Eunjae membilas mukanya dengan air. Wajahnya ditatap pada cermin tandas. Hujung bibir pecah. Tulang pipinya terdapat luka kecil. Dahi dia terluka sehingga ada darah mengalir. Tepi matanya ada kesan lebam yang tak berapa ketara.
"Hodohnya. "Kata Eunjae sendirian. Eunjae berdesis apabila terasa pedih ketika mencuci darah di dahinya.
Entah kenapa Eunjae rasa mahu menangis. Dia tiba-tiba rasa rindu dengan ibu dan bapanya. Dia rindu dengan abang-abangnya. Dia rasa sesuatu yang menyesakkan didadanya. Sesuatu yang sukar untuk digambarkan.
Terasa diri dibenci semua orang. Kata-kata benci dari cikgu dan ingatannya pada lontaran keji yang keluarga ibunya berikan. Bercampur aduk diminda.
Hidupnya hanya untuk menyusahkan orang lain.
Air mata yang hampir mengalir di pipi dikesat. Dia tak suka menangis. Eunjae membilas mukanya lagi sebelum pili air ditutup.
Dia berjalan keluar dari tandas namun langkahnya terhenti apabila tiba-tiba sahaja ada tangan yang menghulur air tin sejuk padanya.
"Kau buat apa dekat sini Jungkook? "Soal Eunjae.
"Emm tunggu kau? "
Eunjae memandang air tin yang dipegang Jungkook. Dia mengambil air tin itu.
Jungkook mengikut Eunjae. Dia memerhati wajah Eunjae. Tak sangka Eunjae punya ganas sampai tahap ni. Bukan dia tak nampak Eunjae belasah budak lelaki yang dia tak kenal itu. Tercenggang juga dia melihat tenaga Eunjae yang mampu tumbangkan lelaki itu. Sekejap je kejadian itu sudah tersebar satu sekolah.
"Tak payahlah pandang aku. "Kata Eunjae kasar. Tangan diangkat menutup mukanya.
"Kenapa? Muka kau cantik je untuk dipandang. "Kata Jungkook dalam pujian.
"Cantik apa, dah lebam-lebam macam ni. "Kata Eunjae perlahan. Dia terus berjalan meninggalkan Jungkook yang tercegat dekat situ.
Air yang diberi Jungkook, dibuka. Dia terus meneguk air itu. Rasa segar sikit tekaknya. Leka minum, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila terlihat dua orang yang berdiri tegak sedang memandangnya.
Kim Taehyung dan budak perempuan rambut pendek itu. Eunjae pandang nametag pelajar perempuan itu.
Park Jihyo.
"Eunjae. "Jungkook menghampiri Eunjae. Penat dia kejar gadis itu. Tapi dia juga berhenti apabila nampak Eunjae terkaku disitu.
"Oh. "Terlepas ayat itu dari bibir Jungkook.
Eunjae tersedar. Dia terus menutup wajahnya dengan rambut. Cepat-cepat dia berpusing dan lari dari situ. Dia malu apabila Taehyung nampak wajahnya seperti itu.
Jungkook memandang Eunjae dan Taehyung silih berganti sebelum dia berlalu meninggalkan Taehyung.
"Eunjae! Eunjae! "Jungkook mengejar Eunjae.
Gadis itu berhenti apabila dia penat berlari. Eunjae melihat kebelakang. Dia mengeluh nafas lega bila Taehyung sudah tidak kelihatan lagi. Yang ada hanya Jungkook.
"Yah kenapa kau lari? "Soal Jungkook. Termengah-mengah dia. Boleh tahan laju Eunjae lari.
Eunjae tak menjawab. Masih dalam mood lega.
"Kau suka Taehyung kan? "Teka Jungkook. Terus Eunjae memandang Jungkook.
"Mana ada! "
--
Taehyung tiba awal dari waktu biasa, dia mengambil tempat disebelah tingkap perpustakaan. Kawasan itu agak tersorok dari orang lain. Taehyung menongkat dagu memandang ke luar.
Banyak benda yang dia fikir sekarang ini. Tawaran seseorang padanya.
Tiba-tiba kerusi di hadapannya ditarik. Taehyung terus menoleh. Eunjae duduk tanpa memandangnya. Dia melihat Eunjae yang memakai face mask. Walaupun dia pakai face mask, dia boleh nampak lebam di tepi mata Eunjae dan dahi Eunjae yang terdapat kesan darah yang sudah beku.
"Kau dah rawat luka dekat muka kau tu? "Soal Taehyung. Dia memerhati Eunjae. Dia tahu yang Eunjae bergaduh pagi tadi. Dia juga nampak Eunjae kena pukul.
"Nah aku dah siapkan latihan yang kau suruh. "Eunjae menghulur latihan itu pada Taehyung. Soalan Taehyung tadi dia abaikan.
Taehyung mengeluh apabila Eunjae mengabaikan soalannya.
"Tunggu sini kejap. "Kata Taehyung. Dia bangun dan keluar dari perpustakaan meninggalkan Eunjae dengan tanda tanya.
Beberapa minit menunggu, Taehyung tiba semula dengan tangannya terdapat first aid kit. Eunjae terkejut apabila Taehyung duduk disebelahnya.
"Kau buat apa ni? "Soal Eunjae. Dia terus menolak kerusinya ke belakang untuk menjarakkan dirinya dengan Taehyung.
"Duduk diam. Aku tolong bersihkan luka kau. "Kata Taehyung. Tangan kanannya menarik kerusi Eunjae supaya dekat dengannya manakala tangan kiri mencabut face mask yang dipakai oleh Eunjae.
Taehyung membuka kotak itu. Dia mencalit krim pada putik kapas.
"Tak payah. Aku boleh buat sendiri balik nanti. "Kata Eunjae. Dia mengeleng kepala laju. Gila, dia jadi tak tentu arah bila terlalu dekat dengan Taehyung.
"Cuba jangan degil. "Tangan Taehyung memaut leher Eunjae. Terus terdiam gadis itu.
Taehyung mendekatkan mukanya. Mata dia memerhati luka dan lebam di wajah Eunjae. Ngilu dia melihatnya. Dia tak faham bagaimana Eunjae boleh tahan.
Taehyung mula menyapu krim pada dahi Eunjae dengan perlahan. Selepas itu, dia menampal plaster pada dahi Eunjae.
"Balik nanti kau tuam lebam tepi mata dengan ais. "Kata Taehyung.
Eunjae tak menjawab. Jantungnya jadi tak tentu arah dengan keadaan mereka yang sekarang. Dia malu bila Taehyung terlalu rapat. Matanya langsung tak dapat memandang lelaki itu.
Taehyung melihat pula luka dihujung bibir Eunjae. Dia menyapu krim disitu. Eunjae menahan ngilu dan sakit.
Tapi pergerakan Taehyung jadi perlahan apabila terpandang bibir gadis itu. Apatah lagi bila bibir merah Eunjae sedikit terbuka seperti sedang memanggilnya.
Taehyung menelan air liur. Tangannya berhenti dari menyapu krim.
"Dah ke? "Soal Eunjae.
Taehyung tak menjawab. Matanya masih fokus pada pada bibir Eunjae yang bergerak menutur kata. Argh dia tak boleh tahan! Taehyung memegang kedua belah bahu Eunjae.
Chup!
Bibir Eunjae dicium. Sentuhan itu membuatkan Taehyung rasa sesuatu. Dia jadi berdebar.
Mata Eunjae membulat. Dia sangat terkejut dan terkedu dengan tindakan Taehyung. Jantung dia bagai mahu terkeluar dari badan. Dia yakin pipinya sudah merah tika itu.
Eunjae terus menolak Taehyung kuat sehingga ciuman itu terlepas. Dia memandang Taehyung tidak percaya.
"Kau gila ke? "Soal Eunjae. Dia terus mengambil bagnya dan pergi dari situ meninggalkan Taehyung yang terkaku.
Taehyung memegang bibirnya. Dia sendiri tidak percaya dengan tindakannya itu.
--
Tbc.
😏
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -