p/s : Dengar lagu dekat atas sambil baca. Kalau rajin fahamkan lirik dia.
--
Tepat jam sebelas malam, Seonghwa memberhentikan kereta yang dipandunya tidak jauh dari kawasan sekolah. Mereka memerhati dari jauh.
"Ada guard jagalah depan sekolah. Macam mana nak masuk? "Soal Chan yang duduk disebelah Seonghwa. Eunjae pula duduk di tempat duduk belakang.
"Kita panjat tembok belakanglah. Kalau tembok tepi ni, ada CCTV. Nanti kantoi. "Kata Seonghwa. Chan mengangguk setuju.
"Korang bolehlah panjat sebab tinggi aku. Aku ni pendek, mana lepas nak panjat tembok. "Eunjae bersuara.
"Alah nanti kitaorang tolong kau panjat. Jomlah. "Kata Seonghwa.
Mereka keluar dari kereta. Mereka segera berlari ke bahagian belakang sekolah. Nasib baik sekolah itu berada di kawasan perumahan, kalau belakang sekolah ialah hutan, memang tak berani mereka. Ingat gangster tak takut hantu.
Chan terus melompat memanjat tembok. Sekali cubaan, dia berjaya. Giliran Eunjae pula, Seonghwa membantu Eunjae memanjat. Payah kalau pendek, terkial-kial Eunjae nak panjat. Seonghwa terus menolak punggung Eunjae.
"Hoi! Apesal kau pegang punggung aku? Ini kes pencabulan. Aku bagitahu abang aku. "Marah Eunjae.
"Kepala otak kau. Tak ingin aku nak cabul kau. Naiklah cepat. Badan je keding tapi berat nak mampus. Kau makan apa? "Seonghwa memarahi Eunjae semula. Dia terus menolak Eunjae kuat.
Chan yang berada di bawah terus menarik tangan Eunjae.
"Argh! "Eunjae terus jatuh diatas tanah. Tak guna punya Chan, bukan nak bagi amaran, dia terus je tarik.
"Hehe sorry. "Chan tersengih melihat muka geram Eunjae.
Selepas semua selamat turun, mereka masuk ke dalam bangunan sekolah. Bilik kawalan berada di tingkat satu. Tangga di panjat satu persatu. Mereka memerhati sekeliling memastikan tiada pengawal yang lalu.
Memandangkan Seonghwa paling tinggi, lelaki itu memerhati ke dalam bilik kawalan melalui cermin kecil yang terdapat dipintu.
"Tak ada orang. "Kata Seonghwa.
Seonghwa memulas tombol pintu. Mereka masuk ke dalam bilik kawalan. Chan dan Seonghwa tercengang melihat banyak komputer yang memaparkan rakaman CCTV di pelbagai sudut.
Mata Eunjae memerhati setiap komputer. Fokus mencari, Eunjae jumpa CCTV di dalam kelasnya.
"Aku dah jumpa. Macam mana nak tengok balik rakaman yang lama? "Soal Eunjae.
"Biar aku buat. "Kata Seonghwa.
Eunjae memerhati sahaja gerak geri Seonghwa. Dia pun tak tahu apa yang lelaki itu buat. Kejap tekan itu, kejap tekan ini.
"Dah jumpa. "Ujar Seonghwa. Mereka bertiga sama-sama melihat rakaman CCTV itu.
Ketika itu, waktu sukan. Tiada siapa didalam kelas. Dalam satu minit menunggu, mereka lihat susuk tubuh seorang lelaki berjalan membelakangi kamera. Lelaki itu mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya dan cepat-cepat di masukkan ke dalam bag Eunjae. Lelaki itu berpusing mahu keluar dari kelas.
Mata Eunjae terus terbutang luas saat melihat lelaki itu ialah Taehyung. Hatinya terasa bagai ditikam. Luka yang baru sahaja sembuh, berdarah kembali. Dia rasa ditipu hidup-hidup.
"Weh, Taehyung?! "Chan memandang Eunjae.
Matanya terketar-ketar menahan perasaan. Marah. Sedih. Kecewa.
--
Eunjae laju melangkah ke kelas Taehyung. Kali ini dia yakin di mana kelas lelaki itu. Tak akan salah lagi. Perasaan marah membuak di dada Eunjae. Sebelum ini, Taehyung sebar berita buruk tentang dia pada orang lain, dia masih boleh terima dan sabar lagi. Tapi kali ini dia memang tak boleh tahan.
"Yah Kim Taehyung! "Eunjae menolak pintu kelas itu dengan kasar. Kuat bunyi hentakkan.
Semua pelajar di dalam kelas itu memandang Eunjae tidak puas hati. Eunjae terus menghampiri Taehyung.
Buk!
Eunjae menumbuk kuat pipi Taehyung sehingga lelaki itu tersungkur jatuh. Semua terkejut dengan tindakan Eunjae.
"Yah apa kau buat ni? "Marah Jihyo. Dia menolak Eunjae.
"Kau diam! Jangan masuk campur urusan aku! "Eunjae menengking. Dia menepis Jihyo membuatkan gadis itu takut. Pertama kali dia lihat Eunjae marah.
Taehyung bangun. Darah yang keluar dari hujung bibir dikesat dengan ibu jari. Pipi terasa sakit.
"Apa masalah kau hah?! "Marah Taehyung. Eunjae tak menjawab. Dia merenung Taehyung lama. Seperti Jihyo, Taehyung juga gerun melihat muka Eunjae yang kelihatan begitu marah.
Buk!
Eunjae menumbuk muka Taehyung lagi.
"Kau tanya aku apa masalah aku? Aku yang sepatutnya tanya soalan tu pada kau. Apa kau buat pada aku Taehyung? Kau tipu aku hidup-hidup. Kau permainkan perasaan aku. Kau aniaya aku! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?! "Suara Eunjae meninggi.
"Aku tak faham apa yang kau cakap ni? "Soal Taehyung. Mukanya berkerut.
"Berhenti berlakonlah Kim Taehyung. Kau pura-pura tanya aku okay, sedangkan kau yang sebarkan berita buruk tentang aku. Kau cium aku tapi sebenarnya kau sengaja permainkan perasaan aku. Kau letak rokok dalam bag aku, lepastu kau report dekat cikgu Kang seolah-olah aku yang buat. Kenapa keji sangat hati kau? "Eunjae menolak bahu Taehyung.
Taehyung terdiam. Rambutnya diraup ke belakang sebelum dia memandang Eunjae.
"Aku jujur okay? Memang aku benci kau. Dari dulu memang aku tak berkenan dengan kau. Aku terdengar perbualan kau dengan Soobin. Kau cakap kau lesbian. Apa salahnya aku kongsi dengan orang lain kan? Aku tahu tentang kau nak luah perasaan dekat aku. Hey dengar sini! Kau dengan aku lain tau. Kau tu bad girl. Bergaduh sana sini. Buat kecoh. Kau fikir aku suka dengan kau? Kau tak layak tau untuk aku. Aku tak suka perempuan kurang cerdik macam kau. Pasal rokok tu, aku terpaksa. Benda kecil lah Eunjae. Buatlah jahat banyak mana pun, cikgu Kang tak akan buang kau. Abang kau penyumbang utama sekolah ni, kau fikir cikgu nak buang kau? Gunalah kuasa abang kau untuk rasuah cikgu. Kau kan istimewa dekat sekolah ni. Kau nak bising apa? "Kata Taehyung. Dia memeluk tubuh memandang Eunjae.
"Aku tak sangka perangai kau macam ni. Aku tak sangka kau ada hati yang busuk. Aku tertanya. Apa salah aku pada kau? Aku pernah kacau kau? Aku pernah usik kau? Aku pernah sentuh kau? Tak pernah sekali Taehyung. Paling teruk, aku tak pernah kenal kau sebelum ni. Tapi kau cakap seolah-olah aku buat kesalahan paling besar dalam hidup kau. Teruskan hidup kau dengan sentiasa judge orang yang serba kekurangan daripada kau yang berkebolehan ni. Teruskan hidup macam ni. Dengar sini, aku akan pergi jauh dari kau. Semoga kau bahagia. "Kata Eunjae.
Dia terus keluar dari kelas itu. Dia benci bila hatinya sakit kerana lelaki itu. Terasa diri bodoh kerana termakan dengan penipuan lelaki itu.
--
Tbc.
:)
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -