Eunjae duduk ditepi katil bersama Taehyung disebelahnya. Matanya memandang kaki kanan yang merah kerana terkena air panas tadi. Terkejut punya pasal sampai terlepas cawan dari tangan. Nasib baiklah Taehyung cepat-cepat suruh dia jirus dengan air sejuk dekat tandas.
"Sakit lagi ke? "Soal Taehyung membuatkan Eunjae tersedar dari lamunan.
"Tak. "Eunjae geleng kepala.
Apa dia nak buat dengan Taehyung sekarang? Berduaan dalam bilik ini, sumpah dia kekok. Nak bersembang macam dulu pun terasa lain. Ikutkan nak sahaja dia pandang Taehyung lama-lama. Rindu tahu tak?
Tapi itulah ego.
Taehyung memandang baju-baju yang Eunjae sudah lipat diatas katil. Ada separuh sudah dimasukkan ke dalam bag dan separuh lagi masih diatas katil.
"Hari ini kau dah boleh keluar dari hospital ke? "Tanya Taehyung.
"Dah. "Balas Eunjae sepatah.
"Baru ingat nak melawat. "Kata Taehyung sambil tangan bermain dengan jari sendiri.
Eunjae mencebik. Taehyung datang melawat je? Tak nak jaga dia sekali ke? Eunjae menjeling Taehyung di sebelah. Sampai bila nak duduk diam macam ni? Bosan tahu tak?
"Kalau tak ada apa. Kau baliklah. Mesti eomma kau rindu. "Kata Eunjae. Dia bangun dari katil lalu menyambung kemas.
Taehyung memegang tangan Eunjae membuatkan Eunjae berhenti dari mengemas.
"Aku nak tengok Jaehyung. "Pinta Taehyung.
--
Taehyung tersenyum lebar melihat Jaehyung dari luar bilik. Telefonnya dikeluarkan lalu gambar Jaehyung diambil berkali-kali. Gembira melihat darah dagingnya sendiri. Tak sabar mahu pegang Jaehyung.
"Comel. "Puji Taehyung dengan senyuman nampak gigi. Ingin sahaja dia cubit pipi itu.
"Bila baby boleh keluar? "Soal Taehyung.
"Aku tak tahu. Ini pun aku kena berpantang tanpa baby. Lepastu kena ulang-alik ke NICU. "Kata Eunjae. Matanya turut memandang Jaehyung.
Taehyung melihat Eunjae. Kesiannya Eunjae. Sudahlah kena berpantang selepas itu kena ulang-alik ke hospital setiap hari. Mesti penat.
Tiba-tiba telefon Eunjae berbunyi. Eunjae segera menjawab agar tidak membuat bising di situ. Selepas beberapa minit menjawab, Eunjae mematikan panggilan.
"Oklah aku balik dulu. Seokjin oppa dah sampai nak ambil aku. "Kata Eunjae. Dia berjalan meninggalkan Taehyung di belakang.
Sedih hatinya apabila Taehyung langsung tak bercakap tentang hubungan mereka. Tak minta maaf pada dia atau beri penjelasan kenapa lelaki itu lari dari majlis perkahwinana mereka.
"Eunjae. "Taehyung memanggil. Eunjae terus berhenti berjalan.
Eunjae memejam mata. Tolonglah cakap sesuatu tentang hubungan mereka. Tolonglah jangan buat dia berharap seorang diri.
Please.
"Hati-hati. "Kata Taehyung.
Cis!
--
Eunjae sudah siap untuk ke hospital dengan hanya sweetshirt dan skirt labuh. Nak pergi hospital buat apa nak melaram. Eunjae keluar dari rumah. Langkahnya terus terhenti apabila melihat Seokjin bersembang dengan Taehyung di luar rumah.
"Ha Eunjae sini. "Seokjin memanggil apabila melihat Eunjae berdiri tegak di depan pintu rumah.
"Oppa dengan Namjoon busy hari ini. So Eunjae, pergi dengan Taehyung tau. "Kata Seokjin.
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfic| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -