Puan Miseon dan Taehyung datang ke rumah Seokjin untuk berbincang mengenai perkahwinan Taehyung dan Eunjae. Semua berkumpul diruang tamu.
Taehyung dan Eunjae langsung tak memandang antara mereka. Eunjae terasa kosong dan Taehyung terlalu banyak perkara bermain difikirannya. Hanya mereka yang lebih tua berbincang.
Selepas mendapat kata sepakat, mereka akan berkahwin pada minggu hadapan. Eunjae tak ada rasa nak menyampuk perbualan mereka. Setuju tak dan membantah pun tidak. Jujur fikiran dan hatinya terasa sangat kosong.
Kebetulan sudah waktu malam, Seokjin mengajak Puan Miseon untuk makan malam bersama mereka. Eunjae meminta diri untuk keluar. Dia tak rasa lapar dan ingin berseorangan.
Eunjae duduk di kerusi yang terdapat di laman rumahnya. Merenung langit malam setiap kali dia rasa terbeban dengan pelbagai masalah.
Tiba-tiba terasa kerusi disebelahnya ditarik. Tak perlu lihat, dari bau perfume yang dipakai dia sudah agak itu Taehyung. Eunjae langsung tak menoleh.
"Aku rindu kau. "Kata Taehyung.
"Aku tahu kau marah dengan aku. Memang silap aku. Aku buat kau pregnant dalam situasi yang tak sesuai dan tanpa kerelaan kau. Aku cuma kecewa kau tak percayakan aku tapi aku tahu antara kau dan aku, kau lebih merana. Aku minta maaf. "Ucap Taehyung.
"Maaf kau tak boleh putarkan balik waktu. Maaf kau tak boleh mengubah keadaan kembali kepada asal. Aku maafkan kau tapi selepas dapat kemaafan hanya hati kau yang akan tenang tapi hati aku tak. Aku yang perlu tanggung benda ini. "Kata Eunjae.
Eunjae menoleh memandang Taehyung. Mungkin kerana tadi dia sibuk melayan perasaan sampai tak sedar wajah Taehyung penuh luka sebab dipukul oleh Seokjin.
Bangkit dari kerusi, Eunjae berjalan masuk ke dalam. Taehyung sangka Eunjae sudah meninggalkannya namun wanita itu datang semula dengan kotak first aid.
Tanpa berkata apa-apa, Eunjae mengeluarkan krim. Krim dicalit pada putik kapas sebelum disapu pada bahagian pipi Taehyung.
Automatik Taehyung tersenyum kecil, teringat pula memori dia membersihkan luka Eunjae ketika mereka masih sekolah.
Macam manalah dia tak sayang Eunjae. Walaupun marah, Eunjae tetap mengambil berat tentangnya. Sama macam Seokjin, selepas kemarahan Seokjin sedikit reda lelaki itu terus meminta maaf pada Taehyung kerana pukul terlalu kuat.
"Kalau kau lahirkan anak kita nanti, aku nak kau bagi nama dia Kim Jaehyung. Gambungan nama kau dan aku. "Kata Taehyung.
Tangan Eunjae berhenti dari membuat kerja. Matanya bertembung dengan Taehyung. Sekejap sahaja sebelum dia kembali menyapu krim.
"Aku dapat rasakan anak kita nanti mesti comel. Iyalah tengok siapa ibu bapa dia kan. "Taehyung bergurau.
Eunjae diam. Dia menampal plaster pada dahi Taehyung. Tanpa berkata apa-apa Eunjae masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Taehyung bersendirian.
Aku minta maaf Eunjae. Ungkap Taehyung di dalam hati.
--
Persiapan kahwin hanya mengambil masa seminggu. Baju kahwin, majlis dan jemputan semua diuruskan oleh Seokjin, Namjoon, Jieun dan Puan Miseon. Hanya menjemput kenalan yang terdekat sahaja. Majlis itu akan dibuat secara kecil-kecilan sahaja atas permintaan Eunjae sendiri.
Malam hari, Eunjae meminta Jieun untuk menemani dia tidur. Jadi Seokjin tidur seorang diri tanpa isteri buat pertama kali. Ceh.
"Mesti Eunjae nervous kan nak hadap hari esok? "Tanya Jieun apabila melihat Eunjae masih belum tidur. Mereka sama-sama baring di atas katil. Eunjae suka kakak ipar seperti Jieun yang sangat sporting.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfic| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -