Eunjae mengikat rambutnya menjadi toncang satu. Stokin disarung pada kaki. Dia terus mengambil bag dan turun ke bawah.
"Eunjae, dah pukul lapan. Baru nak gerak? "
Baru sahaja dia mahu buka pintu rumah. Seokjin, abang sulungnya menegur.
Eunjae menoleh memandang Seokjin. Abangnya sedang sibuk mencuba memakai tali leher. Terkial-kial.
Gadis itu mengeluh. Dia terus menghampiri Seokjin. Tali leher dirampas lalu Eunjae memakaikan untuk Seokjin.
"Oppa ni dah berapa tahun kerja pejabat. Masih tak reti pakai tie lagi?
Beli je lah tie yang ada zip tu. Senang sikit. "Kata Eunjae. Dia menyudahkan ikatan terakhir.Seokjin mencebik. Tali leher ada zip tu, budak sekolah je pakai. Malu dia kalau pakai tali leher begitu. Seokjin mengucap terima kasih sebelum menyambung bebelannya.
"Sekolah dah start. Baru nak gerak? "
Seokjin menukar topik. Dia mencapai bag bimbitnya.
"Eunjae terbangun lambat. "Balas Eunjae.
"Ye lah tu. Setiap hari TERbangun lambat. Cuba jadi disiplin sikit. Ini tahun akhir Eunjae. Ciptalah kenangan yang indah. Macam oppa dulu, selalu jadi pelajar paling cemerlang. Cikgu suka. "Kata Seokjin.
Eunjae mengaru kepala. Mulalah Seokjin ni. Bila dia dah mula membebel, dia akan masuk topik lain pula. Tiba-tiba suruh cipta kenangan indah.
"Oppa membebel macam ni, lagilah buat Eunjae lambat. Sudahlah Eunjae nak pergi dulu. "Kata Eunjae.
"Eh sekejap. Ha Namjoon, tolong hantar Eunjae pergi sekolah. "Arah Seokjin apabila ternampak Namjoon sedang menuruni tangga.
"Alah hyung aku dah lambat nak pergi kolej lah. Kau ada kereta pergilah hantar dia. "Kata Namjoon.
Eunjae mengeleng kepala. Dia tak nak Seokjin hantar dia ke sekolah.
"Bukan aku tak nak hantar. Tapi Eunjae tak suka aku hantar. Dia tak nak orang nampak muka handsome aku ni. "Kata Seokjin.
Eunjae mencebik. Suka puji diri sendiri. Alasan dia tak nak Seokjin hantar bukan kerana itu.
"Iyalah. Jom Eunjae. "Namjoon menyarung jaket hitam ke badannya. Eunjae melambai pada Seokjin sebelum mengikut Namjoon.
Seokjin membalas lambaian Eunjae sambil mengeleng kepala.
"Nah. "Namjoon menyerahkan helmet hitam pada Eunjae. Selesai memakai helmet, Eunjae terus memanjat motor berkuasa tinggi itu.
Namjoon mula menghidupkan enjin motor. BMW H4 itu meluncur laju keluar dari kawasan perumahan.
Eunjae memeluk pinggang Namjoon erat. Ragu-ragu dia naik motor dengan Namjoon ni. Sudahlah baru dapat lesen semalam. Tapi bawa motor berlagak macam dah profesional.
"Oppa! Perlahanlah sikit. "Eunjae menjerit kerana bunyi angin yang kuat. Rasa nak tercabut jantung dia bila Namjoon lalu betul-betul sebelah lori trailer. Seram!
"Mana boleh. Eunjae dah lambat. Oppa pun dah lambat. "Balas Namjoon.
"Argh! "Eunjae menjerit lagi apabila motor yang dinaiki mereka hampir sahaja bergesel dengan sebuah kereta. Nasib baik Namjoon sempat elak.
Namjoon memulas gear lebih laju. Sumpah, Eunjae tak nak naik motor dengan Namjoon lagi. Menyesal dia setuju dengan idea Seokjin untuk menumpang Namjoon. Tak tahu macam mana Namjoon boleh lulus ambil lesen kalau bawa macam ni.
Namjoon membelok masuk ke kanan. Dia terus membawa masuk motor ke dalam kawasan sekolah.
"Slow lah oppa! Dalam kawasan sekolah ni! "Eunjae menepuk bahu Namjoon berkali-kali.
"Argh! Oppa! "
Mata Eunjae dan Namjoon membulat apabila ada seorang pelajar lelaki lalu dihadapan mereka. Pelajar lelaki itu juga bagai terkaku melihat motor yang ditunggang Namjoon sedang menghampirinya. Dia terus memejam mata rapat.
Skrtt!
Namjoon menekan brek mengejut sehingga terangkat bahagian belakang motor. Kepala Eunjae terhantuk pada kepala Namjoon. Motor itu berhenti betul-betul dihadapan pelajar lelaki itu.
Pelajar yang lalu lalang turut berhenti melihat mereka bertiga.Pelajar lelaki itu membuka matanya. Dia melepaskan nafas lega apabila dia selamat dari dilanggar.
Eunjae dan Namjoon terus turun dari motor. Helmet ditanggalkan.
Namjoon menghampiri pelajar lelaki itu.
"Bro kau okay ke? Sorry, aku betul-betul tak sengaja. Kalau kau cedera atau nak tuntut apa-apa kau cari adik aku ni. Aku ada hal ni. Nak cepat. Sekali lagi sorry bro. "Kata Namjoon. Dia menepuk bahu lelaki itu.
Ternganga Eunjae mendengar ayat Namjoon. Kenapa dia pula yang kena.
"Oppa. Oppa! "Tak sempat Eunjae mahu bercakap. Namjoon sudah meninggalkan berdua di situ. Dia baru nak bagi helmet tapi Namjoon dah pergi.
Eunjae memandang helmet ditangannya. Ah sudah dia nak kena usung helmet ni. Eunjae berdecit.
Eunjae memandang pelajar lelaki itu. Dia menilik atas bawah. Rasanya dia tak pernah nampak pelajar lelaki itu.
Tapi tak heranlah kalau dia tak pernah nampak sebab dia bukan jenis perhati orang."Pandang-pandang apa? Aku tahu aku kacak. "Kata pelajar lelaki itu.
Dahi Eunjae berkerut.
"Oh shit. Jijiklah gila. "Balas Eunjae. Dia menjeling pelajar lelaki itu sebelum pergi.
"Dia shitkan aku? Ceh! "
--
Eunjae menolak pintu kelas. Serentak semua pelajar memandangnya. Termasuk cikgu Lee.
"Baru sampai Eunjae? "Soal cikgu Lee memerli Eunjae.
"Maaf cikgu. "Ucap Eunjae.
"Dah masuk. "Arah cikgu Lee. Dia mengeleng kepala memandang Eunjae. Dia tak kisah kalau anak muridnya datang lambat, asalkan mereka tidak ponteng sekolah.
Eunjae duduk disebelah Chan. Bag digantung di tepi meja. Eunjae mengeluarkan bukunya.
"Awalnya kau sampai. "Kata Eunjae pada Chan.
"Saja nak cuci mata tengok crush awal-awal pagi. "Kata Chan.
Eunjae mencebik. Dia kembali memandang cikgu Lee yang sedang mengajar. Baru beberapa minit, pintu kelas mereka diketuk.
"Anyeonghaseyo cikgu. "Ucap seorang pelajar.
Eunjae memandang. Terkejut dia apabila melihat pelajar lelaki yang hampir dilanggar tadi. Apa dia buat dekat sini?
"Ya, kenapa? "Soal cikgu Lee.
"Saya Jeon Jungkook. Pelajar baru kelas ini. Maaf lambat. Tersesat tadi. "
--
Tbc.
Hai saja nak bagitau start chap ni dan akan dtg, aku akan tulis setiap chap jadi panjang. Harap korg tak kisah.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -