32 | Awkward

1.2K 184 95
                                    

Mata Eunjae membulat apabila terasa bibir Taehyung mengurut bibirnya. Sungguh dia terkejut dengan tindakan mendadak Taehyung.

"Mana Eunjae ni? Aku yakin tadi tu, dia. "Suara mereka semakin mendekat. Mata Eunjae tak duduk diam. Sekejap dia pandang Taehyung yang merenungnya dan sekejap dia pandang tepi, risau kalau mereka jumpa dirinya.

Baru sahaja Eunjae mahu menolak, Taehyung terlebih dahulu menyegetkan kepala ke tepi membuatkan ciuman mereka semakin dalam. Tangannya diangkat lalu ditekap pada dinding supaya menghalang wajah Eunjae dan dirinya daripada dilihat.

"Euw apa berkissing petang-petang macam ni. Blah jom. "Eunjae terdengar suara Seonghwa berkata.

Setelah memastikan tiada suara atau bunyi tapak kaki, Eunjae terus menolak Taehyung. Kedua-duanya tercungap mengambil nafas.

"Sorry not sorry. I'm addicted to the feeling of your lips on mine. "Kata Taehyung. Dia tersenyum nakal. Bibirnya yang basah dikesat dengan jari.

Mendengar ayat itu buatkan fikiran Eunjae tiba-tiba kosong. Tapi hanya satu ayat yang terlintas dikirannya.

He's a good kisser.

Pipi Eunjae terus merah apabila ayat itu yang terlintas di minda.

"Aku balik dulu lah. Kau tak payah hantar. Emm bye. "Terus Eunjae keluar dari ruang sempit itu. Dia segera berlari.

Argh malu!

--

"Eunjae. "

"Eunjae. "

"Yah Kim Eunjae! "Gadis itu terus tersedar dari lamunannya apabila meja dihadapannya diketuk kuat.

Eunjae terus memandang Seonghwa dan Chan yang berada dihadapannya. Ajaibnya, Seonghwa dan Chan datang ke rumahnya untuk buat study group sebab peperiksaan lagi berapa hari sahaja lagi.

"Aku tanya ni, petang tadi kau ada keluar ke mana-mana tak? "Soal Chan.

Dua orang lelaki itu memandangnya dengan penuh persoalan. Laju Eunjae mengelengkan kepala. Kalau dia jujur nanti, habislah kantoi.

"Tak ada. "Balas Eunjae.

"Oh. Tahu tak petang tadi kitaorang macam nampak kau. Punyalah Cari tak jumpa. Rupanya bukan kau. "Kata Chan.

"Nasib baik kita tak jumpa orang tu. Kalau tak buat malu je. "Sambung Seonghwa.

Serba salah Eunjae melihat muka Seonghwa dengan innocent nya berkata. Maaf wahai kawan-kawanku!

Ting!

Telefon Eunjae berbunyi. Dia terus memeriksa notification yang masuk. Satu nombor yang tak dikenali menghantar mesej padanya.

Hai nak mengorat boleh?
-unknown

Eunjae membaca dengan kerutan di dahi. Siapa pula hantar mesej main-main macam ni? Eunjae abaikan. Dia meletakkan semula telefon.

"Semalamkan, cikgu Lee bagitahu aku. Lepas habis exam, kita boleh pergi school trip. "Kata Seonghwa.

Mata Chan terus bersinar melainkan Eunjae.

"Tahu. "Balas Eunjae. Muka tak teruja langsung.

"Macam mana kau boleh tahu? Cikgu cakap aku orang pertama tahu. Ceh, kena tipu. "Seonghwa mencebik.

"Abang aku sponsor trip kali ini. Sebab tu aku tahu. "Balas Eunjae.

Seonghwa berdecit. Patutlah. Memang setiap tahun, Seokjin yang akan sponsor makanan, pengangkutan dan penginapan.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now