Sebuah lori berhenti diluar pusat jagaan anak yatim. Puan Miseon yang melihat lori itu terus keluar dari rumah anak yatim itu. Dia menghampiri seorang lelaki yang keluar dari lori.
"Puan Miseon kan? "Soal lelaki itu.
"Ya saya. "Jawab Puan Miseon.
"Kami nak hantar beberapa katil dan almari. Dekat mana kami perlu letakkannya? "Soal lelaki itu lagi.
"Tapi kami tak ada oder katil dan almari. Awak salah tempat kut. "Kata Puan Miseon.
Puan Miseon memerhati beberapa orang lelaki sudah mengeluarkan katil dan almari dari lori.
"Oh lupa pula. Cik Eunjae suruh kami hantar semua katil dan almari ke sini. Puan jangan risau, bayaran semua sudah dibuat oleh Cik Eunjae. "Kata lelaki itu.
Puan Miseon terkejut. Dia tak sangka Eunjae yang mengirim semua barang itu. Baru sahaja minggu lepas, Eunjae bawa barang dapur. Hari ini, dia bagi katil dan almari pula. Macam tahu-tahu sahaja bilangan anak yatim di dalam rumah itu bertambah. Mereka baru rancang mahu beli baru.
Puan Miseon menyuruh mereka meletakkannya di dalam.
"Haih baiknya kamu Eunjae. "Kata Puan Miseon perlahan.
"Eomma! "Puan Miseon menoleh apabila anak bujangnya memanggil. Taehyung keluar dari rumah.
"Kenapa Tae? "
"Masa bila eomma oder semua barang-barang tu? Kenapa tak bagitahu Tae? "Soal Taehyung.
"Taklah. Ada bidadari ni baik hati bantu kita beli semua barang ni untuk anak yatim dekat sini. "Kata Puan Miseon.
"Ha? Bidadari mana pula eomma ni? Cuba cakap betul-betul. "Taehyung mengaru kepala.
Puan Miseon hanya tergelak melihat reaksi Taehyung.
"Budak perempuan yang eomma pernah cerita dekat Tae sebelum ini. Dia lah yang hantar semua barang ni. Ingat tak? "
Taehyung terdiam sekejap. Cuba mengingat. Puan Miseon pernah cerita ada seorang gadis dan seorang lelaki menolong dia.
"Oh. Baiknya dia. "Kata Taehyung.
"Baik kan. Tae tak nak berkenal dengan dia? "Tanya Puan Miseon dengan nada mengusik.
"Tak naklah. Tae tak berminat. Dalam hati ada orang lainlah eomma. "Ujar Taehyung.
"Eh. Kenapa eomma tak tahu? Siapa yang Tae suka tu? "
Taehyung hanya tersengih bila sedar dia terlepas cakap. Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam semula.
--
Eunjae menuruni tangga dengan perlahan. Hidungnya dari tadi terbau sesuatu yang sedap. Mesti Seokjin ada masak sesuatu. Baru sahaja Eunjae mahu ke dapur, loceng rumah berbunyi. Terus Eunjae berpatah balik. Dia membuka pintu rumah.
"Eh doktor! "Eunjae terkejut apabila melihat Jieun dihadapan pintu rumahnya.
"Jangan panggil doktor. Panggil unnie je. Hai Eunjae. "Jieun tersenyum manis pada Eunjae.
"Err okay. Masuklah. "Eunjae membuka pintu dengan lebih luas. Jieun membuka kasut lalu masuk ke dalam banglo tiga tingkat itu.
"Jieun. Awak dah sampai. "Eunjae dan Jieun sama-sama menoleh melihat Seokjin yang baru sahaja keluar dari dapur.
Jieun melambai kecil pada Seokjin dengan senyuman. Murah dengan senyuman betul.
Untuk seketika Eunjae baru sahaja tersedar akan sesuatu. Dia terus memandang Seokjin dengan senyuman tersirat. Seperti faham apa yang Eunjae cuba sampaikan, Seokjin terus buat tak tahu.
"Oh oppa dah bercinta dengan dia eh? Sebab tu oppa ajak dia datang sini. Kan? "Dia berbisik di telinga Seokjin. Eunjae mencucuk pinggang Seokjin banyak kali.
"Belumlah. Oppa baru kenal rapat dengan dia. Jangan fikir bukan-bukan. Oppa ajak dia datang makan sekali je. "Balas Seokjin.
Eunjae hanya mencebik. Dia terus mengajak Jieun ke ruang makan. Tak lama lagi dia bakal dapat kakak ipar, kena bersedia ni.
"Duduklah Jieun. "Kata Seokjin. Dia menarik kerusi untuk Jieun.
Eunjae menahan diri dari ketawa. Pertama kali dia nampak Seokjin bersweet dengan perempuan didepan matanya sendiri. Tak tahu kenapa, dia rasa kelakar.
"Makanlah. Ini semua oppa yang masak. "Kata Eunjae pada Jieun. Entah kenapa, dia ringan mulut bila berdepan dengan Jieun.
"Serius? Wah susah nak jumpa lelaki rajin masak. "Ujar Jieun. Dia merasa makanan yang dimasak oleh Seokjin.
"Sedapnya. Tak rugi siapa dapat awak nanti. "
Seokjin tersipu-sipu malu mendengar kata-kata Jieun.
"Unnie dengan oppa makanlah sama-sama ya. Eunjae ada kerja nak buat. Bye. "Eunjae terus bangun dan meninggalkan Jieun dan Seokjin berduaan.
Menyampah dia tengok Seokjin tiba-tiba jadi gedik. Malu-malu. Sopan. Haih nasiblah dia sayang Seokjin.
--
Tbc.
Ya i know part ni bosan & hambar namatey.
Btw nantikan godaan Kim Taehyung pada chapter ii akan dtg.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfic| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -