11 | Fight

1.1K 182 13
                                    

Eunjae menuju ke bilik guru apabila namanya dipanggil oleh cikgu Lee. Pintu bilik guru ditolak perlahan sebelum dia masuk ke dalam. Eunjae menghampiri cikgu Lee.

"Kenapa cikgu panggil saya? "Soal Eunjae

"Nah. Baca ni. "Cikgu Lee menghulur sehelai kertas pada Eunjae.

Eunjae mengambil tanpa ragu. Dia membaca isi kertas itu. Selepas itu, dia memandang cikgu Lee.

"Apa ni? "Soal Eunjae. Tidak faham.

"Team sekolah akan hantar sepuluh orang atlet taekwondo untuk kejohanan tahun ini. Sekolah kita jadi tuan rumah. Cikgu nak minta kamu sertai aktiviti ni. "Kata cikgu Lee.

"Tapi saya bukan dari kelab taekwondo. "Balas Eunjae.

"Cikgu tahu tapi cikgu dah bincang dengan ketua kelab taekwondo. Mereka terima kamu. Lagipun cikgu tahu, kamu ada black belt. Cikgu sarankan kamu masuk supaya markah merit kamu untuk ke universiti nanti bertambah. "Ujar cikgu Lee.

Eunjae garu kepala. Dia tahu, cikgu Lee mahu bantu dia kerana markah merit dari akademik dia kurang. Ini salah satu cara untuk naikkan markah merit.

"Tak payahlah kau paksa dia. Dia sendiri tak nak masa depan yang cerah. Jangan harap lebih untuk student macam Eunjae ni. Kecewa kau nanti. "Tiba-tiba cikgu Kang yang berada di meja hadapan cikgu Lee bersuara.

Eunjae memandang cikgu Kang. Dia tak tahu kenapa cikgu Kang benci sangat dengan dia.

"Saya setuju. Saya akan sertai perlawanan taekwondo tu. "Kata Eunjae.

"Bagus. Nanti saya daftarkan nama kamu pada mereka. "Kata cikgu Lee.

Eunjae mengangguk. Setelah itu dia keluar dari bilik guru. Tengoklah cikgu Kang nanti, dia akan pastikan dia menang.

Tak tahu ke Eunjae pantang dicabar?

Eunjae berjalan menuju ke kelas semula. Tapi langkahnya terhenti apabila ternampak Taehyung dan seorang perempuan berambut pendek yang dia lihat tempoh hari di kantin.

Ditangan mereka terdapat buku. Mungkin ada kelas di makmal atau tempat lain.

Sukar untuk tipu diri sendiri tapi dia rasa cemburu sikit melihat kemesraan mereka berdua.

Dia mengaku dia suka dengan Taehyung. Cuma dia malu untuk mengaku pada kawan-kawan yang lain. Tak tahu kenapa tapi bila Taehyung muncul depan rakan yang lain dia jadi segan. Kalau mereka berdua dia releks sahaja kawal perasaan dan air mukanya.

Eunjae pun tak faham dengan diri dia sendiri.

--

"Cikgu Yoo tak datang. "Kata ketua kelas mereka. Apa lagi, semua sakan bersorak. Riuh kelas. Berita itu paling ditunggu oleh semua.

Eunjae mengangkat ibu jari pada ketua kelasnya. Saat paling bermakna untuk dia tidur. Walaupun dia tak rapat dengan budak kelasnya tapi mereka masih bertegur sapa.

"Yah Eunjae! "

Bum!

Pintu kelas ditolak kuat. Terpacul wajah Wooyoung dan Jongho membuatkan satu kelas terkejut. Baru nak bahagia cikgu tak masuk, tiba-tiba pintu kelas kena hempas.

"Changbin! Dia kena belasah dengan budak-budak Yojun. "Kata Wooyoung.

Serentak Eunjae, Chan dan Seonghwa berlari mengikut Wooyoung dan Jongho. Mereka berjalan ke kelas Changbin. Ramai pelajar berkumpul disitu. Tak ada seorang pun berani untuk menegur mereka kerana mereka tahu geng-geng Yojun ialah gangster sekolah. Beranilah siapa nak masuk campur.

[ COMPLETE ] The Path To Your Heart ; Kim TaehyungWhere stories live. Discover now