21 | Sorry

1.3K 191 92
                                    

Eunjae termenung di balkoni biliknya. Dia merenung langit malam. Selepas bergaduh dengan Taehyung, hatinya terasa kosong. Dia marah lelaki itu tapi susah untuk dia benci Taehyung walaupun kesalahan yang Taehyung lakukan membuatkan hatinya terguris.

"Eunjae. "Dia terus menoleh apabila namanya dipanggil.

Seokjin. Dia langsung tak sedar masa bila Seokjin masuk. Eunjae masuk ke dalam bilik semula.

"Lama termenung. Sampai oppa masuk pun tak sedar. Kenapa? Ada masalah ke? "Soal Seokjin. Dia duduk di tepi katil Eunjae.

"Taklah. "Eunjae mengeleng kepala. Dia mengambil tempat di sebelah Seokjin.

"Oppa datang ni sebab nak minta maaf dengan Eunjae. Mesti sakit pipi Eunjae. Oppa tak sengaja. Oppa terlalu ikut perasaan. Maafkan oppa? Oppa  janji tak buat lagi. "Ucap Seokjin.

"Eunjae dah maafkan oppa. Tapi oppa kena janji, oppa percaya dengan Eunjae. Kalau oppa ragu-ragu, tanya dulu dengan Eunjae. Janji? "Eunjae menghulur jari kelingkingnya.

Seokjin tersenyum. Dia mengangguk laju. Jari Eunjae disambut. Pinky promise.

"Cuma oppa nak pesan. Mungkin cikgu Kang salah faham dengan Eunjae. Tapi Eunjae, cikgu Kang tetap guru Eunjae. Seorang guru perlu kita hormati walau seteruk mana dia.  Hormat dia macam mana Eunjae hormat orang lain. Mungkin kali ni Eunjae terasa sangat dengan dia. Tapi cuba Eunjae fikir perasaan cikgu pula. Entah-entah dia pernah terasa dengan Eunjae juga sebab selama ni Eunjae selalu bergaduh. Lepastu dia pula yang kena uruskan. Mesti dia penat. Faham? "Ujar Seokjin dengan lembut.

Eunjae memandang Seokjin. Dia faham Seokjin tak sebelahkan mana-mana pihak pun. Seokjin kata benda yang betul.

"So oppa nak Eunjae jumpa cikgu. Minta maaf dengan dia juga. Mana tahu, dia tersentuh dengan maaf Eunjae. Ajak Chan dengan Seonghwa sekali. Korang bertiga paling banyak buat hal berbanding yang lain. "Kata Seokjin lagi.

"Okay. "Eunjae mengangguk.

Betul cakap Seokjin. Cikgu Kang tetap cikgunya. Seorang guru yang memberi ilmu pada dia.

--

Taehyung membawa langkah ke lobi sekolah. Ramai pelajar berkumpul di hadapan papan kenyataan yang terdapat di lobi sekolah. Mereka baru sahaja mendapat senarai keputusan peperiksaan.

Riuh rendah suara mereka bila melihat keputusan masing-masing. Ada yang gembira, ada yang kecewa.

Taehyung mencari namanya. Dia tersenyum bila namanya terdapat dalam senarai lima teratas.

"Itu Taehyung kan? Macam mana dia boleh nampak tenang lepas apa dia buat dekat Eunjae? "

"Tahu tak apa. Aku tak sangka dia buat macam tu. "

Taehyung memandang sekeliling. Ramai yang melihatnya sambil berbisik.

"Perangai dia tak ubah macam kumpulan Yojun. "

"Nakal-nakal Eunjae pun, dia tak pernah aniaya orang lain. "

Taehyung tersentap bila ramai mengata tentangnya. Dia segera beredar dari situ. Macam mana mereka boleh tahu? Ini mesti kerja Eunjae. Bisik Taehyung di dalam hati.

Dalam perjalanan ke kelas, Taehyung tersentak apabila ternampak Eunjae, Chan dan Seonghwa dalam perjalanan mahu ke lobi sekolah.

"Yah Eunjae. "Panggil Taehyung. Dia terus meluru ke arah Eunjae.

Mereka bertiga berhenti berjalan. Eunjae memandang Taehyung pelik. Apa lagi dia nak?

"Kau kan yang bagitahu orang, aku yang masukkan rokok dalam bag kau. Kau sengaja nak balas dendam dengan aku. "Tuduh Taehyung.

Chan terus menolak Taehyung.

"Kau merepek apa ni? Kau sendiri yang mengaku depan dia semalam. Ops silap depan semua orang semalam. Hilang ingatan ke? "Kata Chan.

"Entah. Dah aniaya orang lepastu buat-buat diri yang teraniaya. Jahat-jahat kitaorang pun, tak hipokrit macam kau. "Kata Seonghwa pula.

Taehyung terdiam. Ketika itu juga dia terfikir. Macam ini ke Eunjae rasa bila diri dikutuk orang lain? Macam ini kah rasanya bila orang mengata depan-depan? Rasa sakit itu, hanya dia sahaja tahu. Ini baru kali pertama buat dia tapi dia rasa sangat terhina. Apatah lagi nak dibandingkan dengan Eunjae yang sudah berkali-kali kena.

"Nasib baik Eunjae yang tumbuk kau. Kalau aku yang buat. Tak datang sekolah kau hari ni. "Ujar Chan.

"Dahlah jom Eunjae. "Ajak Seonghwa. Eunjae hanya menurut. Mereka meninggalkan Taehyung dengan pelbagai perasaan.

--

"Kaulah masuk. "

"Kaulah. Aku malu. "

"Eunjae, kau yang cadang. So kau kena masuk dulu. "

Eunjae hanya menjuling mata ke atas melihat mereka yang takut-takut itu. Eunjae terus menolak pintu bilik guru. Nasib baik, tak ramai guru dalam tu.

Mereka bertiga menghampiri cikgu Kang. Guru itu masih tak perasan mereka bertiga yang berada dibelakangnya. Eunjae tolak Seonghwa. Seonghwa tolak Chan. Chan tolak Eunjae. Masing-masing tak nak beralah.

"Kamu bertiga ni kenapa? "Soal cikgu Lee yang berada dihadapan tempat duduk cikgu Kang.

Cikgu Kang yang tersedar dengan teguran cikgu Lee itu terus menoleh ke belakang. Dia memandang Eunjae, Seonghwa dan Chan. Terus mereka berdiri tegak.

"Cikgu. Kami minta maaf sebab banyak susahkan cikgu. Saya minta maaf sebab kurang ajar dengan cikgu selama ini. Maafkan kami. "Kata Eunjae.

"Saya pun cikgu. Saya minta maaf sebab selalu buat salah dengan cikgu. Saya pernah prank cikgu. Maafkan kami. "Kata Chan.

"Saya juga cikgu. Saya minta maaf. Saya selalu bergaduh. Lawan cakap cikgu. Maafkan kami. "Kata Seonghwa.

Mereka bertiga terus menunduk hormat pada cikgu Kang. Ucapan maaf dari mereka buatkan cikgu Kang tersentak dan cikgu Lee tersenyum.

Cikgu Kang sedikit tergamam. Hatinya tiba-tiba tersentuh dengan permohonan maaf mereka. Dia rasa terharu kerana mereka rendahkan ego mereka untuk meminta maaf padanya walaupun dia turut melakukan banyak salah pada mereka.

"Sudah bangun. "Kata cikgu Kang apabila mereka masih menunduk hormat.

"Saya maafkan kamu. Tapi mula-mula saya nak minta maaf dengan Eunjae. Saya banyak kutuk kamu. Merendah-rendahkan kamu. Chan dan Seonghwa saya minta maaf juga sebab sentiasa pandang buruk pada kamu berdua. Saya minta maaf juga ya? "Ucap cikgu Kang.

"Eh tak apa cikgu. Saya tak ambil hati pun. Hehe. "Kata Chan.

Eunjae tersenyum. Terasa lega di hati apabila dia mendengar nasihat dari Seokjin. Betul lah, hatinya rasa sedikit tenang setelah meminta maaf.

"Oh tentang kes rokok tu. Kami dah cuba cek CCTV semalam tapi rakaman hari kejadian dah dibuang. Jadi kami tak dapat cari siapa yang buat. Saya minta maaf okay. "Kata cikgu Kang.

Mereka tersentak. Siapa yang buang rakaman tu?

--
Tbc.
Thanks for 1K votes❤

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now