senyuman sinis. Mata aku tajam menikam wajah Amin yang memandang aku dengan wajah tenangnya. Aku benci wajah macam tu. Buat aku tak tahu apa yang dia fikirkan.
" Aku bukan tak nak support member! Tapi apa yang kau buat ni salah! Kau kena sedar! Aku tak nak tolong kau lagi! " Amin berdiri ingin melangkah pergi. Perasaan bengang meluap dalam diri aku.
" Jangan ingat kau tak pernah buat apa yang aku buat Amin! " Jerit aku marah.
" Disebabkan aku nak jadi member yang baik untuk kau. Aku berhenti. Aku bertaubat. Aku tunggu masa semuanya terbongkar. Aku akan serah diri pada polis. " Amin meninggalkan aku dengan seribu persoalan.
" Amin!! "
"Hana!! " Bahu aku digoncang. Aku baru tersedar. Tangan yang memegang bahu aku ditolak kasar. Wajah beku aku tayangkan.
" I'm sorry.. Harap kau faham. " Aku tak beri perhatian. Sekali lagi mimpi atau.. Ingatan aku? Aku tak ingat aku buat benda tu semua. Aku yakin! Wajah Amin yang memandang aku risau juga aku tak hiraukan. Sedar sahaja aku sudah keluar dari bilik gelap itu. Amin hanya mengurung aku selama 2 jam.
Aku tidak berkata apa apa. Aku masuk kedalam bilik aku untuk memastikan sesuatu.
Mata aku tetap memandang katil aku. Kaki aku tak terima arahan dari otak aku untuk melutut. Kaki aku keras. Jantung aku berdegup tak normal bila teringatkan bayangan aku nampak.
Lutut aku tumbuk kuat lalu aku sudah melutut. Mata aku perlahan untuk memandang apa yang ada dibawah katil aku. Sebelum mata aku terbuka luas. Jantung aku berdegup kencang.
Ada kotak.
✨❤✨
tbc..
YOU ARE READING
Part I :Dia, Lelaki Complicated! ✔
ActionTolong. Aku tak kenal Mamat ni. Boleh sakit jiwa melayan dia ni. Tapi!! Aku sayang dia! help me. ✨✨ " kemeja or t shirt? " -Mamat complicated. " kemeja" -Aku. " Tapi aku nak pakai t shirt" -Mamat complicated. Kau boleh dengar aku mencarut kat M...