34 | Dating

1.2K 183 85
                                    

Masa berlalu dengan pantas, hari peperiksaan juga sudah tiba. Beberapa subjek sudah dijawab. Hanya tinggal subjek yang terakhir sahaja.

Eunjae melihat jam ditangan. Tinggal lagi lima minit. Dia memeriksa semua soalan yang telah dijawab. Dia harap berkat usaha dia menghadiri tutor dan fokus dalam kelas, dia dapat menjawab soalan dengan betul.

"Masa menjawab telah tamat. Sila berhenti menulis. "Kata pengawas peperiksaan. Kertas mereka dikutip.

Seorang demi seorang keluar dari dewan peperiksaan. Eunjae berjalan ke kelasnya. Pintu dibuka. Seonghwa, Chan dan Jungkook sudah menunggu. Muka mereka berempat muram. Tapi sekejap sahaja sebelum...

"Argh! Dah habis periksa! "Mereka menjerit serentak. Terus mereka melompat kegembiraan.

Pintu kelas dibuka dari luar. Muncul The Prankster.

"Tahniahlah dah habis periksa. "Kata Seungmin. Dia duduk dimeja Chan.

"Jeles aku. Sabarlah Jongho. Tinggal setahun je lagi. "Jongho memujuk diri sendiri.

Mereka ketawa.

"Alah nanti korang dah keluar sekolah, bosanlah kitaorang. Geng nak lepak dah berkurang. "Kata Changbin.

Tak boleh bayang hari mereka tanpa Eunjae, Seonghwa, Chan dan Jungkook. Untuk The Prankster pula, antara tujuh orang ahli Eunjae, Chan dan Seonghwa lah yang paling kuat. Yang paling berani nak belasah gangster sekolah ni. Mereka yang selalu lindungi ahli lain dari dipukul atau dibuli.

Kalau mereka tak ada nanti macam mana? Makin besar kepala lah puak Yunho.

"Alah. Relekslah Changbin. Dekat luar kita boleh jumpa. "Pujuk Chan.

"Kalau Hangyul buli aku lagi macam mana? "Wooyoung bersuara.

"Yah! "Eunjae memukul bahu Wooyoung.

"Aku yang perempuan boleh lawan dia. Apa ntah lagi kau. Jangan jadi lembik. Kuat Wooyoung. Kau tak boleh harap kitaorang lagi. Tak apa, kalau kau nak mantapkan lagi teknik bela diri, kau jumpa aku. Aku ajar kau sampai kau kuat. "Ujar Eunjae.

Wooyoung tersenyum lebar. Kepalanya diangguk-angguk.

"Bertenang wahai adik-adikku. Bukan kitaorang keluar terus. Ada masa lagi dekat sekolah ni. So korang yang muda ni, layan kitaorang macam senior. Cuba panggil aku hyung sikit. "Kata Chan.

"Eii tak nak! "Serentak mereka ketawa.

Chan mencebik. Dasar kurang ajar punya junior. Nasib baik sayang.

--

Eunjae berdiri ditepi perhentian bas. Jam ditelefon dilihat sebelum Eunjae memandang kiri dan kanan. Menunggu Taehyung sampai. Dah lima belas minit dia berdiri, nak duduk ramai orang pula.

"Mana dia ni? "Soal Eunjae perlahan. Telefon tak angkat.

Sebuah superbike berhenti dihadapan Eunjae. Bunyi bising dari enjin motor itu menarik perhatian orang yang berada di perhentian bas itu.

Eunjae memandang lelaki itu hairan. Penunggang motor itu membuka helmetnya lalu memandang Eunjae.

"Taehyung. "Eunjae terkejut. Taehyung membetulkan rambutnya sebelum dia tersenyum memandang Eunjae.

 Taehyung membetulkan rambutnya sebelum dia tersenyum memandang Eunjae

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now