6 | Library

1.1K 191 21
                                    

Eunjae termenung. Masih terngiang di telinga tentang apa yang Seungmin katakan. Tak tahu mahu percaya atau tak.

Seungmin, walaupun dia nakal dan selalu bergaduh seperti The Prankster tapi Seungmin seorang yang bijak. Dia selalu dapat keputusan cemerlang. Dia juga rajin melepak dekat bilik kepimpinan. Dimana bilik itu adalah tempat utama budak-budak pandai luangkan masa mereka.

Jadi tak mustahil kalau Seungmin kenal Taehyung.

Pap!

Eunjae tersentak apabila Taehyung mengetuk mejanya. Dia terus memandang lelaki itu.

"Termenung apa? Dah habis baca? "Soal Taehyung.

Taehyung menyuruh dia membaca bab lima untuk subjek sejarah. Lepas Eunjae habis baca baru dia akan terangkan mana yang tak faham.

"Belum. "Balas Eunjae.

Taehyung memberi sedikit masa lagi pada Eunjae. Sementara menunggu, dia membelek buku di tangan.

"Lembap. "Bisik Taehyung perlahan

--

Eunjae memerhati Taehyung menanda buku latihan yang dia siapkan. Pandangannya dialih pula melihat wajah lelaki itu yang menunduk.

Dari rambut yang terjuntai di dahi, beralih pada kening yang tebal dan terukir cantik, alis mata, hidung mancungnya dan bibir merahnya. Rupa paras lelaki itu sangat sempurna.

"Seriously Eunjae? Daripada dua puluh soalan kau betul enam je? "Soal Taehyung.

Eunjae diam. Tak tahu nak bagi komen apa. Jujur, dia sangat lemah dalam mata pelajaran.

"Selalu ke dapat markah macam ni dalam peperiksaan? "Tanya Taehyung lagi.

Eunjae mengangguk.

Taehyung terdiam. Dia menyemak semula latihan yang dia tanda. Mungkin dia ada tersalah tapi nampaknya dia tanda dengan betul.

Taehyung menyengetkan kepala. Dia bersandar pada kerusi. Dalam hatinya sudah macam-macam dia mengutuk Eunjae.

Lembap sangat sampai enam markah sahaja dapat. Tak pernahlah dia jumpa orang seperti Eunjae. Tak hairan lah kalau orang lain gelar bodoh. Desis Taehyung dalam hati.

Taehyung duduk tegak. Tanpa diduga, Taehyung mengusap kepala Eunjae.

"Tak apa. Cuba lagi. Banyakkan ulangkaji sementara masa masih ada. I know you can do it. "Kata Taehyung.

Eunjae terkejut. Dia terus menepis tangan Taehyung. Mukanya terus rasa panas dengan tindakan Taehyung itu.

"Apa kau ni? Ingat aku budak kecil ke? "

Eunjae terus mengambil bagnya dan keluar dari perpustakaan. Dia tak marah macam yang Taehyung sangka, dia cuma malu.

Tak pernah lelaki selain abangnya mengusap kepala Eunjae.

--
Tbc.
Taehyung dlm ni hipokrit okay

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now