15 | Trust

1.1K 197 57
                                    

Eunjae menjenguk ke dalam studio yang dikhaskan untuk ahli kelab taekwondo. Pintu yang diperbuat daripada kaca membolehkan dia melihat mereka yang berada di dalam.

Tiba-tiba dia terasa gementar. Tak tahu kenapa. Mungkin kerana dia tak mengenali sesiapa di situ.

"Kau buat apa dekat sini? "

Eunjae tersentak apabila dia terasa ada tangan yang cuba membuka pintu. Sekali gus membuatkan dia terperangkap antara pintu dan orang itu. Eunjae menoleh.

"Jungkook, kau.. "Tak sempat habiskan ayat, Jungkook membuka pintu dan menolak Eunjae masuk.

Hampir sahaja Eunjae mahu tersungkur. Nasib baik dia sempat berdiri tegak. Eunjae mengangkat kepala. Studio jadi sunyi seketika apabila mereka semua memandangnya.

"Eunjae kan? Cikgu Lee ada bagitahu kami, kau join pertandingan taekwondo. "Kata seorang lelaki.

"Oh. "Itu sahaja balasan Eunjae. Kekok punya pasal.

"By the way nama aku, Yunho. Aku presiden kelab taekwondo. "Yunho menghulurkan tangan mahu berjabat tangan dengan Eunjae.

Eunjae menunduk sikit badannya. Tangan Yunho disalam dengan hujung jarinya buatkan Jungkook tersengih. Comel!

"Jom. "Jungkook menarik lengan Eunjae untuk duduk bersamanya. Eunjae duduk bersila. Dua orang yang duduk di sebelahnya, menghadiahkan senyuman pada Eunjae. Eunjae membalas dengan menunduk hormat pada mereka.

"Kau masuk pertandingan juga ke? "Soal Eunjae dengan nada berbisik pada Jungkook.

Sebab mengikut apa yang cikgu Lee kata, hanya sepuluh orang yang akan sertai. Bila dikira-kira semula memang ada sepuluh orang dalam studio termasuk dia dan Jungkook.

"Aah. "Jungkook mengangguk.

"Aku tak tahu pun kau ahli kelab taekwondo. "Kata Eunjae.

"Eh sejak bila kau suka ambil tahu pasal aku? "Soal Jungkook dengan senyuman nakal.

Eunjae mencebik. Masa bila pula dia ambil tahu. Dia cuma tertanya sahaja. Berbeza. Kan?

--

Habis latihan taekwondo, Eunjae mengambil bagnya dan keluar dari studio. Hari pertama, tak ada yang menarik. Yunho hanya memberitahu mereka bertanding dalam kategori apa dan dia hanya buat senarai nama untuk pasangan berlatih. Selebihnya, mereka cuma berlatih.

Jungkook yang melihat Eunjae sudah keluar dari studio terus mengambil bag sekolahnya dan mengikut gadis itu.

"Eunjae. "Jungkook memanggil. Eunjae menoleh seketika sebelum dia memandang ke hadapan semula.

"Hebat juga kau lawan dengan Yunho tadi. "Puji Jungkook. Mana tidaknya, Eunjae tak sengaja tersepak kuat pada leher Yunho. Itu pun Yunho dah mengadu sakit.

"Mana ada biasa je. "Kata Eunjae.

Jungkook tersenyum. Rendah diri. Dia suka.

"Jungkook, aku nak tanya sesuatu boleh? "Soal Eunjae. Dia memandang Jungkook seketika.

"Apa dia? "

"Emm kalau lelaki kiss perempuan, maksudnya dia suka perempuan tu ke? "Tanya Eunjae. Sebenarnya dia segan tapi dia kuatkan juga hati mahu bertanya. Dia mahu tahu adakah perasaan di hati ini betul atau tidak.

"Pada pendapat aku lah, depends pada orang tu. Kadang-kadang lelaki tak boleh percaya. Boleh jadi dia kiss sebab dia suka atau dia saja permainkan perempuan tu. Cuba kau tengok dalam drama. Diaorang kiss tapi tak bermakna dia suka. Hanya lakonan semata. "Kata Jungkook.

Hati Eunjae berbelah bahagi. Betul apa kata Jungkook. Tapi adakah  Taehyung permainkan dia?

"Kenapa? Ada orang kiss kau ke? "

"Mana ada! Emm ada seorang kawan aku tanya. "Eunjae berdalih. Tak akan dia nak bagitahu Jungkook yang Taehyung mencium dia. Gila.

"Ouh. Aku dah tolong jawab soalan kau, so aku nak tanya kau soalan juga. Tapi terpulang kau nak cerita atau tak. Aku tak paksa. "Kata Jungkook.

Eunjae menjungkit kening.

"Pasal pagi tadi. Kau mimpi apa? Aku yakin itu bukan mimpi biasa. "Kata Jungkook.

"Kalau aku cerita dekat kau, aku boleh percaya dengan kau untuk simpan janji ni? "Soal Eunjae. Buat pertama kali dia memandang Jungkook lama.

"Itu terpulang pada kau. Kau percaya atau tidak pada aku, hanya kau yang boleh tentukan. Aku cuma dapat berjanji untuk tak ceritakan pada sesiapa. "Balas Jungkook.

Eunjae mengangguk. Ikutkan dia dengan Jungkook bukan rapat pun. Jungkook lebih rapat dengan Chan dan Seonghwa. Tapi entah kenapa dia terbuka hati mahu bercerita dengan Jungkook.

"Aku sebenarnya ada insomnia. Aku susah nak tidur malam. Bila dapat tidur pun tak lama dan bila aku tidur aku akan mimpi buruk. Sebab tu aku selalu tidur dekat sekolah. Mata aku tak boleh tahan. Ada benda tak baik jadi dalam hidup aku membuatkan aku ada insomnia. Ayah aku dia meninggal dunia sebab dilanggar lori kontena. Semua kerana nak selamatkan aku. Masa tu aku kecil lagi, aku jenis degil. Silap aku. Aku  main tak ingat dunia, sampai aku tak sedar yang ada lori kontena nak langgar aku. Ayah aku dia hero aku. Dia lari selamatkan aku tapi dia yang terkorban. "Cerita Eunjae.

Jungkook terdengar Eunjae melepaskan keluhan berat. Terus dia menepuk bahu Eunjae perlahan. Pasti sukar untuk dia ceritakan semua pengalaman pahit yang dia alami.

"Kisah aku tak habis sampai situ je. Ayah aku kena langgar depan mata kami sekeluarga. Kau bayangkanlah kalau manusia yang kecil kena langgar dengan lori kontena yang besar tu. Memang hancur fizikal. Sejak tu, keluarga aku mula bermasalah. Mungkin cinta ibu pada ayah aku terlalu tinggi sampai kematian dia sangat terkesan di hati.

Kematian ayah buatkan ibu aku mengalami kemurungan. Dia mula kurung diri dalam bilik. Tak nak makan dan minum. Asyik menangis meraung. Paling sedih dia tak nak tengok muka aku. Bagi dia akulah punya kematian ayah. Keluarga ibu juga benci dengan aku. Mereka kata akulah punca ibu jadi macam tu. Makcik aku kata, aku anak sial. Menyusahkan hidup mereka. "Eunjae berhenti seketika.

Eunjae menunduk kepalanya. Walaupun rambut panjang Eunjae menutupi sisi wajahnya, Jungkook masih dapat lihat gadis itu mengesat air matanya.

"Sampai satu hari, aku terlalu rindu dengan ibu. Walaupun dia benci aku, aku tetap nak jumpa dia. Aku rindu dia sangat sampai aku nak peluk dia. Tapi aku langsung tak jangka. Buka sahaja pintu bilik ibu, aku nampak ibu dah kaku tergantung di siling bilik. Tubuh dia kaku tapi mata dia pandang aku dengan penuh kebencian. Aku tak sangka ibu bunuh diri dia sendiri. Sejak tu, aku trauma. Setiap kali tidur aku akan mimpi tubuh ibu tergantung memandang aku. Aku akan mimpi tubuh ayah diseret lori.

Selepas urusan wasiat selesai, semua harta jatuh pada nama kami tiga beradik. Makcik terus halau kami keluar dari rumah dia. Nasib baik, makcik masih punya hati. Dia langsung tak minta harta ibu dan ayah dari kami. Abang akulah yang uruskan perniagaan ayah dan ibu. Tapi aku kecewa, kematian ibu buatkan makcik lagi bertambah benci dengan aku. Dia langsung tak nak jumpa aku. Aku menyesal. Kalau bukan sebab aku, mesti keluarga kami bahagia macam dulu. Sekarang aku hanya ada abang-abang aku untuk menumpang kasih. "

Tidak dapat tahan lagi, air mata Eunjae terus mengalir. Kalau dulu dia paling tak suka orang melihat dia menangis, tapi sekarang. Dia tak peduli kalau Jungkook lihat.

Jungkook terus menarik kepala Eunjae perlahan bersandar pada bahunya.

"Jangan cakap macam tu. Bukan salah kau. Ini takdir. Tak ada siapa boleh mengubah takdir. "Kata Jungkook. Tangan naik mengusap belakang kepala Eunjae.

Eunjae mengenggam baju Jungkook erat. Pertama kali dia menangis di bahu seorang lelaki yang bukan ahli keluarganya.

Tanpa sedar, Taehyung dari tadi memerhati mereka. Dia berselindung disebalik dinding. Dia dengar semua yang Eunjae ceritakan.

Dia tak pernah tahu, Eunjae hidup dalam ketakutan. Entah kenapa dia rasa kecewa kerana bukan dia yang berada di sisi Eunjae ketika gadis itu sedang bersedih.

--
Tbc.
Korang bacalh dgn penuh perasaan tau.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now