Keluhan kasar terbit dari bibir Eunjae apabila tiba di kelasnya. Teringat pertemuannya dengan cikgu Lee sebentar tadi. Automatik perasaan geram pada Taehyung muncul kembali.
Mana tidaknya, cikgu Lee kata dia perlu tukar tutornya dengan Taehyung semula kerana lelaki itu mengadu yang Jungkook tak reti ajar Eunjae. Cikgu Lee pun dengan mudah percaya pada Taehyung.
"Hish tak guna. "Eunjae mencarut sendiri. Buku dibawah mejanya diambil.
Sekali lagi, sehelai sticky notes hijau melekat disalah satu bukunya.
Maaf.
Aku nak tebus kesalahan aku ;(Eunjae melihat sekeliling. Pasti Taehyung lagi. Tak akan budak kelasnya pula. Eunjae terus meronyokkan kertas itu lalu dibaling pada Seonghwa yang sedang nyenyak tidur di belakang.
Terkejut Seonghwa apabila kertas itu terkena hidung mancungnya. Dia terus terbangun.
"Makwe kau bagi surat cinta. "Kata Eunjae sebelum dia memandang ke hadapan semula.
Seonghwa dengan yakinnya percaya dengan apa yang Eunjae cakap. Dia terus membuka sticky notes yang sudah dironyokkan itu dan membaca isi di dalam. Tiba-tiba Seonghwa blur. Masa bila dia ada kekasih ni? Dia masih single dan tak berpunya.
"Minta kaki lah Eunjae. "Seonghwa menjeling Eunjae. Kertas itu dibaling ke dalam tong sampah yang berada di belakang kelas. Nasib masuk.
"Eh Eunjae bila kau punya date pertandingan taekwondo? "Soal Seonghwa. Tak jadi nak tidur balik.
Eunjae berpusing menghadap Seonghwa.
"Lusa. Kenapa? "
"Cun! Kau tak tau ke? Kalau sekolah kita jadi tuan rumah, senior mana belajar. Kita kena tolong cikgu uruskan acara. Bolehlah aku melepak. Alang-alang boleh cari jodoh dari sekolah lain. Mana tau ada yang berkenan. "Kata Seonghwa.
Eunjae mencebik. Nak cari jodoh konon, perempuan tegur sikit terus jadi kekok.
"Cari jodoh buat apa? Datanglah sokong aku. "Kata Eunjae.
"Tak naklah. Bosan. Eleh nanti mesti Kim Taehyung tu datang sokong kau punya. Lagi bersemangat kau nak lawan nanti. Feel crush sorak dengan member lain. "Ujar Seonghwa.
"Kenapa nak kaitkan Taehyung pula?Tak support member lah kau ni. "Kata Eunjae. Dia terus memandang ke hadapan.
Eunjae merajuk. Tapi Seonghwa tak akan pujuk punya. Kisah apa dia.
--
Taehyung tersenyum suka apabila dia ternampak Eunjae yang masuk ke dalam perpustakaan dengan muka masam. Mesti Eunjae marah dan tak puas hati.
"Tak guna. Kau tipu cikgu Lee. "Kata Eunjae sebaik sahaja tiba dihadapan Taehyung. Bag sengaja dihentak diatas meja membuatkan orang lain memandang. Tapi Eunjae peduli apa.
"Memang betul pun kan? Bila Jungkook ajar, kau susah nak faham. Daripada kau menyusahkan dia, baik kau belajar dengan aku. "Kata Taehyung.
"Alasan. Dia tak akan penat ajar aku kalau dia ikhlas. Dia akan ajar aku sampai pandai. Bukan macam kau. Terpaksa ajar aku. "Ujar Eunjae selamba.
Sekarang dia malas nak jaga perasaan Taehyung. Lelaki itu mahu makan hati atau terasa dengannya, suka hati. Padan muka.
Taehyung tersentap.
"Susah ke kau nak maafkan aku? Itu dulu. Memang aku terpaksa tapi lama-lama aku suka ajar kau. Aku selesa belajar dengan kau. Cuba kau fikir balik. Pernah ke aku ajar kau ilmu yang salah sebelum ni. Tak pernah kan? "
Eunjae memeluk tubuh. Matanya terus memanah pandangan Taehyung dengan berani.
"Senang kan kau cakap. Kau ingat semua benda boleh dilupakan dengan perkataan maaf? Kau hina aku depan ramai orang Taehyung. Kau buat aku difitnah. Kau mungkin nampak aku macam tak kisah tapi dalam hati, kau tak tahu bertapa peritnya aku nak hadap cacian orang. Tak. Kau tak rasa perasaan tu sebab orang macam kau sentiasa dipandang tinggi oleh orang lain. Kau tak ada dekat tempat aku dan kau tak akan faham. "Kata Eunjae. Dia mengeluh panjang.
Eunjae tak mahu bangkitkan hal ini. Dia hanya mahu buang hal itu sebagai kenangan buruknya. Tapi Taehyung pula mendesak dia.
"Pasal rokok tu, aku bukan sengaja. Yojun ugut aku untuk masukkan dalam bag kau. Aku terpaksa. Kalau tak, dia akan buli aku. Aku tak tahan bila dia asyik buli aku dekat luar sekolah. "Terang Taehyung tiba-tiba.
"Kau pengecut. Kau boleh je bagitahu aku tentang rancangan Yojun. Kau boleh jujur dengan aku. Aku tak kisah, aku boleh protect kau dari dia. Tapi tak, kau pentingkan diri. Kau sanggup jerat aku semata-mata nak selamatkan diri kau sendiri. "
Taehyung menunduk. Pengecut. Betul cakap Eunjae, dia pengecut.
"Aku mengaku aku banyak buat salah dengan kau sedangkan kau tak pernah buat salah dekat aku. Aku bodoh sebab hancurkan kepercayaan kau. Tapi aku nak kau tahu. Mungkin sebelum ni, aku nak permainkan kau tapi lepas aku kenal kau, aku kalah dengan diri sendiri. Rancangan aku untuk hancurkan hati kau, gagal Eunjae. Sebaliknya, aku jatuh suka dengan kau. Bila aku dapat tau kau cari aku untuk luahkan perasaan kau, aku rasa gembira gila tapi disebabkan ego, aku kecewakan kau. "
"Tolonglah maafkan aku Eunjae. "Kata Taehyung.
Eunjae mendengus kuat. Dia tak tahu mahu kata apa dengan penerangan Taehyung. Tak yakin mahu percaya.
"Sudahlah Taehyung. Aku tak nak fikir tentang benda ni. "Kata Eunjae.
Tiba-tiba Taehyung bangun. Dia terus melutut di tepi Eunjae.
"Kau maafkan aku tak? Tolonglah Eunjae. Percayakan aku kali ini. "
Eunjae tersentak dengan tindakan gila Taehyung. Tak pasal-pasal ramai memandang.
"Apa ni? Bangunlah Taehyung. "Eunjae menarik tangan lelaki itu tapi Taehyung masih berkeras tak nak bangun.
"Jawab soalan aku dulu. "Ujar Taehyung.
"Aku maafkan kau! Tapi untuk aku lupakan apa yang kau buat, aku tak mampu. "Kata Eunjae.
Taehyung tersenyum sedikit.
"Tak apa Eunjae. Aku janji, aku akan ambil hati kau semula. Percaya dengan aku. Pegang janji ni. "
--
Tbc.
Apa aku merapu ni? Hmm
YOU ARE READING
[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim Taehyung
Fanfiction| Kim Taehyung X Kim Eunjae | Nothing hurts more than realizing he meant everything to you but you meant nothing to him. __ malay fanfic start ; 140320 end ; -