Taehyung pulang ke rumah Puan Miseon. Dia duduk diruang tamu, televisyen dibuka. Sekejap sahaja melihat televisyen sebelum tumpuannya hilang memikirkan Eunjae.
Hampir sebulan mereka tak bertemu, langsung tak ada khabar berita dari Eunjae. Semua mesej dan telefon Eunjae tak jawab. Setiap kali dia nak jumpa Eunjae, gadis itu tak ada di kafe. Nak jumpa di rumah Seokjin? Dia tak berani.
"Tae. "Puan Miseon masuk ke dalam rumah. Dia menghampiri Taehyung lalu duduk disebelah anak bujangnya itu.
"Ini ada surat untuk kamu. "Kata Puan Miseon. Sepucuk surat itu diberi pada Taehyung.
Taehyung membuka surat itu. Isi surat itu dibaca dengan teliti. Tak lama, dia terus tersenyum lebar. Hatinya terasa sangat gembira.
"Eomma Tae diterima untuk sambung master dekat Zurich! "Kata Taehyung dengan teruja.
"Ha baguslah tu. Cepat kamu belajar, cepatlah nanti kamu dapat kahwin dengan Eunjae. "Ujar Puan Miseon.
Taehyung terdiam. Bagaimana kalau perbuatannya buatkan Eunjae mengandung? Dia perlu pilih untuk terus tinggal di sini atau pergi ke Zurich dan tinggalkan Eunjae. Tapi paling penting, dapatkah Eunjae terimanya lagi?
--
Eunjae berlari ke sinki dapur apabila tekaknya terasa loya dan mual. Dia terus memuntahkan isi perutnya. Jieun mengurut belakang leher Eunjae perlahan.
"Dah rasa lega sikit? "Soal Jieun.
Tak sempat Eunjae menjawab, dia muntah sekali lagi. Mulutnya dikumur-kumur. Badannya terasa sangat lemah.
"Pergi klinik jom. Dah seminggu ni asyik muntah-muntah je. Oppa rasa Eunjae keracunan makanan ni. "Kata Namjoon.
Kesian dia lihat Eunjae. Seminggu demam teruk. Asyik muntah pula tu. Terseksa dia tengok Eunjae tak bermaya sepanjang hari.
Eunjae mengeleng kepala. Dia paling liat nak pergi klinik. Tapi ada lagi satu perkara yang buatkan dia takut untuk pergi ke klinik.
"Eunjae nak pergi farmasi je. "Kata Eunjae. Dia mula mencapai sweater.
"Oppa bawa Eunjae. "Kata Seokjin.
"Eunjae nak pergi sendiri. "Eunjae terus keluar dari rumah. Enjin kereta dihidupkan sebelum dia memandu ke farmasi.
Perasaannya sekarang ini takut dan risau. Dia takut andai semua muntah dan demam yang dia alami adalah kerana dia mengandung. Dia pergi farmasi bukan untuk beli ubat demam sebaliknya dia mahu beli pregnancy kit.
Eunjae masuk ke dalam farmasi. Dia berdiri dibahagian kaunter.
"Em pregnancy kit ada? "Soal Eunjae pada pekerja di farmasi itu. Selepas dia membeli, dia masuk ke dalam kereta lalu memandu pulang ke rumah.
--
Ketika mereka bertiga bersantai di ruang tamu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi kaca pecah. Semua terkejut, hanya Eunjae yang tak ada bersama mereka. Mereka terus berlari ke bilik Eunjae.
Seokjin menolak pintu bilik Eunjae. Dia terkejut melihat bilik Eunjae berselerak tapi Eunjae tiada. Seokjin pergi ke tandas. Lantai tandas juga sudah bersepah dengan produk kecantikan yang berterabur diatas lantai dengan cermin yang sudah pecah.
"Eunjae kenapa ni? "Jieun menghampiri Eunjae yang memeluk lutut ditepi bathtub.
Eunjae tak menjawab sebaliknya dia terus menangis. Mukanya disembam pada lutut. Risau mereka melihat Eunjae.
Seokjin ternampak pregnancy kit di dalam sinki. Dia terus mengambil kit itu. Dua garis biru kelihatan. Seokjin terus memandang Eunjae tajam. Bukan dia tak tahu dua garis itu bermakna positif. Bukan sahaja ada satu malah lima pregnancy kit di dalam sinki. Hasilnya semua positif.
"Apa ni? Bagitahu oppa apa yang dah jadi?! "Seokjin menengking. Dia menarik Eunjae bangun. Memaksa Eunjae untuk menjawab.
"Jawab Eunjae! "Suara Seokjin makin meninggi.
"Taehyung rogol Eunjae. "Balas Eunjae.
Semua terkejut mendengar kata-kata Eunjae. Kemarahan Seokjin makin meluap. Seokjin mencampak pregnancy kit itu.
"Kenapa Eunjae tak bagitahu oppa?! Kenapa pendam seorang diri?! Taehyung tak guna! "Seokjin terus keluar dari bilik Eunjae.
"Hyung! Nak pergi mana tu? "Soal Namjoon. Dia mengejar langkah Seokjin.
"Aku nak jumpa Taehyung. Dia dah melampau Namjoon. "Kata Seokjin. Kunci kereta diambil. Tak sempat Namjoon menahan, Seokjin sudah keluar dari rumah.
Seokjin memandu laju ke rumah Taehyung. Sepanjang perjalanan dia tak henti menyalahkan dirinya.
Macam mana dia boleh tak perasan selama ini Eunjae ada masalah? Bagaimana dia boleh tak sedar mood Eunjae selalu tak menentu disebabkan hal ini? Eunjae sakit sebab dia mengandung. Dia kecewa dengan diri sendiri kerana tak sedar Eunjae sedang menderita. Dia abang yang teruk!
Seokjin memukul stereng kereta dengan kuat. Dia rasa sangat marah dan kecewa.
Sampai dihadapan rumah keluarga Taehyung. Seokjin turun dari kereta lalu menutup pintu dengan kuat. Dia berlari anak masuk ke dalam perkarangan rumah agam itu. Seokjin mengetuk pintu rumah berkali-kali.
Pintu terbuka, kebetulan wajah Taehyung menyapa pandangan Seokjin. Tanpa amaran Seokjin menumbuk muka Taehyung dengan kuat sehingga Taehyung jatuh terbaring.
"Seokjin apa kamu buat ni? "Puan Miseon yang melihat itu terkejut. Dia menghampiri mereka berdua.
Puan Miseon terjerit kecil apabila Seokjin menerpa Taehyung dan menumbuk muka Taehyung berkali-kali.
"Apa kau buat ha?! Kau musnahkan kepercayaan aku pada kau. Kau rogol Eunjae! Kau rogol adik aku! Kau tahu tak dia mengandung anak kau sekarang?! "Tengking Seokjin.
"Argh! "Seokjin menjerit kerana geram. Dia terus melepaskan Taehyung. Kalau ikutkan dia nak pukul Taehyung sampai Taehyung lembik. Tapi dia menahan dirinya. Kalau mati sia-sia dia masuk penjara.
Taehyung mahupun Puan Miseon terkejut. Taehyung bangun perlahan-lahan. Sumpah, Seokjin tumbuk dia kuat sangat. Muka dia teras sakit.
"Betul ke apa Seokjin cakapkan tu Taehyung? Kamu rogol Eunjae? Jawab soalan eomma! "Puan Miseon mendesak Taehyung. Dia memandang anak mata lelaki itu.
"Betul eomma. Tae yang buat. Tae yang rogol Eunjae. "
Pap!
Puan Miseon menampar pipi Taehyung. Dia sangat-sangat terkejut dengan pengakuan Taehyung.
"Eomma tak sangka Tae buat eomma macam ni? Apa yang kamu fikirkan? Eomma tak pernah ajar kamu buat jahat Tae! "Puan Miseon marah.
Taehyung menunduk. Dia tak berani mahu pandang Seokjin dan Puan Miseon.
"Aku tak kira. Aku nak kau kahwin dengan adik aku. "
--
Tbc.
Nah double update
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -